Dunia hiburan dilayan syok juga. Kali ini kisah Siti Norsaida Tarudin atau Saida, kakak kepada Siti Nurhaliza. mStar melaporkan tentang prosiding perceraiannya bersama seorang ahli perniagaan, Mohd Ghazali Yahya Zikri. Dia memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 6 Oktober 2010 lalu.
Prosiding sebelum ini giliran Saida meluahkan rasa bahawa suaminya tidak menghormati arwah bapa Saida. Juga didakwa Ghazali mengongkong kerjaya yang disifatkan sebagai menyakitkan hatinya.
Rabu lalu giliran Ghazali meluahkan rasa setelah lama memendam rasa. Dia mendakwa sedih dan kecewa dengan perubahan sikap isteri. Saida juga didakwa mengabaikan anak mereka, Siti Nurunnyssa, 14; Anas, 12; Khalid, 8, dan Siti Nurul Mashitah, 5 tahun.
Paling 'best' seperti didakwa Ghazali isterinya 'sakit angau' dengan lelaki yang bernama Hafiz Che Man. Apa yang memeranjatkannya Saida berjumpa dengan lelaki tersebut di dalam kereta di Balakong pada Jun tahun lalu. Dia pernah terjumpa kata-kata 'sayang, rindu dan I Love You' pada telefon bimbit isterinya manakala bil pula menunjukkan mereka menghabiskan masa berjam-jam untuk berbual.
Walaupun begitu Ghazali nekad tidak mahu menceraikan isterinya dan memaklumkan bahawa dia ingin membawa isterinya mengerjakan umrah dan cadangan itu telah diutarakan sejak mula kes didengar.
VeeNa LoneLiness : mcm-mcm cerita bila dah bergelar artis...
comments: 0
Catat Ulasan