16 Mei 2011

Panas : Kes Liwat 2, Seluruh Dunia Memerhati Malaysia Esok

Berpuluh-puluh pemerhati asing termasuk wartawan media cetak dan elektronik agensi berita dari seluruh pelusuk dunia akan berkampung di kamar bicara Mahkamah Tinggi Jalan Duta esok.

Antara pemerhati yang bakal hadir termasuk dari Australia, Sepanyol, Finland, Perancis, United Kingdom, Bahrain, Qatar, Jordan, Afrika Selatan, India, Pakistan, Jepun, Kanada, Jerman, Sweden dan Amerika Syarikat.

Kebanyakan mereka sudah tiba kelmarin dan mereka mewakili negara masing-masing bagi memerhatikan dengan lebih jelas keputusan hakim yang dilantik Gani Patail, Zabidin Mohd Diah, mengemudi dan membuat keputusan sama ada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim patut atau tidak membela diri.

Seandainya Zabidin menolak bukti-bukti yang dikemukakan pasukan pendakwaan yang diketuai Yusof Zainal Abiden, Anwar tidak perlu berkata apa-apa melainkan keluar dari kamar dengan senyuman.

Tetapi jika Zabidin menerima bukti pendakwaraya, Anwar diberi TIGA pilihan iaitu:

1) Bersumpah dari kandang tertuduh menafikan dakwaan yang dikenakan ke atasnya

2) Menjawab dakwaaan pendakwaraya. Jika ini pilihan Anwar, testimoni yang dikemukakannya tidak boleh dicabar langsung atau disoal balas seperti mana sesi soal jawab terdahulu

3) Berdiam diri di kandang tertuduh tanpa menyatakan sepatah pun perkataan

Penganalisis politik meramalkan Anwar tidak akan terlepas begitu saja dan Zabidin akan menawarkan TIGA pilihan kepada Anwar seperti di atas.

Dan kebanyakan dari mereka akan memilih pilihan KEDUA kerana Anwar akan sedaya upaya menjawab segala pertuduhan yang dikenakan termasuk bukti-bukti yang bercanggah di antara saksi pendakwa, Saiful Bukhari Azlan dengan pasukan pendakwanya sendiri.

Antaranya:

1) Sela masa Saiful keluar masuk dari unit kondominium yang bersebelahan di mana Anwar ketika itu mengadakan mesyuarat dengan beberapa orang, dinyatakan antara jam 3.01 hingga 4.30 petang, padahal kelibat Saiful tidak lagi kelihatan selepas jam 2.47 petang mengikut rakaman kamera litar tertutup (CCTV). Tambahan lagi, keadaan emosinya seperti biasa dan langsung tidak menunjukkan tanda-tanda diliwat (resah, murung, banyak diam) dan sebagainya

2) Kamera litar tertutup (CCTV) yang hanya memfokus imej Saiful di dalam lif dengan beza masa lewat LIMA minit dari waktu sebenar (real-time) dan juga keterangan berdolak-daliknya tentang apa yang dilakukan sebelum kununnya Anwar meliwatnya


3) Polis tidak mengambil keterangan pemilik unit kondominium, Hassanuddin dan isterinya sebagai sebahagian daripada bukti di mahkamah kerana sekiranya kedua-dua mereka dipanggil tampil sebagai saksi, kes Anwar ini sudah lama berkubur! Hassanuddin dan isterinya antara orang yang bersama Anwar ketika perbincangan sedang dibuat.

4) Keterangan penyiasat polis Jude Periera dan doktor yang memeriksa anus Saiful sering bercanggah hinggakan pada satu ketika, Dr Razali Ibrahim dan Dr Shiew Siew Fung tidak mahu langsung merujuk nota perubatan tulisan tangan mereka sendiri walaupun didesak ketua pasukan peguambela Karpal Singh dan Sivarasa Rasiah, sebaliknya hanya merujuk laporan perubatan yang disyaki telah disediakan Jude Periera terlebih dahulu sebagai bukti keterangan perubatan

5) Pakar kimia, Dr Seah Lay Hoong tidak menjawab secara spesifik pertanyaan yang dikemukakan Karpal berhubung analisis DNA yang dilakukan di makmal Jabatan Kimia, Petaling Jaya termasuk tatarajah standard (standard configuration) ke atas alat-alat yang digunakan untuk menganalisis sampel tersebut, menurut piawaian antarabangsa oleh WHO

6) Yusof Zainal Abiden seolah-olah memaksa Zabidin menerima TIGA sampel yang dirampas (tuala Good Morning, berus gigi dan botol air mineral) di sel Anwar ditahan semalaman di IPK Kuala Lumpur di Jalan Hang Tuah, padahal ia langsung tidak relevan dengan keterangan bahawa Saiful mendakwa Anwar meliwatnya di unit kondo (pasti ada sampel yang sepatutnya ditemui di tempat kejadian, bukannya diambil di lokap polis)!

Perbicaraan liwat fasa dua yang sudah memakan masa lebih daripada 50 hari ini akan menentukan sama ada kredibiliti dan integriti sistem kehakiman negara berada di tahap mana sebenarnya.

Nasihat saya, janganlah terlalu berharap Anwar akan dibebaskan dengan begitu mudah kerana "mainan" konspirasi Najib Altantuya yang dinasihati perunding Zionis, APCO Worldwide, tidak akan duduk diam menghambat Anwar hingga ke titisan darah yang terakhir.

Pesan saya cuma satu, berdoalah kita malam ini agar bukan setakat Anwar Ibrahim dikembalikan keadilannya, bahkan sesiapa saja yang teraniaya di dunia ini, amin...

JALAN PULANG

Esok Penentukan Kes Fitnah Ke-II Ketua Pembangkang

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan memutuskan esok sama ada menerima hujah-hujah pendakwaraya dan memanggil Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim untuk membela diri atas tuduhan liwat kali kedua yang berasaskan keterangan pengadu yang rapuh dan bukti-bukti DNa yang cukup mencurigakan.

Hakim Mohamad Zaibidin Diah mempunyai pilihan membebaskan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu jika menolak bukti-bukti itu yang membabitkan keterangan-keterangan saksi yang sering bercanggah khususnya yang diberikan oleh pengadu Saiful Bukhari Azlan.

Sekiranya dipanggil membela diri, Anwar mempunyai tiga pilihan.

Pertama, beliau bersumpah dari kandang saksi dan menjawab tuduhan terhadapnya.

Kedua, Anwar menjawab dari kandang dituduh.

Jika ini berlaku, maka testimoni Anwar tidak boleh disoal balas.

Akhirnya, pilihan ketiga ialah untuk beliau berdiam diri.

Semua mata sudah tentu akan tertumpu kepada keputusan Hakim Zabidin terhadap tuduhan tersebut - yang kedua dihadapi Anwar dalam satu jangka waktu kurang daripada 15 tahun.

Pemerhati asing dari Amerika Syarikat, Australia, Britain, Kanadia, Jerman, Finland dan Sepanyol sentiasa hadir di mahkamah mengikuti perbicaraan Anwar.

comments: 0