22 September 2011

Zizan Minta Maaf..

Assalamualaikum dan salam blogger,berikutan isu kontrevesi 'Menghina Rasulullah " dalam filem Hantu bonceng .Pelakon berkenaan ,Zizan memohon maaf kepada peminatnya dalam twitternya.

Filem arahan Ahmad Idham mengisahkan Amran yang gemar berlumba haram yang tiba-tiba terlibat dalam satu kemalangan yang meragut nyawa gadis yang memboncengnya. S Amran yangejak itu, gadis yang tidak tenteram itu menghantui Amran dan Amran meminta kekasihnya, Halimaton dan rakannya Kunyit sempurnakan mayat gadis tersebut.

Namun filem ini dikritik kerana kontroversinya dimana dalam satu adegan Hantu Bonceng, Zizan jelas menghina Rasulullah SAW dengan menyebut “Ashaduanna Muhammadar Syaitan” yang membawa maksud “Aku naik saksi bahawa Muhammad itu Syaitan”. Ditambah dengan mempersendakan azan, memakai baju ada tanda salib death note ke masjid dan beberapa isu tahyul seperti bogel depan hantu.


Walaupun bukan sepenuhnya salah Zizan, pengarah dan kru penyuntingan harus lebih peka dengan soal agama ini memastikan tidak menjadi ikutan anak-anak muda kini. Harap yang mana tak elok tu dijadikan pengajaran kepada semua.
 
Read more ...

Peluang Syahid Terbuka Luas

Renung-Renungkan lah....

Setiap orang beriman mesti bercita-cita untuk mati syahid
adalah menjadi kesalahan bagi kita jika tidak ada walau sedetikpun impian untuk syahid
kerana mati dalam keadaan syahid adalah anugerah Allah yang paling agung,
Sesungguhnya peluang untuk mati shahid tidak terbatas dimedan perang sahaja

Syahid adalah rancangan Allah untuk memberi peluang kepada manusia supaya manusia dapat menempuhi kematiannya dengan cara yang sebaik baiknya,

kerajaan didunia ini hanya mampu menyediakan rakyatnya keperluan untuk hidup tetapi tidak mampu untuk mengatur bagaimana menempuh mati yang baik,
hanya islam yang menjanjikan syahid sebagai kurniaan Allah supaya manusia dapat menjalani kehidupan yang bahagia di dunia dan di akhirat

Begitu besarnya kasih sayang Allah kepada manusia,amat malanglah bagi orang yang mensia-siakan kasihsayang Allah itu,tuhan bagi seluruh alam.

Nabi Muhammad s.w.a pernah menyatakan "sesungguhnya syahid itu ada 7 golongan iaitu:

1)Orang yang mati ditikam

2)Orang yang mati disebabkan sakit perut

3)Orang yang mati terbakar

4)Orang yang kena penyakit "zatul dzambi"(demam malaria)

5)Orang yang mati ditimpa runtuhan

6)Orang perempuan mati bersalin
"sama ada mati selepas melahirkan ataupun mati ketika bayi masih dalam kandungan"

7)Gadis yang mati sebelum sempat bersuami

Demikian bayaknya peluang syahid yang disediakan oleh Allah untuk hambanya,
ia menggambarkan begitu luasnya rahmat Allah untuk hambanya.
Sekiranya syahid hanya terbatas di medan perang,maka tidak ramai umat islam yang dapat menikmati mati syahid.

Wasalam...
Sumber hadis dari tulisan tuan guru Nik Abd.Aziz Nikmat dalam buku-buku beliau
 
Read more ...

Manusia Semakin Kejam

Seorang ibu yang agak tension kerana anaknya tak habis-habis menangis terus merendam tangan anaknya dalam air yang mendidih. Amacam, ganas tak kalau dapat mak camni? Bersyukurlah dengan ibu anda yang sedia ada. Kalau dah tak reti jaga anak, kenapa beranak betul tak?





Read more ...

Nyaris Maut Ketika Berasmara Dalam Kereta


Satu pasangan yang berasmara dalam sebuah kereta nyaris maut kerana mereka tidak mematikan enjin kereta, lapor sebuah akhbar semalam.

Pasangan itu pada mulanya berasmara dalam kereta yang diletakkan di tempat letak kereta di atas bumbung sebuah bangunan di sini, selatan China baru-baru ini.

Mereka tidak mematikan enjin kerana mahu menikmati hawa dingin ketika berasmara.Namun, si lelaki, Qiao Hou tertolak gear menyebabkan kereta berkenaan mengundur dan merempuh penghadang tempat letak kereta.

Kereta itu tidak terjatuh sebaliknya bahagian belakang kenderaan tersebut tergantung pada ketinggian 18.28 meter.
Kekasih Hou menjerit menyebabkan beberapa orang bergegas membantu mereka keluar dari kenderaan itu.


Read more ...

Payudara Lelaki(Pelik Tapi Benar)

Gambar dibawah mungkin tak berapa seronok dilihat oleh sesetengan orang. 

Satu kejadian pelik berlaku di Tanzania apabila beberapa lelaki yang menghidap penyakit AIDS dilaporkan tiba-tiba memiliki payudara selepas mengambil ubat pengawal virus HIV.
 

Salah seorang lelaki penghidap AIDS, Joseph Mkanda, 43, telah mengambil ubat tersebut untuk mengawal perkembangan virus HIV ke dalam tubuh badannya. Bagaimanapun, ubat tersebut didapati memiliki kesan sampingan lain yang berkaitan dengan pembesaran otot pada bahagian putingnya. Akibat daripada itu, otot yang membesar telah membentuk sepasang payudara seorang wanita.

"Saya sangat malu keluar dari rumah kerana memiliki sepasang payudara seorang wanita. Saya takut kalau orang ramai akan mentertawakan saya," kata Joseph.

Doktor yang merawat mereka mengatakan bahawa kesan sampingan sebegitu adalah normal bagi seorang penghidap AIDS selepas mengambil ubat tersebut dalam jangka masa yang lama.

"Sehingga kini, saya tidak berani keluar rumah," tambah Joseph kepada media africanews.

Tanzania merupakan antara daerah Afrika yang teruk dijangkiti wabak AIDS di mana 1.4 juta daripada penduduknya disahkan positif HIV.

Perkara yang menyebabkan situasi di Tanzania semakin teruk ialah kerana kepercayaan penduduknya kepada ilmu bomoh yang mengatakan bahawa organ orang Albino dapat menyembuhkan penyakit AIDS. Oleh sebab itu, ratusan orang Albina dirogol dan dibunuh supaya organ mereka dapat digunakan untuk menghasilkan ramuan ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit itu. 

Read more ...

HANTU BONCENG: SATU LAGI ADEGAN YANG TIDAK MAHU KITA LIHAT!!!

Episod dalam babak 'Hantu Bonceng' yang dikatakan penuh kontroversi kerana termaklum terdapat unsur-unsur penghinaan Islam di dalamnya jelas membuktikan bahawa sensitiviti umat Islam negara ini sebenarnya amat tinggi. Penilaian yang benar dan pentafsiran yang wajar harus diberikan.

Konteks niat dan ciri menggambarkan kejenakaan sebenarnya tidak boleh disamakan bila terjebak dengan unsur fitnah. Fitnah yang dimaksudkan boleh mendatangkan kehinaan dan martabat Islam itu sendiri ke kancah yang lebih serius apa lagi bila isu ini menjadi tatapan dan renungan orang bukan Islam.


Hantu Bonceng: Pandangan Ustaz Azhar Idrus
KUALA LUMPUR, 22 Sept: Pendakwah popular tanah air, Ustaz Azhar Idrus (gambar) berkata, kontroversi satu dialog dalam filem Hantu Bonceng tidak boleh diletakkan kepada pelakon sahaja.

"Tetapi kesilapan ini tidak terletak kepada pelakon. Pelakon jahil dan tidak tahu apa-apa," ujarnya sebagaimana yang dipetik daripada kuliah beliau yang disiarkan di dalam blog http://pulakdah.blogspot.com di bawah tajuk Zizan telefon Ust Azhar Idrus rujuk isu Hantu Bonceng.

Penulis blog itu menyatakan, menurut Ustaz Azhar Idrus, sebaik saja isu Zizan Raja Lawak mengucapkan 'Asyhaduanna Muhamadarr..Syaitan' di dalam satu babak filem Hantu Bonceng menjadi kecoh.

Berikut ialah petikan daripada blog tersebut.

Menurut Ust Azhar Idrus, sebaik saja isu Zizan Raja Lawak mengucapkan 'Asyhaduanna Muhamadarr..Syaitan' di dalam satu babak filem Hantu Bonceng menjadi kecoh. Beliau menerima panggilan daripada Zizan yang menggunakan 'private number' untuk merujuk permasalahan ini.

"Saya ni baru kena marah dengan orang kerana filem Hantu Bonceng. Saya kata 'Asyhaduanna Muhammadarr' lepas tu nampak syaitan datang..saya kata SYAITAN" kata Zizan.

Jawab Ust Azhar Idrus. Dia boleh jadi dua hujah. Boleh jadi ada niat untuk mempersendakan Islam dan boleh jadi tidak berniat untuk mempersendakan Islam. Dalam kes ini dia mengucap ketika di dalam ketakutan, dalam cerita kelakar maka dia buat dialog mengucap "Asyhadu an la ilaha ill-Allah, wa asyhadu ana Muhammadarr.....Syaitan! Syaitan!."

Jadi boleh dikatakan bahawa penulis skrip ini untuk menghina nabi, dan boleh juga dikatakan penulis skrip berniat untuk menggambarkan seseorang yang di dalam ketakutan tidak sempat menghabiskan lafaz syahadahnya kerana ternampak syaitan. Ia boleh jadi ada niat untuk mempersenda.

Tetapi kesilapan ini tidak terletak kepada pelakon. Pelakon jahil dan tidak tahu apa-apa. Pelakon bukannya (perlu) belajar pondok untuk berlakon filem. Tetapi Penerbit, Penulis skrip dan Pengarah sepatutnya kena rujuk dahulu perkara ini kepada Pejabat Agama atau Jabatan Kuasa Fatwa. Skrip ini boleh jadi untuk mempersendakan Islam dan boleh juga bukan berniat untuk mempersendakan Islam.

"Walaupun ia bukan untuk mempersendakan Islam, ia tetap juga HARAM sebab mendatangkan FITNAH" tambah Ustaz Azhar Idrus lagi. Fitnah ini yang perlu di jaga dan kita perlu berhati-hati. Zizan sendiri telah mengakui bahawa beliau tidak pernah terniat untuk mempersendakan Islam.

"Jadi kita ambil secara baik, dia (Zizan) tidak berniat mempersenda Islam, tetapi kerana kejahilan punya fasal ia memberi fitnah." rumus Ust Azhar Idrus.
 
 
Read more ...

Sultan Omar Ali Saifuddin II

Sultan Omar Ali Saifuddin II



Sultan Omar Ali Saifuddien II Jamalul Alam merupakan Sultan Brunei yang ke 23. Baginda merupakan putera kepada Sultan Muhammad Jamalul Alam I iaitu Sultan Brunei yang ke 20 dan Raja Isteri Pengiran Anak Nur Alam binti Sultan Muhammad Kanzul Alam.


Makam Sultan Omar Ali Saifuddin II

Baginda diputerakan pada tahun 1804 dan mempunyai 3 orang isteri. Pertama Pengiran Isteri binti Pengiran Muda Anak Bahar, Kedua Tuan Zaida binti Pengarah Digadong Tuan Laman Awang Sulaiman dan ketiga Dayang Sandalam. Hasil dari ketiga2 perkahwinan tersebut baginda telah dikurniakan seramai 3 orang putera dan 3 orang puteri iaitu :

  1. Pengiran Pemancha Sahibul Rae Wal Masyuarah Pengiran Anak Muhammad Salleh
  2. Pengiran Muda Muhammad Saiful Alam
  3. Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin
  4. Raja Isteri Pengiran Anak Puteri Zubaida
  5. Pengiran Babu Pengiran Anak Siti Mariam
  6. Pengiran Babu Pengiran Anak Saleha

Baginda menaiki takhta kerajaan mulai tahun 1828. Setelah baginda memerintah lebih kurang sepuluh tahun, kuasa Brunei telah mulai beransur lemah. Akibatnya beberapa pesisir yang dahulunya kekuasaan Brunei telah terputus dan tercicir. Sultan Suluk yang ketika itu memang telah lama menantikan kejatuhan Brunei mengambil kesempatan di atas kelemahan ini.

Pengaruh Barat mula bertapak di kawasan Nusantara dan kekuasaan Brunei beransur lemah. Seorang bangsa Inggeris iaitu James Brooke yang mempunyai cita2 tinggi di rantau ini mengambil kesempatan ke atas kejatuhan ekonomi perdagangan di Brunei. Ianya berjaya memanipulasi kesempatan ini daripada kekacauan yang berlaku di wilayah2 Brunei. Pengiran Muda Hashim yang tidak mampu mengawal keadaan telah melantik James Brooke selaku pentadbir di Sarawak selepas James Brooke berjaya menenteramkan keadaan di wilayah itu.

James Brooke telah datang mengadap Sultan Omar Ali Saifuddien II Jamalul Alam dan mendesak agar dijadikan Rajah Sarawak. Pada tahun 1842 dia dilantik menjadi Rajah Sarawak dengan demikian kekuasaan Kerajaan Brunei semakin merosot.

Dalam masa pemerintahan baginda juga Pulau Labuan telah diserahkan keada Kerajaan British dengan alasan untuk menghalang keganasan lanun pada mulanya. Akan tetapi oleh kerana terdapat ancaman dan ugutan oleh wakil Kerajaan British akhirnya menuntut baginda memanggil dan bermesyuarat dengan pembesar2 negara untuk menyelesaikan masalah paksaan British menghendaki Pulau Labuan. Hasil dari perundingan tersebut akhirnya baginda membubuh cop mohor kerajaan dan menandatangani surat perjanjian menyerahkan Pulau Labuan kepada British pada hari Jumat 18 Disember 1846. Dengan termeterai perjanjian itu, maka Labuan terpaksa diserahkan. Pada 27 Mei 1847 pula, baginda membuat perjanjian persahabatan dan perdagangan dengan pihak British.

Baginda mangkat disebabkan cancer mulut di Istana Kampong Ayer, Bandar Brunei pada 18 November 1852 dan dimakamkan di Kubah Makam Diraja
Read more ...