Siapa tidak kenal Osama Bin Laden. Boleh dikatakan setiap umat Islam dan mereka yang anti Amerika suatu ketika dahulu begitu mengaguminya. Beliau dianggap sebagai satu-satunya tokoh dan pemimpin yang berani berhadapan dengan penguasa dunia, Amerika Syarikat dan konco-konconya.
Kisah perjuangan Osama Bin Laden sebenarnya telahpun bermula semenjak meletusnya perang menentang penaklukan Soviet Union ke atas Afghanistan pada tahun 1970-an. Osama mengeluarkan dana daripada aset kekayaannya dan pengaruhnya keluarganya bagi gerakan pertahanan Afgan, dan membantu kaum Mujahidin dengan bantuan logistik dan bantuan kemanusiaan. Osama juga terlibat mengambil bahagian dalam beberapa pertempuran selama perang Afganistan.
Kisah perjuangan Osama Bin Laden sebenarnya telahpun bermula semenjak meletusnya perang menentang penaklukan Soviet Union ke atas Afghanistan pada tahun 1970-an. Osama mengeluarkan dana daripada aset kekayaannya dan pengaruhnya keluarganya bagi gerakan pertahanan Afgan, dan membantu kaum Mujahidin dengan bantuan logistik dan bantuan kemanusiaan. Osama juga terlibat mengambil bahagian dalam beberapa pertempuran selama perang Afganistan.
Osama Bin Laden, wira atau pengkhianat ? |
Ketika peperangan melawan Soviet hampir berakhir, Osama menubuhkan gerakan Al-Qaeda, sebuah organisasi bekas pejuang Mujahidin dan para penyokong lainnya yang membantu menyalurkan baik dana dan pasukan pejuang untuk gerakan pertahanan Afgan.
Kemuncak kepada penglibatan Osama dan Al-Qaeda ialah apabila Presiden George W. Bush telah menyatakan bahawa Osama adalah perancang utama dalam serangan pengganas di bandar New York dan Washington pada 11 September 2001 (9/11) dan serangan pengganas yang lain keatas Kedutaan-Kedutaan Besar Amerika Syarikat, kapal-kapal perang, dan asset-aset Amerika Syarikat yang lain.
Kemuncak kepada penglibatan Osama dan Al-Qaeda ialah apabila Presiden George W. Bush telah menyatakan bahawa Osama adalah perancang utama dalam serangan pengganas di bandar New York dan Washington pada 11 September 2001 (9/11) dan serangan pengganas yang lain keatas Kedutaan-Kedutaan Besar Amerika Syarikat, kapal-kapal perang, dan asset-aset Amerika Syarikat yang lain.
APresiden Ke-43 Amerika Syarikat, George Walker Bush |
Akibat daripada “keganasan” Osama dan kumpulannya itu, ia telah memberikan alasan kepada Amerika Syarikat untuk melancarkan “Perang Menentang Keganasan” (War On Terrorism) . Presiden Amerika ketika itu George W. Bush yang baru 8 bulan menduduki “tahta” White House telah mengarahkan serangan dan penaklukan ke atas Afghanistan pada 7 Oktober 2001 dan seterusnya penaklukan ke atas Iraq pada 20 Mac 2003.
Peristiwa 9/11 yang menyaksikan "kononnya" World Trade Centre diserang oleh pengganas Al-Qaeda |
Boleh dikatakan semenjak peristiwa 9/11 itulah nama Osama Bin Laden melonjak naik. Bagi umat Islam ketika itu, Osama adalah wira. Namanya diabadikan di mana-mana di baju, di media dan sebagainya, malah ada yang menamakan anak yang baru lahir bersempena dengan namanya lantaran kekaguman terhadap “kejayaan” Osama memerangi Amerika.
Bush sedang berucap di "Ground Zero" di New York, pada 14 September 2001 |
Bagi Amerika Syarikat serta kuncu-kuncunya pula, Osama Bin Laden dan Al-Qaeda merupakan kesempatan serta alasan yang terbaik bagi menghalalkan penaklukan dan keganasan mereka ke atas Aghanistan, Iraq dan negara-negara Islam yang lain.
Persoalan yang sering bermain difikiran kebanyakan orang ialah, benarkah wujudnya tokoh yang bernama Osama Bin Laden dan gerakan Al-Qaeda ? Jika wujud, betulkah konsep perjuangan mereka ? Selepas meletusnya peristiwa 9/11 pelbagai andaian telah dibuat terutamanya tentang kesahihan peristiwa serangan ke atas World Trade Centre di New York sementelah pula selepas itu muncul laporan-laporan yang mendedahkan teori konspirasi yang mengaitkannya dengan CIA dan ZIONIS.
Apa yang menghairankan ialah sehingga kini dengan segala kecanggihan teknologi persenjataan, perisikan dan telekomunikasi yang dimiliki oleh Amerika dan sekutunya, bukan sahaja Al-Qaeda gagal dilumpuhkan, malah Osama yang seringkali digambarkan sudah tua dan uzur gagal ditangkap dan dibunuh. Sedangkan pada masa yang sama semakin banyak negara Islam yang digeledah dan semakin ramai umat Islam terutamanya kanak-kanak dan wanita terbunuh. Justeru, apakah sebenarnya motif Amerika di sebalik nama Osama Bin Laden dan Al-Qaeda ini. Apakah kedua-duanya mempunyai kaitan dan adakah benar teori konspirasi tersebut ?
Beberapa hari lepas pemimpin Cuba Fidel Castro telah membuat kejutan dengan mendedahkan habawa Osama dan kumpulan Al-Qaeda adalah agen CIA Amerika. Menurutnya Osama seringkali muncul apabila Presiden Amerika George W. Bush mahu menakut-nakutkan dunia supaya menyokong kempen menentang keganasannya.
AMantan Presiden Cuba, Fidel Castro semasa mengeluarkan pendapatnya tentang Osama Bin Laden |
Menurut Castro lagi, maklumat rahsia berkenaan dengan hubungan Osama dan Al-Qaeda dengan pentadbiran Bush dan CIA telah dibocorkan di dalam laman sesawang “WikiLeaks.org“, yang mendedahkan ribuan dokumen berkaitan dengan perang di Afghanistan, telah membuktikan dengan berkesan bahawa Osama adalah agen CIA.
“Setiap kali Bush mahu mencetuskan ketakutan dan memberikan ucapan penting, Osama akan muncul dan mengugut dunia dengan memaklumkan tindakan ganas yang akan dilakukan…Osama adalah pekerja bawahan Bush”, ujar Castro dalam wawancara tersebut.
Sebenarnya Fidel Castro bukanlah orang yang pertama mendedahkan tentang pembohongan Amerika tersebut, pada bulan Mei yang lalu, Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad juga membuat pendedahan yang sama, malah mendakwa bahawa Osama Bin Laden sebenarnya berada di Amerika, bukannya di Aghanistan.
Lantang mengkritik dasar Amerika dan Israel (Zionis) Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad |
Ahmadinejad dalam wawancara bersama BBC dan dipetik oleh akhbar Guardian tersebut berkata, Osama dan George W. Bush adalah rakan karib. Mereka bersama-sama terlibat dalam perniagaan petroleum suatu ketika dahulu. Jadi menurutnya Osama sebenarnya berada di Washington, bukannya di Tehran.
Dalam satu wawancara yang lain, Ahmadinejad menegaskan bahawa serangan ke atas World Trade Centre pada 11 September 2001 yang menjadi alasan kepada perang global melawan terorisme merupakan “satu pembohongan besar”. “Ia merupakan sebuah alasan untuk menghalalkan perang melawan terorisme dan alasan untuk menyerbu Afganistan,” tegasnya lagi.
Tun Dr. Mahathir juga pernah melontarkan kemusykilannya terhadap perkara yang sama. Menurut Mahathir, “saya kini tidak pasti sama ada “pengganas” Islam yang melancarkan serangan itu. Ada bukti kukuh yang serangan itu dirancang. Jika mereka mampu menghasilkan ‘Avatar’, maka mereka boleh membuat apa sahaja”.
Tun Dr. Mahathir Mohamad amat lantang menentang dasar Amerika Syarikat |
“Membunuh orang yang tidak berdosa sebagai alasan untuk berperang bukan sesuatu yang baru kepada Amerika,” kata Mahathir dalam ucapannya ketika sidang untuk meluahkan sokongan kepada Al-Quds di Kuala Lumpur pada Januari lalu.
Jelaslah sudah berkenaan dengan kaitan, konspirasi dan peranan Osama, Al-Qaeda dan Amerika Syarikat. Jika di peringkat global, dunia ditakutkan dengan kisah “dongeng” Al-Qaeda, di peringkat regional pula dunia di gembar-gemburkan dengan Jemaah Islamiah (JI) jika di Asia Tenggara. Manakala di Asia Selatan pula kononnya terdapat gerakan “pengganas” Mujahideen Deccan (MD).
Kumpulan-kumpulan “pengganas” ini seringkali dikaitkan dengan Al-Qaeda di mana ianya dianggap sebagai “cawangan” kepada Al-Qaeda bagi melakukan keganasan di peringkat serantau. Jadi, jika Al-Qaeda dan pengasasnya Osama Bin Laden sendiri dianggap pembohongan dan palsu, bagaimana pula dengan JI dan MD ini?
Tokoh Ulama Indonesia yang seringkali dikaitkan dengan JI ialah Abu Bakar Bashir. Beliau yang pernah dipenjarakan kerana dikaitkan dengan serangan bom di Bali yang membunuh seramai 202 nyawa, kebanyakannya warga asing pada 2002 telah menafikan penglibatannya dengan keganasan dan JI, malah menegaskan bahawa JI sebenarnya satu fitnah dan ianya tidak wujud.
Tokoh Ulama Indonesia Abu Bakar Bashir yang dituduh mengetuai JI |
Abu Bakar yang merupakan pengasas pesantren al-Mukmin di Ngruki telah ditangkap dan dipenjarakan selama beberapa tahun dan dibebaskan pada 2006 oleh pemerintah Indonesia kerana kekurangan bukti yang boleh mensabitkannya dengan peristiwa pengeboman tersebut. Walau bagaimanapun 9 Ogos 2010, Abu Bakar Bashir ditahan semula oleh polis anti keganasan Indonesia, Detasmen 88 di daerah Ciamis, Jawa Barat kerana dituduh terlibat dalam kumpulan militan baru yang mempunyai kem latihan di wilayah Aceh.
Mereka dikatakan merancang membunuh Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono dan melancarkan serangan ala Mumbai (yang dilakukan oleh MD) ke atas warga asing. Beliau kini memimpin kumpulan Jemaah Ansharut Tauhid (JAT).
Jelaslah sudah, seandainya benar Osama Bin Laden dan Al-Qaeda merupakan satu pembohongan besar dan agenda CIA, maka sudah tentulah kumpulan-kumpulan pengganas yang lain seperti yang di war-warkan oleh Amerika seperti JI juga satu pembohongan. Kesemuanya hanyalah propaganda Amerika dan Zionis bagi menghalalkan tindakan mereka memerangi umat Islam, yang sebenarnya bagi mencari dan memusnahkan potensi-potensi yang memungkinkan kepada kebangkitan semula umat Islam dan kehancuran kuasa Kuffar. Apa yang berlaku kini samalah seperti kisah Firaun yang memburu dan membunuh setiap bayi lelaki setelah mendapat mimpi akan kejatuhannya.