18 Mei 2011

INGIN MENGETAHUI TENTANG WANITA?

Ingin mengetahui tentang wanita?


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak

menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.



2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.



3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling

dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu

putus di tengah jalan).


4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.



5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!



6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.



7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.



8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu

tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin

menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.



9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan

tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.



10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.



11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.



12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan

respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.



13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.



14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.



15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak

keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.



16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.



17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!



18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya

kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.



19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.



20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari

oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian

barulah dirinya sendiri.



21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang

dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!



22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.



23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.



24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.



25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa

sebarang kompromi.



26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..



27. Senjata wanita adalah airmata!!



28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.



29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka

dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…



30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu

hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.



Read more ...

30 PERKARA WANITA YANG TIDAK SEMPAT BAGITAHU LELAKI.



Kalau hendak tahu banyak sangat perkara tentang wanita yang terkadang tu sampai lelaki itu sendiri tidak boleh membaca di sebalik yang tersirat di hati wanita, wanita ni lebih suka berkalis untuk menarik perhatian supaya lelaki tu memahami nya. Tapi lelaki ni tidak faham-faham apa yang wanita ni hendakkan. Betul tak? Ok di sini ada 30 perkara yang wanita tidak sempat hendak bagitahu lelaki. Hendak tahu lebih lanjut? Jangan lupa baca sepenuhnya.



1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. 


2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf. 


3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan). 


4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain. 


5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!! 


6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian. 


7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja


8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan. 


9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka. 


10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna. 


11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita. 


12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut. 


13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan. 


14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam. 


15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu. 


16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya. 


17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!! 


18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.  


19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta. 


20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri. 


21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!! 


 22. Satu ucapan 'Hi/Assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan harinya. 


23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui. 


24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik. 


25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi. 


26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.. 


 27. Senjata wanita adalah airmata!! 


 28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya  (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan  ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu. 


29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah... 


30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa. 


Note: tidak semestinya 30 perkara diatas semuanya wujud dalam diri setiap wanita..tapi zaman sekarang ni lelaki pun ramai yang 'apply' perkara-perkara diatas tu . Selamat mencuba  :-) 
Read more ...

Penderitaan tiga di Mekah Nabi Muhammad saw

Ahmad memberitakan dari Urwah bin Az-Zubair dari Abdullah bin Amru ra. bahwa Urwah pernah bertanya kepada Abdullah: ‘Tolong beritahu aku apa yang pernah engkau lihat dari kaum Quraisy ketika mereka menunjukkan permusuhannya kepada Rasulullah SAW?’. Abdullah bercerita: Aku pernah hadir dalam salah satu peristiwa ketika para pemuka Quraisy bermusyawarah di tepi Hijir (Ka’bah), mereka berkata: Apa yang kita tanggung sekarang lebih dari yang dapat kita sabar lagi dari orang ini! Dia telah mencaci nenek-moyang kita, memburuk-burukkan agama kita, memporak-perandakan persatuan kita, dan mencerca tuhan-tuhan kita, siapa lagi yang dapat bersabar lebih dari kita … !’



Di tengah mereka berbincang-bincang itu, tiba-tiba muncullah Rasulullah SAW datang dan langsung menghadap sudut Ka’bah, lalu beliau bertawaf keliling Ka’bah, dan apabila beliau berlalu di tempat kaum Quraisy itu sedang duduk, mereka melontarkan beberapa perkataan kepadanya, namun beliau hanya berdiam diri belaka. Apabila beliau bertawaf kali kedua, mereka tetap menyampaikan kata-kata mengejek, namun beliau tidak berkata apa pun. Tetapi pada tawaf keliling ketiga, bila mereka mengejek-ngejek lagi, beliau lalu berhenti seraya berkata kepada mercka: ‘Hai pemuka Quraisy! Dengarlah baik-baik! Demi jiwa Muhammad yang berada di dalam genggaman Tuhan, sebenarnya aku ini mendatangi kamu untuk menyembelih kamu!’ Mendengar itu, semua orang yang di situ merasa berat sekali, sehingga setiap seorang di antara mereka merasakan seolah-olah burung besar datang untuk menyambarnya, sampai ada orang yang tidak sekeras yang lain datang untuk menenangkan perasaan beliau supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang mengancam, karena mereka sangat bimbang dari kata-katanya. ‘Kembalilah sudah, wahai Abu Al-Qasim!’ bujuk mereka. ‘Janganlah engkau sampai berkata begitu! Sesungguhnya kami sangat bimbang dengan kata-katamu itu!’ Rasuluilah SAW pun kembalilah ke rumahnya.



Kemudian pada hari besoknya, mereka datang lagi ke Hijir (Ka’bah) itu dan berbicarakan permasalahan yang sama, seperti kemarin, dan aku duduk di antara mereka mendengar pembicaraan mereka itu. ‘Kamu semua cuma berani berkata saja, cuma berani mengumpat sesama sendiri saja, kemudian apabila Muhammad mengatakan sesuatu yang kamu tidak senang, kamu lalu merasa takut, akhirnya kamu membiarkannya!’ kata yang satu kepada yang lain. ‘Baiklah,’ jawab mereka.’ Kali ini kita sama-sama bertindak, bila dia datang nanti.’ Dan seperti biasa Rasulullah SAW pun datang untuk bertawaf pada Ka’bah, maka tiba-tiba mereka melompat serentak menerkamnya sambil mereka mengikutinya bertawaf mereka mengancamnya: ‘Engkau yang mencaci tuhan kami?’ kata yang seseorang. ‘Engkau yang memburuk-burukkan kepercayaan kami, bukan?’ kata yang lain. Yang lain lagi dengan ancaman yang lain pula. Maka setiap diajukan satu soalan kepada Rasulullah SAW itu, setiap itulah dia mengatakan: ‘Memang benar, aku mengatakan begitu!’ Lantaran sudah tidak tertanggung lagi dari mendengar jawaban Nabi SAW itu, maka seorang dari mereka lalu membelitkan kain ridaknya pada leher beliau, sambil menyentakkannya dengan kuat. Untung Abu Bakar ra. berada di situ, lalu dia segera datang melerai mereka dari menyiksa Nabi SAW sambil berkata: ‘Apakah kamu sekalian mau membunuh seorang yang mengatakan ‘Tuhanku ialah Allah! ‘diulanginya kata-kata itu kepada kaum Quraisy itu, dengan tangisan yang memilukan hati. Kemudian aku lihat kaum Quraisy itu meninggalkan tempat itu. Dan itulah suatu peristiwa sedih yang pernah aku lihat dari kaum Quraisy itu yang dilakukan terhadap Nabi SAW – demikian kata Abdullah bin Amru kepada Urwah bin Az-Zubair ra. (Majma’uz Zawa’id 6:16)
Read more ...

Penderitaan dua di Mekah Nabi Muhammah saw

Bukhari meriwayatkan dari Urwah r.a. katanya: Aku bertanya Amru bin Al-Ash ra. mengenai apa yang dideritai Nabi SAW ketika beliau berdakwah mengajak orang masuk Islam, kataku: ‘Beritahu aku tentang perbuatan yang paling kejam yang pernah dibuat oleh kaum musyrikin terhadap Rasulullah SAW? Maka Amru berkata: Ketika Nabi berada di Hijir Ka’bah, tiba-tiba datang Uqbah bin Abu Mu’aith, lalu dibelitkan seutas kain pada tengkuk beliau dan dicekiknya dengan kuat sekali. Maka seketika itu pula datang Abu Bakar ra. lalu dipautnya bahu Uqbah dan ditariknyanya dengan kuat hingga terlepas tangannya dari tengkuk Nabi SAW itu. Abu Bakar berkata kepada Uqbah: ‘Apakah engkau hendak membunuh orang yang mengatakan ‘Tuhanku ialah Allah!’ padahal dia telah membawa keterangan dari Tuhan kamu?!’ (Al-Bidayah Wan-Nihayah 3:46)



Suatu riwayat yang dikeluarkan oleh Ibnu Abi Syaibah, dari Amru bin Al-Ash ra. katanya: Aku tidak pemah lihat kaum Quraisy yang hendak membunuh Nabi SAW seperti yang aku lihat pada suatu hari di bawah lindungan Ka’bah. Mereka bersepakat merencanakan pembunuhan beliau sedang mereka duduk di sisi Ka’bah. Apabila Rasulullah SAW datang dan bersembahyang di Maqam, lalu bangunlah Uqbah bin Abu Mu’aith menuju kepada Rasulullah SAW dan membelitkan kain ridaknya ke tengkuk beliau, lalu disentaknya dengan kuat sekali, sehingga beliau jatuh tersungkur di atas kedua lututnya. Orang ramai yang berada di situ menjerit, menyangka beliau telah mati karena cekikan keras dari Uqbah itu. Maka ketika itu segeralah Abu Bakar ra. datang dan melepaskan cekikan Uqbah dari Rasulullah SAW itu dari belakangnya, seraya berkata: Apa ini? Adakah engkau hendak membunuh orang yang mengatakan ‘Tuhanku ialah Allah!’ Uqbah pun segera berundur dari tempat Rasuluilah SAW itu kembali ke perkumpulan teman-temannya para pemuka Quraisy itu. Rasulullah SAW hanya bersabar saja, tidak mengatakan apa pun. Beliau lalu berdiri bersembahyang, dan sesudah selesai sembahyangnya dan ketika hendak kembali ke rumahnya, beliau berhenti sebentar di hadapan para pemuka Quraisy itu sambil berkata: ‘Hai kaum Quraisy! Demi jiwa Muhammad yang berada di dalam genggaman Tuhan! Aku diutus kepada kamu ini untuk menyembelih kamu!’ beliau lalu mengisyaratkan tangannya pada tenggorokannya, yakni beliau rnenjanjikan mereka bahwa mereka akan mati terbunuh. ‘Ah, ini semua omong kosong!’ kata Abu jahal menafikan ancaman Nabi SAW itu. ‘Ingatlah kataku ini, bahwa engkau salah seorang dari yang akan terbunuh!’ sambil menunjukkan jarinya ke muka Abu jahal. (Kanzul Ummal 2:327)
Read more ...

Penderitaan dua di Mekah Nabi Muhammah saw

Bukhari meriwayatkan dari Urwah r.a. katanya: Aku bertanya Amru bin Al-Ash ra. mengenai apa yang dideritai Nabi SAW ketika beliau berdakwah mengajak orang masuk Islam, kataku: ‘Beritahu aku tentang perbuatan yang paling kejam yang pernah dibuat oleh kaum musyrikin terhadap Rasulullah SAW? Maka Amru berkata: Ketika Nabi berada di Hijir Ka’bah, tiba-tiba datang Uqbah bin Abu Mu’aith, lalu dibelitkan seutas kain pada tengkuk beliau dan dicekiknya dengan kuat sekali. Maka seketika itu pula datang Abu Bakar ra. lalu dipautnya bahu Uqbah dan ditariknyanya dengan kuat hingga terlepas tangannya dari tengkuk Nabi SAW itu. Abu Bakar berkata kepada Uqbah: ‘Apakah engkau hendak membunuh orang yang mengatakan ‘Tuhanku ialah Allah!’ padahal dia telah membawa keterangan dari Tuhan kamu?!’ (Al-Bidayah Wan-Nihayah 3:46)



Suatu riwayat yang dikeluarkan oleh Ibnu Abi Syaibah, dari Amru bin Al-Ash ra. katanya: Aku tidak pemah lihat kaum Quraisy yang hendak membunuh Nabi SAW seperti yang aku lihat pada suatu hari di bawah lindungan Ka’bah. Mereka bersepakat merencanakan pembunuhan beliau sedang mereka duduk di sisi Ka’bah. Apabila Rasulullah SAW datang dan bersembahyang di Maqam, lalu bangunlah Uqbah bin Abu Mu’aith menuju kepada Rasulullah SAW dan membelitkan kain ridaknya ke tengkuk beliau, lalu disentaknya dengan kuat sekali, sehingga beliau jatuh tersungkur di atas kedua lututnya. Orang ramai yang berada di situ menjerit, menyangka beliau telah mati karena cekikan keras dari Uqbah itu. Maka ketika itu segeralah Abu Bakar ra. datang dan melepaskan cekikan Uqbah dari Rasulullah SAW itu dari belakangnya, seraya berkata: Apa ini? Adakah engkau hendak membunuh orang yang mengatakan ‘Tuhanku ialah Allah!’ Uqbah pun segera berundur dari tempat Rasuluilah SAW itu kembali ke perkumpulan teman-temannya para pemuka Quraisy itu. Rasulullah SAW hanya bersabar saja, tidak mengatakan apa pun. Beliau lalu berdiri bersembahyang, dan sesudah selesai sembahyangnya dan ketika hendak kembali ke rumahnya, beliau berhenti sebentar di hadapan para pemuka Quraisy itu sambil berkata: ‘Hai kaum Quraisy! Demi jiwa Muhammad yang berada di dalam genggaman Tuhan! Aku diutus kepada kamu ini untuk menyembelih kamu!’ beliau lalu mengisyaratkan tangannya pada tenggorokannya, yakni beliau rnenjanjikan mereka bahwa mereka akan mati terbunuh. ‘Ah, ini semua omong kosong!’ kata Abu jahal menafikan ancaman Nabi SAW itu. ‘Ingatlah kataku ini, bahwa engkau salah seorang dari yang akan terbunuh!’ sambil menunjukkan jarinya ke muka Abu jahal. (Kanzul Ummal 2:327)
Read more ...

SANGGUL TINGGI

Soalan;

adakah memakai tudung dengan sanggul yang tinggi seperti wanita2 arab, adalah haram?

Jawapan;

Sanggul dalam keadaan biasa yang dibuat wanita untuk mengemaskan rambutnya untuk mengelak dari mengurai, tidaklah ada larangan Syarak terhadapnya asalkan ia tidak mendedahnya untuk tontonan orang ramai (selain suami, mahram dan sesama wanita) kerana rambut berada dalam kawasan aurat yang wajib ditutup. Adapun sanggul yang dibuat untuk tujuan fesyen dan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain (yakni sekalipun berada di bawah tudung, tetapi menjadi tarikan kepada orang lain) dibimbangi wanita yang melakukannya tergolong dalam salah satu dari dua golongan ahli neraka yang disebut oleh Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- dalam hadis di bawah;

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا

“Dua golongan dari ahli neraka yang aku belum melihat kedua-duanya iaitu;
1. Kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu untuk memukul manusia dengannya, dan;
2. Wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencederungkan orang lain kepadanya. Kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak akan dapat memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya di mana bau syurga dapat dicium dari jarak perjalanan sekian sekian jauh”.
(Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah –radhiyallahu ‘anhu-).[1]

Dalam hadis di atas, Nabi mendedahkan dua golongan dari umatnya yang perlakuan mereka belum nampak pada zaman baginda akan tetapi akan muncul pada zaman selepas baginda, iaitu;
a) Golongan pertama; golongan yang suka mendera dan memeras orang-orang bawahannya (termasuk pemerintah-pemerintah yang zalim) di mana mereka diumpamakan Nabi seperti seorang tuan yang memegang cambuk dan memukul hamba bawahannya.
b) Golongan kedua; wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang (yakni tidak menutup aurat dengan sempurna) di mana mereka cenderung kepada maksiat dan melakukan tindakan-tindakan yang mendorong orang lain kepada maksiat.

Di dalam hadis di atas, bukan larangan sanggul yang dimaksudkan oleh Nabi apabila menyebutkan “kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta…”, akan tetapi tujuan sanggul itu dibuat iaitulah untuk menarik perhatian orang lain kepada mereka di samping mereka mendedahkan sanggul itu untuk diperlihatkan kepada orang ramai. Ini dapat kita fahami dari keadaan mereka yang disifatkan Nabi dalam ungkapan sebelumnya “…berpakaian tetapi bertelanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencederungkan orang lain kepada maksiat…”.

Menurut Imam an-Nawawi; maksud ungkapan Nabi “kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta” ialah mereka membesarkan rambut di kepala mereka dengan melilitnya dengan kain serban atau kain-kain lilitan yang lain (Syarah Soheh Muslim). Jelaslah kepada kita bahawa yang dimaksudkan oleh Nabi dalam hadis di atas –berdasarkan tafsiran ulamak- ialah fesyen-fesyen yang dibuat pada rambut untuk tujuan menarik perhatian orang lain.

Wanita-wanita Islam wajib menjaga penampilan diri mereka agar jangan menimbulkan ghairah dan nafsu lelaki ajnabi walaupun dengan perbuatan yang hukum asalnya adalah harus. Sebagai contoh;

a) Suara wanita hukum asalnya tidaklah aurat (yakni harus diperdengarkan). Namun apabila suaru itu dimanja-manjakan (atau dialun-alunkan seperti nyanyian, nasyid dan sebagainya) maka ia menjadi aurat yang tidak boleh diperdengarkan kecuali kepada suami dan mahram sahaja. Firman Allah; “…janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)”. (al-Ahzab; 32)
b) Harus wanita memakai gelang kaki. Namun jika ia menghentak-hentakkan kakinya untuk memperdengarkan bunyi gelang kaki itu kepada orang lain (yang bukan suami dan mahramnya) atau ia memakai gelang kaki yang berloceng, maka hukumnya adalah haram sebagaimana larangan Allah dalam surah an-Nur (bermaksud); “Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka”. (ayat 31). Larangan ini mungkin boleh dikiaskan kepadanya kasut-kasut tumit tinggi yang dipakai oleh wanita hari ini di mana apabila ia berjalan, bunyi tapak kasutnya akan menarik perhatian orang lain untuk berpaling kepadanya.

Kesimpulannya, sanggul pada asalnya tidaklah dilarang, namun jika dibuat dengan tujuan untuk memperlihatkan keaadan sanggul itu di khalayak ramai atau untuk menarik perhatian mereka, ia adalah dilarang berdasarkan ayat al-Quran dan hadis di atas.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, juz. 14, bab an-Nisa’ al-Kasiyaat…
2. Fatawa wa Istisyaraat laman al-Islam al-Yaum (http://www.islamtoday.net), no. 16/158.
3. Al-Halal wa al-Haram, Dr. Yusuf al-Qaradhawi.

Nota hujung;

[1] Berkata Dr. Yusuf al-Qaradhawi; “Rasulullah s.a.w. melalui pandangan ghaibnya seolah-olah melihat kepada zaman ini, zaman di mana terdapat kedai-kedai atau salun-salun khas untuk menggubah rambut wanita, mencantikannya dan mempelbagaikan fesyen-fesyennya. Biasanya kedai-kedai atau salun-salun ini diselia oleh lelaki-lelaki yang melakukan kerja mereka bagi mendapat upah atau bayaran. Bukan sekadar itu, malah ramai wanita yang tidak memadai dengan rambutnya yang sedia ada yang dianugerahkan Allah, maka mereka membeli pula rambut-rambut palsu. Rambut palsu ini mereka sambungkan dengan rambut asal mereka untuk kelihatan lebih ikal, bersinar dan cantik, supaya dengan itu diri mereka menjadi lebih menarik dan menggoda…”. (al-Halal wa al-Haram, Dr. Yusuf al-Qaradhawi, halaman 84-85).
Read more ...

MAKNA MENDERHAKA IBU BAPA

Soalan;
 
1) Wajarkah seorang anak menegur ibu yang melakukan kesalahan? Adakah itu dianggap derhaka?
2) Sekiranya seorang ibu yang membuat salah itu memarahi anak nya kerana tidak menurut apa yang dikehendakinya dan anak nye membantah sehingga berlaku pertengkaran adakah itu derhaka?
3) Sekiranya anak tersebut seorang perempuan dan telah berkahwin, bagaimanakah dosa anak perempuan tersebut?  adakah di tanggung oleh suami?
4) Sekiranya si anak banyak terasa hati dengan tingkah laku ibu nya dan membawa diri jauh dari ibunya, adakah itu dikira derhaka?
Terima kasih ya ustaz.

Jawapan;

Menderhakai dua ibu bapa merupakan dosa besar dalam Islam, malah di antara dosa-dosa paling besar. Di dalam hadis, Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda; “Dosa-dosa paling besar ada empat;
 
1.      Mensyirikkan Allah
2.      Membunuh manusia
3.      Menderhakai dua ibu bapa
4.      Memberi kesaksian palsu
(HR Imam al-Bukhari dari Anas –radhiyallahu ‘anhu-)

Namun kita perlu memahami dengan baik apa yang dimaksudkan menderhakai dua ibu-bapa kerana ibu-bapa tidaklah sama seperti Allah dan Rasul yang tidak boleh dicanggahi arahan dan keputusannya. Dua ibu-bapa adalah makhluk dan mereka tertakluk dengan hadis Nabi; “Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat kepada Khaliq (Tuhan pencipta iaitu Allah)”.

Menurut Imam Ibnu as-Solah; penderhakaan terhadap ibu-bapa yang diharamkan ialah semua jenis perbuatan yang menyebabkan dua ibu-bapa merasa sakit hati (perasaan kecewa) yang tidak sedikit terhadap anaknya, sedangkan perbuatan itu bukanlah dari perkara-perkara wajib (yang terpaksa dilakukan)” (Lihat; Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, jil. 1, bab Bayan al-Kabair wa Akbariha). Berdasarkan pandangan Imam Ibnu as-Solah ini kita dapat simpulkan bahawa yang dikatakan penderhakaan ialah apabila si anak melakukan perbuatan yang sengaja untuk menyakiti dua ibu-bapanya. Adapun jika ibu-bapa merasa sakit hati atau kecewa terhadap perbuatan si anak yang wajib perbuatan itu ia lakukan kerana untuk memenuhi tuntutan agama, tidaklah ia dianggap penderhakaan yang diharamkan oleh agama yang tergolong dalam dosa-dosa besar oleh hadis tadi kerana mentaati Allah lebih utama dari mentaati dua ibu-bapa.

Maka apabila si anak menegur bapa atau ibunya kerana suatu maksiat yang mereka lakukan yang mesti ditegur, lalu bapa atau ibu merasa marah atau kecewa, tidaklah si anak itu dianggap durhaka di sini agama kerana menegur/mencegah maksiat adalah dituntut oleh agama. Begitu juga, jika ibu-bapa meminta/mengarahkan si anak agar melakukan perbuatan dosa, munkar atau maksiat, lalu si anak menolaknya dan ibu-bapa rasa marah, tersinggung atau kecewa, tidaklah si anak dikira durhaka kepada ibu-bapa di sisi agama.

Diceritakan di dalam hadis bahawa, Sa’ad bin Abi Waqqas –radhiyallahu ‘anhu- apabila ia memeluk Islam dan diketahui ibunya yang masih kafir, ibunya telah telah mengadakan mogok lapar. Ibunya berkata; “Bukankan Allah memerintahkan supaya kamu berbuat baik kepada ibumu? Demi Allah, aku tidak akan makan sebarang makanan dan tidak akan minum sebarang minuman hinggalah sama ada aku mati atau kamu kembali kafir”. Lalu turunlah ayat Allah (bermaksud); “…dan jika mereka berdua (yakni ibu-bapamu) mendesakmu supaya engkau mempersekutukanKu dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka” (Surah al-‘Ankabut, ayat 8). (HR Imam at-Muslim, at-Tirmizi dan lain-lain. Lihat hadis ini dalam Tafsir Ibnu Kathir, surah al-‘Ankabut, ayat 8).

Dalam riwayat yang lain diceritakan; Saad berkata kepada ibunya tadi; “Wahai ibu, ketahuilah bahawa jika ibu dikurniakan 100 nyawa dan keluar nyawa itu satu demi satu dari ibu (kerana mogok lapar ibu itu), saya sekali-kali tidak akan meninggalkan agama ini kerana suatu tukaran pun. Jika ibu mahu, ibu makanlah. Jika tidak mahu, tak usahlah makan”. Akhirnya ibunya putus asa dan makan. (HR Imam at-Thabrani. Lihat hadis ini dalam Tafsir Ibnu Kathir).

Walau bagaimanapun, dalam menegur kedua ibu-bapa, si anak hendaklah beradap dan menggunakan bahasa yang elok. Tidak harus menengking atau bertengkar dengan ibu-bapa. Kewajipan si anak ialah memberikan teguran. Jika teguran tidak dindahkan, bukanlah lagi tanggungjawab si anak untuk memaksa mereka. Berdoalah kepada Allah agar Allah memberi hidayah kepada mereka. Begitu juga, tidak harus memulau ibu-bapa semata-mata kerana bercanggah pandangan dengan kita. Perhatikan firman Allah dalam surah Luqman (yang bermaksud);

“Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan tentangnya, maka janganlah engkau taat kepada mereka dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik…” (Surah Luqman, ayat 15)

Perhatikan dalam ayat di atas; Allah melarang kita dari memenuhi desakan ibu-bapa kepada kekufuran (mensyirikkan Allah), namun dalam pada itu Allah tetap memerintahkan agar kita bergaul dengan mereka di dunia secara baik. Berkata Imam al-Qurthubi –mengulas ayat di atas-; “Ayat ini menjadi dalil kepada tuntutan supaya mengikat hubungan dengan dua ibu-bapa yang kafir termasuk menafkahi mereka –mengikut yang terdaya- jika mereka miskin, bercakap lembut dengan mereka dan mengajak mereka kepada Islam dengan bahasa yang manis” (Tafsir al-Qurthubi, surah Luqman, ayat 15). Diceritakan dalam hadis bahawa Asma’ binti Abu Bakar, tatkala datang kepadanya ibunya yang masih kafir (musyrik) untuk mengikat hubungan, ia (yakni Asma’) bertanya Nabi; “Ya Rasulullah, perlukah aku mengikat hubungan dengan ibuku itu?”. Nabi menjawab; “Ikatlah hubungan dengannya”. (HR Imam al-Bukhari dan Muslim)
Jika terhadap ibu yang kafir kita masih disuruh agar berbuat baik dan tidak memutuskan hubungan, maka apatahlagi dengan ibu yang telah Islam, cuma tidak solehah sahaja. Kita wajib terus menjalinkan ikatan/hubungan dengannya dan pada masa yang sama kita membetulkannya sedikit demi sedikit dengan penuh hikmah. Kita melihat sikap Nabi sendiri, walaupun bapa saudaranya (Abu Thalib) tidak menerima Islam, Nabi terus berhubungan dengannya dan tidak pernah berputus asa mendakwahinya hingga akhir hayatnya (Abu Thalib).

Wallahu a’lam.
Read more ...

PENAFIAN SEBAGAI ISTERI DAN UCAPAN SUAMI "DIA BUKAN ISTERIKU"

Soalan;

Assalamualaikum Ustaz. Saya ada satu kemusykilan berkenaan situasi yang mungkin kerap berlaku dalam masyarakat kita. Situasinya begini....Seorang suami mempunyai 2 orang isteri secara rahsia iaitu Puan A dan Puan B. Walaubagaimanapun, tembelang si suami pada suatu hari terbongkar apabila Puan A terserempak si suami ini bersama Puan B. Walaubagaimanapun apabila disoal, si suami menafikan bahawa Puan B ini adalah isterinya. Soalannya, adakah jatuh talak pada Puan B tersebut apabila si suami tidak mengaku bahawa Puan B adalah isterinya di hadapan Puan A?

Jawapan;

Penafian suami tentang status seorang wanita sebagai isterinya atau ucapannya "Dia bukan isteriku" bergantung kepada niat suami kerana ia termasuk dalam lafaz kinayah talak (yakni lafaz yang boleh difahami dengan maksud talak dan bukan talak), bukan termasuk dalam lafaz sarieh (yakni lafaz yang tidak difahami melainkan dengan maksud talak, iaitu lafaz cerai atau lafaz talak itu sendiri). Jika suami bermaksudkan talak/cerai dengan penafian atau ucapan tersebut, jatuhlah talak. Jika tidak berniat talak, tidaklah jatuh talak.

Wallahu a'lam.
Read more ...

MEMOHON MAAF KERANA MELAKUKAN ZINA

Soalan;

Sekiranya seorang lelaki yang sudah berkahwin berzina dengan isteri orang atau sebaliknya(isteri berzina dengan lelaki yg sudah berkahwin) dan sekarang beliau telah insaf dan melakukan taubat nasuha, adakah lelaki itu wajib meminta maaf kepada suami wanita tersebut?

Jawapan;

Zina adalah dosa yang amat besar di dalam Islam apatahlagi jika dilakukan dengan wanita yang telah bersuami. Perbuatan tersebut menganiayai si suami terbabit, menjatuhkan air mukanya dan menghancur-luluhkan hatinya jika ia mengetahuinya. Berkata Imam Ibnu Hajar; "Zina ada beberapa martabat. Berzina dengan wanita ajnabi yang tak bersuami sudah dikira dosa besar. Lebih besar lagi dosa jika dilakukan dengan wanita ajnabi yang besuami. Lebih besar dari itu apabila seorang berzina dengan mahramnya sendiri. Perbuatan zina seorang yang pernah berkahwin lebih keji dari orang belum pernah berkahwin berdalilkan hukuman had yang berbeza antara keduanya (yakni hukuman had yang dikenakan ke atas penzina yang pernah berkahwin lebih berat iaitu direjam sampai mati, berbanding yang belum berkahwin hukumannya disebat 100 rotan). Zina oleh orang tua lebih keji dari zina oleh orang muda kerana akalnya lebih sempurna. Zina oleh orang merdeka dan orang alim lebih keji dari zina yang dilakukan oleh hamba dan orang jahil" (az-Zawajir 'An Iqtiraf al-Kabair).

Orang yang terlanjur melakukan zina hendaklah segera bertaubat kepada Allah dengan taubat nasuha iaitu dengan memenuhi semua syarat-syarat taubat iaitu;

1. Meninggalkan perbuatan dosa dan maksiat yang dilakukan sepenuhnya
2. Menyesal sesungguh hati atas ketelanjuran melakukannya
3. Berazam dengan keazaman yang bulat/penuh tidak akan mengulagi lagi dosa dan maksiat tersebut.
Di samping ia hendaklah memperbanyakkan amal-amal soleh dan kebajikan kerana amal-amal yang baik akan menutup kejahatan-kejahatan yang lalu. Firman Allah (bermaksud); "Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) ia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar-benar taubat" (Surah al-Furqan, ayat 71).

Perlukah ia memberitahu perbuatan zinanya kepada orang lain (termasuk suami wanita yang dizinainya) sebagai tanda taubat dan penyesalan? Jawapannya; memadai dengan kita melakukan apa yang disuruh oleh Syariat sebagai tanda taubat kita iaitu dengan melaksanakan rukun-rukun taubat nasuha tadi. Syariat tidaklah mensyaratkan orang berzina mesti mengisytiharkan perbuatan zinanya sebagai syarat sah taubatnya. Malah terdapat hadis dari Nabi memerintahkan supaya kita tidak menghebahkan dosa yang kita lakukan, sebaliknya kita mengekalkannya menjadi rahsia antara kita dan Allah setelah kita memohon ampun dariNya. Sabda Nabi (bermaksud); "Setiap umatku akan diampunkan Allah dosanya kecuali orang-orang yang menzahirkan (dosa/maksiatnya). Di antara penzahiran ialah; seorang lelaki melakukan satu perbuatan dosa di malam hari dan Allah telah menutupnya dari diketahui orang lain. Namun apabila ia bangun pagi, ia menceritakan kepada orang lain; 'Wahai fulan, aku telah melakukan perbuatan sekian sekian semalam'. Allah menutupinya di malam hari, namun di pagi hari dia sendiri yang mendedahkan tutupan Allah ke atasnya" (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah). Baginda juga bersabda; "Allah tidak menutupi seseorang hamba di dunia melainkan Ia akan menutupinya di akhirat" (HR Imam al-Bukhari dan Muslim).

Mengulas hadis tersebut, Imam an-Nawawi menegaskan; Adalah makruh orang yang terlanjur melakukan maksiat memberitahu perbuatan maksiatnya kepada orang lain, akan tetapi hendaklah ia meninggalkan maksiat, menyesalinya dan berazam tidak akan kembali melakukannya. Melainkan jika ada suatu maslahah untuk ia memberitahunya seperti memberitahu guru atau syeikhnya untuk mencari jalan keluar dari maksiatnya, atau untuk selamat dari terjebak dalam maksiat yang sepertinya, atau untuk mengetahui punca ia terjebak dalam maksiat tersebut atau supaya gurunya mendoakan untuknya, maka tidaklah makruh ia memberitahunya. Berkata Imam al-Ghazali; pendedahan yang dicela ialah jika dilakukan dengan tujuan sengaja ingin menzahir atau menceritakan dosa atau maksiat yang dilakukan atau untuk mempermain-mainkan. Adapun dengan tujuan bertanya soalan atau meminta fatwa tidaklah dicela berdalilkan hadis yang menceritakan; seorang lelaki yang terlanjur bersetubuh dengan isterinya pada siang hari di bulan Ramadhan, lalu ia datang kepada Nabi dan menceritakan apa yang berlaku dan Nabi tidak menegah perbuatannya. (Faidhul-Qadier, hadis no. 6279)

Merujuk kepada soalan saudara, tidak perlulah orang terlibat mendedahkan perbuatan zinanya kepada si suami semata-mata untuk memohon maaf darinya. Hendaklah ia menyesali perbuatannya, memohon ampun kepada Allah dengan sesungguh hati, membanyakkan amal-amal soleh dan mendoakan kesejahteraan orang yang teraniayai dengan kerana perbuatan maksiatnya itu.

Wallahu a'lam.

Rujukan;

1. Laman Fatwa Syeikh Muhammad Soleh al-Munajjid (Islamqa.com), fatwa no. 95024, 47924.
2. Faidhul-Qadier Syarh al-Jami as-Saghier, Imam an-Munawi, hadis no. 6279
Read more ...

MENYENTUH NAJIS KERING, SOLAT MUSAFIR & SUAMI MENGABAIKAN ISTERI

Soalan;

1. Jika tangan kita kering dan memegang kain kencing yang juga kering, adakah batal wuduk?
2. Jika kita musafir, bolehkah kita buat solat jamak dan qasar jika terlalu sibuk, dan memilih untuk solat biasa jika tidak sibuk?
3. Suami yang hanya mementingkan ibu dan mengabaikan isteri dan anak, katanya tidak mahu menjadi anak derhaka.
Terima kasih.

Jawapan;

1. Masalah pertama tiada kaitan dengan wudhuk. Ia berkait dengan akan menajisi tangan atau tidak? Jawapannya; jika anggota yang menyentuh dan najis yang disentuh, kedua-duanya kering, anggota yang menyentuh najis itu tidaklah dianggap terkena najis kecuali jika tidak nampak apa-apa kesan najis padanya. Jadi, tidak perlulah anggota itu dibasuh sebelum kita menunaikan solat atau melakukan sebarang ibadah yang lain yang mensyaratkan wajib bersuci. Adapun wudhuk, wudhuk tidak batal semata-mata badan bernajis. Bila badan terkena najis, cukup dengan kita mencucinya sahaja tanpa perlu mengulangi ambil wudhuk.

2. Selagi ada sebab yang mengharuskan untuk solat jamak dan qasar, haruslah untuk kita menjamak dan mengqasarkan solat. Menurut mazhab Syafiie, sebabnya ada dua;
A) Safar (perjalanan yang mencukupi 2 marhalah, iaitu kira-kira 90 KM)
B) Hujan (untuk jamak taqdim sahaja)
Adapun mengikut sebahagian ulamak; ada 3 sebab; dua di atas dan ditambah satu lagi;
(C) Kesibukan dan kesulitan (termasuk sakit).

Sama ada solat jamak dan qasar itu dilakukan berterusan atau pada waktu-waktu tertentu, itu tidak menjejaskan rukhsah (kelonggaran) yang diberikan Syariat itu selama sebab yang mengharuskannya masih ada iaitu safar, hujan atau kesibukan/kesulitan (mengikut sebahagian ulamak). Terdapat hadis dari Saidatina 'Aisyah yang menceritakan; "Aku keluar bersama Rasulullah semasa Umrah Ramadhan di mana ada hari aku berbuka (yakni tidak berpuasa) dan ada hari aku berpuasa. Ada ketika aku mengqasarkan solat dan ada ketika aku menyempurnakannya (yakni tidak mengqasarnya). Apabila aku menceritakan kepada Rasulullah apa yang aku lakukan itu, baginda berkata; "Apa yang kamu lakukan itu adakah baik, wahai Aisyah" (HR an-Nasai, ad-Daruqutni dan al-Baihaqi dengan sanad yang baik. Lihat hadis ini dalam; al-Majmu', Imam an-Nawawi, juzuk 4, kitab as-Solah, bab Solat as-Safar dan Nailul-Autar, Imam as-Syaukani, juz 3, kitab as-Solah, Abwab Solat al-Musafir).

3. Ketaatan/kebaikan kepada ibu-bapa dan tanggungjawab sebagai ketua keluarga adalah dua kewajipan yang berbeza yang mesti dilaksanakan kedua-duanya sebagaimana kewajipan solat, puasa, zakat dan sebagainya. Tidak harus melakukan satu dan meninggalkan yang satu lagi. Suami yang berbuat baik kepada ibu bapa tetapi pada masa yang sama ia mengabaikan tanggungjawab kepada keluarga (isteri dan anak-anak) ia berdosa kerana mengabaikan kewajipan Syarak walaupun pada masa yang sama ia mungkin mendapat pahala kerana kebaikan kepada ibu bapanya. Begitu juga jika ia melakukan sebaliknya (yakni menunaikan tanggungjaeab kepada keluarga, namun menderhaka kepada ibu-bapa). Oleh itu, suami mestilah berusaha melaksanakan dua kewajipan yang tertanggung atas bahunya itu dengan sebaik mungkin secara saksama.

Wallahu alam.
Read more ...

ISTERI PERLU PATUH SUAMI ATAU IBU BAPA?

Soalan;

Jika seorang anak perempuan yang telah berkahwin dan suami anak perempuan tadi tidak mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga anak perempuan tadi ( mertuanya ), dan sekiranya keluarga si isteri ini tadi ingin mengadakan majlis untuk anak perempuannya tetapi suami bagi anak perempuan ini melarang isterinya dari menghadiri majlis tersebut dan kesannya sekiranya si isteri ini tidak menghadiri majlis tersebut maka akan mengaibkan ibubapanya dan sekiranya dia hadir ke majlis yang di adakan oleh ibubapanya maka adakah hukumnya nusyuz, kerana melanggar perintah suami? apa pula hukumnya ke atas anak perempuan tadi sekiranya tidak hadir dan melukakan hati ibu bapanya? harap dapat di perjelaskan. sekian terima kasih.

Jawapan;

Bagi seorang wanita yang telah berkahwin, suami dan ibu-bapa adalah dua insan paling utama dalam hidupnya. Kedua-dua mereka wajib ditaati, dihormati dan dijaga hubungan dan pertalian dengan mereka. Namun apabila berlaku pertembungan antara arahan suami dan arahan ibu-bapa (atau keluarga), ketaatan kepada suami adalah lebih utama dari ketaatan kepada dua ibu-bapa. Ini berdasarkan hadis dari Aisyah yang menceritakan; Aku bertanya Rasulullah; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang perempuan?". Jawab Nabi; "Suaminya". Aku bertanya lagi; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang lelaki?". Jawab Nabi; "Ibunya". (HR al-Hakim dan beliau mensahihkannya dan al-Bazzar dengan sanad yang baik).

Walau bagaimanapun, hendaklah arahan suami bukan dalam bentuk yang memudaratkan ibu-bapa si isteri seperti arahan supaya isteri tidak menziarahi ibu-bapanya secara sepenuhnya, arahan supaya isteri tidak memberi belanja kepada ibu-bapanya yang miskin (sedangkan dia mampu), arahan jangan menziarahi/menjaga ibu-bapa yang uzur/sakit (sedang tiada orang lain dapat menggantinya) dan yang seumpamanya. Arahan-arahan tersebut bertentangan dengan arahan Allah yang memerintahkan supaya anak (sama ada lelaki atau perempuan) berbakti/berterima kasih kepada ibu-bapanya dan melayani mereka dengan baik. Firman Allah (bermaksud);

"Berterima kasihlah kepadaKu dan kepada dua ibu-bapamu..." (Surah Luqman, ayat 14).

"Sembahlah Allah dan jangan mensyirikan sesuatu denganNya, dan berbuat baiklah kepada dua ibu-bapa" (an-Nisa', ayat 36).

"Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya dan hendaklah kamu berbuat baik kepada dua ibu-bapa" (Surah al-Isra', ayat 23)

"Dan bergaullah dengan mereka berdua di dunia dengan cara yang baik" (Surah Luqman, ayat 15).

Arahan manusia -termasuk suami- hanya harus ditaati jika tidak melanggari perintah Allah. Arahan agar memutuskan silaturrahim dengan ibu-bapa dan mengabaikan mereka jelas bertentangan dengan perintah Allah, kerana itu tidak wajib dipatuhi. Arahan tersebut jika ditolak/diengkari oleh isteri tidaklah menyebabkan ia menjadi nusyuz.

Imam as-Shan'ani ketika mengulas hadis tadi (yakni hadis yang menegaskan ketaatan kepada suami lebih diutamakan dari ketaatan kepada ibu-bapa) beliau berkata; hadis tersebut adalah khusus jika tidak menimbulkan mudarat kepada dua ibu-bapa. Jika tidak, maka hak ibu-bapa adalah diutamakan ke atas hak suami bagi menselarikan antara hadis-hadis berkaitan" (Subulus-Salam, jilid 2, kitab al-Jami', bab al-Birr wa as-Silah).

Apa yang kita kemukakan di atas merupakan pandangan jumhur ulamak (yang terdiri dari mazhab Hanafi dan Maliki) iaitu; tidak harus suami menghalang isteri dari menziarahi ibu/bapanya terutamanya pada saat-saat mereka memerlukan bantuan dan perhatian anak mereka. Jika isteri membantah larangan suami seperti itu, tidaklah ia berdosa atau dan menjadi isteri yang nusyuz.

Tidak dinafikan di sana segolongan ulamak (antaranya mazhab Syafiie) yang berpandangan; suami mempunyai hak untuk menghalang isteri keluar dari rumah sekalipun untuk menziarahi dua ibu-bapanya, melawat mereka ketika sakit, malah untuk menziarahi jenazah mereka. Isteri wajib mentaati arahan tersebut walaupun dari sudut hukum arahan sebegitu adalah berdosa jika suami tidak mempunyai sebab yang munasabah untuk bertindak demikian. Mereka berdalilkan hadis dari Anas yang menceritakan; Seorang lelaki keluar bermusafir dan ia menegah isterinya keluar rumah. Ditakdirkan Allah bapa isterinya sakit, lalu ia mohon dari Rasulullah untuk keluar menziarahi bapanya. Baginda berkata; "Bertakwalah kamu kepada Allah dan janganlah menyanggahi perintah suami kamu". Lalu Allah memberi wahyu kepada Rasulullah bahawa bapa wanita itu telah diampunakan Allah dengan kerana ketaatannya kepada suaminya. (HR Imam at-Thabrani dalam al-Mu'jam al-Ausat). Namun menurut ulamak-ulamak hadis; sanad hadis ini adalah dhaif dan tidak harus dijadikan hujjah apatah lagi bagi perkara yang bersalahan dengan kehendak al-Quran tadi. Oleh itu, pandangan yang rajih ialah yang pertama tadi.

Merujuk kepada masalah yang dikemukakan dalam soalan di atas, keadaan tidaklah terlalu mendesak untuk si isteri pulang ke rumah ibu/bapanya. Ia sekadar kenduri sahaja. Oleh itu, bagi kes tersebut isteri tetap wajib menurut kehendak suami. Berusahalah memujuk suami supaya memberi keizinan. Jika ia tetap berdegil tidak mahu mengizinkan, tidak ada jalan lain melainkan taat dan patuh kepada arahan suami untuk mengelak dari menjadi isteri yang nusyuz. Mengenai hajat ibu-bapa, tidaklah berdosa menolaknya dalam kes ini kerana bagi wanita yang telah bersuami, menjaga hak suami lebih utama dari hak ibu-bapa sebagaimana ditegaskan oleh Nabi dalam hadis di awal tadi. Ia boleh menghubungi mereka -melalui telefon atau sebagainya- untuk memohon maaf dan menjelaskan situasi yang berlaku. Permohonan maaf itu juga termasuk dalam berbuat baik kepada ibu-bapa mengikut yang terdaya dilakukan.

Wallahu a'lam.

Rujukan;

1. Al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyah, juz 23, hlm. 56.
2. az-Zawaaj, Dr. Muhammad Ibrahim al-Hafnawi, hlm. 285-290.
3.Subulus-Salam, jilid 2, kitab al-Jami', bab al-Birr wa as-Silah).
Read more ...

NAFKAH ISTERI DAN IBU-BAPA; MANA YANG DIDAHULUKAN?

Soalan;

1. Apakah hukum suami yg selalu mengabaikan nafkah anak isteri kerana mengutamakan keluarganya di kg? - Suami bukanlah anak lelaki sulung @ anak lelaki tunggal.
2. Bolehkah keluarga di kg terutama ibu & ayah meminta duit (terlalu kerap) dari anak lelakinya padahal anak lelakinya jg perlu bertanggungjawab pada anak isteri? - Ayahnya masih berkerja tetap selalu mengalami masalah kewangan.

Jawapan;

1. Dalam pemberian nafkah, seorang suami hendaklah mendahulukan isteri dan anak-anak dari orang lain (termasuk ibu-bapa). Urutan nafkah adalah seperti berikut;

a) Diri sendiri
b) Isteri
c) Anak
d) Bapa
e) Ibu
f) Cucu
g) Datuk
h) Saudara
i) Ahli-ahli keluarga berikutnya.

Urutan ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang menegaskan; “Mulailah dengan diri kamu, bersedekahlah kepada diri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk isteri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk ahli keluarga kamu. Jika ada lebihan lagi, maka untuk begini dan begini; yakni untuk orang di hadapan kamu, di kanan dan kiri kamu” (Riwayat Imam Muslim dan an-Nasai dari Jabir r.a.. al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 46). Berkata Imam an-Nawawi mengulas hadis ini; di antara kesimpulan dari hadis ini ialah; hendaklah pemberian nafkah dimulakan mengikut tertib yang tersebut (dalam hadis). (Syarah Soheh Muslim, juz 7, Kitab az-Zakah, bab al-Ibtida’ Fi an-Nafaqah Bin-Nafsi Tsumma Ahlihi Tsumma al-Qarabah).

Perlu disebut juga di sini bahawa nafkah untuk isteri wajib diberikan oleh suami sekalipun isteri kaya dan berada. Suami yang gagal memberi nafkah sewajarnya kepada isterinya -mengikut kemampuannya- ia dianggap berhutang dengan isterinya kecualilah jika isteri menggugurkan haknya dengan kerelaannya sendiri. Begitu juga, isteri boleh menuntut fasakh di atas kegagalan suaminya memberi nafkah.

Adapun nafkah kepada orang lain selain isteri, ia tidak wajib melainkan apabila memenuhi dua syarat;

a) Mereka adalah miskin, tidak memiliki harta dan tidak mempunyai sumber pendapatan. Jika mereka mempunyai harta atau memiliki sumber pendapatan sendiri, tidaklah wajib lagi ia menyara mereka. Namun digalakkan ia meneruskan pemberiannya kepada mereka untuk mengekal kasih sayang dan silaturrahim.

b) Ia mempunyai kemampuan untuk menanggung mereka; sama ada dengan hartanya atau dengan sumber pendapatannya. Kemampuan ini merangkumi kos saraan untuk diri sendiri dan isteri. Jika ada lebihan (setelah ditolak keperluan diri dan isteri), barulah ia wajib menyara ahli-ahli keluarga yang lain.

Merujuk kepada soalan di atas, tidak harus suami mengabaikan nafkah kepada isteri dan anak-anak dengan alasan ingin membantu ibu-bapa di kampung kerana menafkahi isteri dan anak-anak adalah wajib. Jika benar ibu-bapa memerlukan nafkah darinya, ia hendaklah menafkahi mereka tanpa mengabaikan isteri dan anak-anak. Itupun jika ia mampu menampung semua mereka. Jika tidak, hendaklah ia mendahulukan isteri dan anak-anak.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi.
2. Manar as-Sabil, Ibnu Dhuyan.
Read more ...

HUKUM BERCUMBUAN TANPA ZINA

Soalan;

apakah hukum seorang lelaki dan perempuan yang bukan muhrim bersentuhan dan bercumbuan pada pertama kali tanpa melakukan zina? adakah dosa keterlanjuran ini sangat berat walaupun tidak berlaku zina? apakah Allah akan mengampunkan dosanya sekiranya mereka ini telah insaf dan tidak mengulangi perbuatan ini untuk kali kedua??

Jawapan;

Perbuatan tersebut sekalipun belum berzina tetapi ia telah membabitkan pelbagai dosa dan kesalahan yang ditegah Syariat, iaitu;

1. Ia menghampiri zina. Firman Allah (bermaksud); “Dan janganlah kamu menghampiri zina” (Surah al-Isra’, ayat 32). Berkata Imam Ibnu Kathir; “Dengan ayat ini Allah menegah hamba-hambaNya dari zina, dari menghampirinya dan dari terlibat dengan segala sebab dan pendorong kepada zina” (Lihat; Tafsir Ibnu Kathir).

2. Berdua-dua antara lelaki dan wanita bukan mahram. Sabda Nabi; “Tidak bersunyian (berdua-duaan) seorang lelaki dan seorang wanita melainkan syaitan akan menjadi yang ketiga antara mereka” (Sunan at-Tirmizi).

3. Menyentuh bukan mahram. Sabda Nabi; “Jika kepala seseorang dari kamu ditusuk dengan jarum dari besi, itu lebih baik baginya dari ia menyentuh seorang wanita yang tidak halal untuknya” (Riwayat Imam at-Thabrani dan al-Baihaqi. Berkata al-Haithami; para perawi hadis ini adalah perawi hadis soheh. Berkata al-Munziri; para perawinya adalah tsiqah Lihat; Faidhal-Qadier, hadis no. 7216). Jika menyentuh sudah begitu hebat ancamannya, bagaimana dengan saling bersentuhan dan bercumbuan.

4. Membuka aurat kepada bukan mahram. Firman Allah (bermaksud); “Dan janganlah mereka (perempuan-perempuan beriman) memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali kepada suami mereka, bapa mereka, bapa mertua mereka, anak-anak lelaki mereka…” (Surah an-Nur, ayat 31). Di dalam hadis, Rasulullah bersabda kepada orang lelaki; “Jagalah aurat kamu kecuali kepada isteri kamu atau hamba perempuan yang kamu miliki” (HR Imam Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah, an-Nasai dan at-Tirmizi. Menurut Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan. Lihat hadis ini dalam al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 264)

5. Tidak menjaga pandangan mata. Firman Allah; “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kemaluan mereka…. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kemaluan mereka” (Surah an-Nur, ayat 30-31).

6. Melepaskan nafsu seks mengikut jalan yang haram. Di dalam al-Quran Allah menyebutkan di antara sifat orang beriman ialah; “Mereka yang menjaga kemaluan mereka, kecuali kepada isteri mereka atau hamba sahaya mereka, maka sesungguhnya mereka tidaklah tercela. Maka sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian itu, maka mereka adalah orang-orang yang melampaui batas” (Surah al-Mukminun, ayat 5-7). Perhatikan Allah menegaskan “sesiapa mengingini selain dari yang demikian itu” (yakni mencari jalan untuk melepaskan nafsu selain kepada isteri dan hamba sahaya) mereka adalah orang yang melampau batas. Dengan ayat ini Imam as-Syafiie menegaskan; Haram mengeluarkan mani dengan tangan (yakni melakukan onani) kerana ia termasuk melepaskan nafsu bukan kepada isteri atau hamba sahaya (Lihat; Tafsir Ibnu Kathir). Jika melepaskan nafsu secara sendirian sudah dianggap haram, apatahlagi jika membabitkan pasangan yang bukan mahram, maka lebih-lebih lagilah haram.

Orang yang melakukan perbuatan sedemikian wajiblah ia segera bertaubat kepada Allah. Pintu taubat sentiasa dibuka oleh Allah dengan syarat ia benar-benar bertaubat nasuha iaitu dengan melaksanakan rukun-rukun taubat berikut;

1. Meninggalkan maksiat tersebut sepenuhnya.
2. Menyesali ketelanjuran lalu dengan sesungguh hati.
3. Bertekad tidak akan mengulangi lagi.

Sebagai bukti kejujuran taubatnya, ia hendaklah mengubah hidupnya dari suasana maksiat kepada suasana taat (menjaga ibadah terutamanya solat, menjauhi pergaulan luar batasan antara lelaki dan wanita, bergaul dengan orang-orang soleh, mendampingi masjid dan majlis ilmu, menanamkan rasa takut kepada Allah dan balasan di akhirat). Hanya dengan berada dalam suasana ketaatan sahaja kita dapat memelihara diri dari terjerumus ke dalam maksiat. Di dalam hadis, Rasulullah bersabda; "Seseorang manusia itu berada di atas agama teman rapatnya. Maka hendaklah setiap dari kamu memerhati dengan siapa ia berteman" (HR Imam at-Tirmizi dan Abu Daud dari Abu Hurairah. Menurut as-Suyuti; hadis ini hasan. Lihat; al-Jami' as-Saghier, hadis no. 4516)

Wallahu a'lam.
Read more ...

KADAR NAFKAH SUAMI KEPADA ISTERI

Soalan;

Apakah maksud terperinci nafkah suami kepada isterinya? Adakah kerana dia telah membeli barangan keperluan seperti makanan sudah cukup dinamakan nafkah? Adakah salah jika isteri meminta wang kepada suaminya untuk dirinya sendiri sedangkan suaminya tidak pernah memberi wang,asalannya dia telah membeli barangan keperluan semua. Adakah wajib suami memberi keluarga mertua sedikit sumbangan seperti wang ringgit atau sebagainya?Dan apakah hukumnya jikalau keperluan yang dibeli oleh si suami menjadi ungkitannya semula.Disini saya terlalu musykil, harap dapatlah memberi penjelasan.

\
Jawapan;

Wajib suami memberi nafkah[1] kepada isteri mengikut kemampuannya dan juga dengan meraikan keperluan isteri. Firman Allah (bermaksud); "Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang disempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan" (Surah at-Thalaq, ayat 7).

Di dalam hadis yang menceritakan Hindun (isteri Abu Sufyan) yang mengadu kepada Rasulullah tentang suaminya (Abu Sufyan) yang kedekut (tidak memberi belanja yang mencukupi untuk isteri dan anaknya), Rasulullah berkata kepada Hindun; "Kamu ambillah dari hartanya kadar yang mencukupi untuk kamu dan anak kamu mengikut kebiasaannya"[2] (HR al-Jamaah kecuali Imam at-Tirmizi. Lihat hadis ini dalam Nailul-Autar, Kitab an-Nafaqaat, bab al-Mar,ah Tunfiqu Min Mali az-Zauji min Ghair 'ilmihi...). Hadis ini menunjukkan bahawa keperluan isteri juga diambil kira dalam kewajipan memberi nafkah kerana Nabi menyebutkan "ambillah kadar yang mencukupi". Kecualilah jika suami miskin, maka ia dituntut memberi nafkah mengikut kemampuannya dan isteri hendaklah redha dengan keadaan suami dan berpada dengan apa yang diberikan.

Ada ulamak menetapkan kadar tetap harian bagi nafkah yang wajib disempurnakan oleh suami untuk isterinya. Antaranya Imam Syafiie yang menetapkan; jika suami kaya; ia hendaklah memberikan 2 cupak sehari untuk makanan isterinya, suami sederhana; 1 1/2 cupak dan suami miskin; 1 cupak. Adapun jumhur (majoriti) ulamak, mereka tidaklah menentukan kadar tetap, akan tetapi dirujuk kepada kemampuan suami dan juga keperluan isteri.[3] Kemampuan suami boleh berubah, begitu juga keperluan isteri. Pada ketika suami melihat keadaanya lebih senang, ia hendaklah melebihkan sedikit belanjanya untuk isteri dan isteri pula berhak menuntut peruntukan yang lebih. Begitu juga jika keperluan isteri bertambah kerana sesuatu sebab, pertambahan itu juga perlu berada dalam penilaian suami jika ia mampu meraikannya. Di dalam al-Quran, Allah amat menekan para suami agar melayani isteri dengan baik untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga. Firman Allah (bermaksud); "Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik" (Surah an-Nisa', ayat 19).

Mungkin kita boleh meletakkan tahap-tahap bagi perbelanjaan dengan merujuk kepada tahap-tahap maslahah manusia yang diputuskan ulamak iaitu tiga peringkat;
Pertama; (tahap keperluan paling atas); iaitu keperluan daruriyat.
Kedua; keperluan hajiyat.
Ketiga; keperluan tahsiniyat.

Keperluan daruriyat ialah yang boleh menyebabkan kerosakan hidup jika tidak diberikan. Ini merangkumi makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal yang asas. termasuk juga keperluan ilmu khususnya ilmu agama kerana tanpanya akan rosak kehidupan di akhirat. Keperluan hajiyat ialah yang bawah dari daruriyat, iaitu yang jika tidak ada tidaklah membawa kerosakan hidup, tetapi membawa kepada kehidupan yang susah, sukar dan menderita. Contohnya; perabot-perabot rumah yang asas, peralatan dapur, pakaian yang lebih sedikit dari keperluan daruriyat tadi dan sebagainya. keperluan Tahsiniyat ialah yang jika tidak ada tidaklah membawa kerosakan dan tidak juga membawa kesusahan hidup, cuma kewujudannya boleh menambah keselesaan hidup.

Balik kepada soalan yang ditanya, jika suami puan miskin, puan hendaklah berpada dengan apa yang diberinya untuk keperluan pertama (daruriyat) atau keperluan kedua (hajiyat). Jika suami puan berada, bolehlah puan meminta lebih dari itu. Suami pula hendaklah meraikan isteri jika ia mampu demi mengekalkan keharmonian rumah tangga. Di dalam hadis, Rasulullah bersabda (bermaksud); "Allah mengasihi seorang lelaki yang bertolak ansur bila menjual, bila membeli dan bila menuntut (hutangnya)" (HR Imam al-Bukhari dari Jabir). Dalam riwayat lain; "...bertolak ansur ketika membayar hutang dan menuntut hutan" (HR Imam at-Thabrani dari Jabir). Walaupu hadis ini menyentuh jual-beli dan hutang-piutang, tetapi ruh tolak ansur yang disarankan Nabi tidak ada salahnya untuk kita amalkan di mana-mana sahaja dalam kehidupan terutamanya dalam perkongsian hidup suami isteri. Maksudnya, suami bertolak ansur dalam melayani permintaan isteri dan isteri pula bertolak ansur dalam menuntut haknya.

Mengenai pemberian kepada mertua, tidaklah wajib suami memberi nafkah atau belanja untuk mertua sekalipun mertua miskin, kecualilah atas ihsan darinya sahaja. Jika ia mampu, eloklah ia memberinya kerana itu juga boleh mengukuhkan lagi kasih-sayang dengan isteri. Mertua yang miskin dan tidak mampu berkerja, ia wajib dinafkahi oleh keluarganya sendiri (iaitu bapa atau anak-anaknya), bukan menantunya. Jika mertua terpaksa bergantung hidup dengan anak perempuannya yang telah berkahwin, suami hendaklah memberi izin kepada isteri untuk menziarahi dan berkhidmat kepada ibu-bapanya (tanpa menjejaskan hak suami) dan begitu juga untuk menafkahi mereka. Jika ia tidak memberi izin tanpa sebab yang munasabah, ia berdosa dan jika isteri melanggarnya sebahagian ulamak berpandangan isteri tidak dikira nusyuz ketika itu. Adalah harus isteri memberi belanja dari duitnya sendiri kepada ibu-bapanya sekalipun tanpa izin suami, namun eloklah ia meminta izin sebagai tanda menghormati suami. Jika suami menghalang tanpa sebab, tidak dikira nusyuz jika isteri melanggarinya.

Mengenai suami mengungkit pemberiannya kepada isteri, jika dengan niat yang baik seperti untuk memperingatkan isteri supaya taat kepadanya kerana ia telah pun melaksanakan tanggungjawabnya sebagai suami (iaitu memberi nafkah mengikut yang termampu) supaya isteri membalasnya dengan melaksanakan tanggungjawabnya pula (iaitu taat dan melayani suami), ungkitan sebegitu tidaklah dilarang, malah ada ketikanya perlu dilakukan. Adapun jika ungkitan semata-mata untuk menyakiti hati isteri, tidaklah harus dilakukan kerana ia menyalahi pergaulan yang yang disuruh oleh Allah dalam ayat tadi.

Wallahu a'lam.

Nota;

[1] Memberi nafkah bermaksud mencukupkan keperluan hidup merangkumi makanan, pakaian dan keperluan-keperluan lain (at-Tahwir wa an-Tanwir).
[2] Lafaz bahasa Arabnya ialah "Bil-Ma'ruf", al-makruf bermaksud; mengikut kebiasaan masyarakat setempat iaitu berdasarkan pengamalan yang diterima oleh orang ramai di sesuatu tempat selama ia tidak bercanggah dengan ketetapan Syariat (at-Tahwir wa an-Tanwir).
[3] Sebenarnya terdapat tiga pandangan ulamak dalam menetapkan ukuran yang hendak dipakai bagi menentukan kadar nafkah yang sewajarnya bagi isteri;
A) Pandangan pertama; hendaklah dilihat kepada keadaan suami (kaya, miskin atau sederhana). Pandangan ini diutarakan oleh Imam Syafiie dengan berdalilkan ayat di atas.
B) Pandangan kedua; dengan melihat keperluan isteri. Pandangan ini diutarakan oleh Imam Abu Hanifah dan Imam Malik dengan berdalilkan hadis Hindun di atas.
C) Pandangan ketiga; dengan mengambil kira kedua-dua sekali iaitu keadaan suami dan juga keperluan isteri. Pandangan ini diutarakan oleh Imam Ahmad berdalilkan ayat dan juga hadis di atas iaitu dengan memadankan kedua-duanya. Pandangan inilah yang kita pilih di atas kerana ia meraikan kedua-dua dalil di atas.
(al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah, juzuk 8, kitab an-Nafaqaat).      

Rujukan;

1. Tafsir al-Qurtubi, Surah at-Talaq, ayat 7.
2. At-Tahwir wa at-Tanwir, Syeikh Muhammad at-Tahir ibnu Asyur, Surah at-Talaq, ayat 7.
3. Al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah, juzuk 8, kitab an-Nafaqaat.
4. Nailul-Autar, Kitab an-Nafaqaat, bab al-Mar,ah Tunfiqu Min Mali az-Zauji min Ghair 'ilmihi..
Read more ...

Hukum isteri orang makan dengan lelaki bujang

SAYA seorang isteri yang baru berumah tangga. Suami dan emak saya bekerja satu pejabat dengan saya.
Saya mempunyai seorang kawan lelaki bujang sama unit dengan saya.
Sehingga ke hari ini saya masih berkawan dengan lelaki bujang itu. Kami berkawan hanya di pejabat sahaja seperti pergi minum di kantin bersama, tetapi tidak pernah keluar di luar pejabat.

Suami dan emak mengetahui hubungan itu dan membenarkan jika saya minum dengan lelaki berkenaan. Apakah berdosa sebagai isteri saya berkawan dengan lelaki bujang itu?


Jawapan :

ISLAM membenarkan pergaulan antara lelaki dan wanita dengan batas tertentu.

Ini jelas apabila Allah berfirman: “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka (daripada yang diharamkan) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihat�kan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak keinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi mengenai aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (Surah al-Nur ayat 31)

Dengan mematuhi tata cara pergaulan sebagaimana yang dianjurkan dalam ayat al-Quran, seseorang wanita dapat menyelamatkan dirinya daripada melakukan maksiat dan tersebar fitnah jahat.

Begitu juga apa yang seharusnya puan lakukan. Selain itu, perlu ada perubahan dalam hidup puan selepas berumahtangga iaitu dengan menumpukan kepada rumah tangga dan suami.

Adalah baiknya untuk keluar makan bersama suami berbanding dengan teman sejawat selepas berumah tangga.

Read more ...

Hukum wasiat organ badan

APAKAH hukumnya mewasiatkan sebahagian organ badan kita selepas meninggal dunia?

jawapan :

ISLAM membenarkan pemindahan organ seperti hati, buah pinggang, kornea mata dan jantung daripada penderma sama ada yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia kepada pesakit.

Dengan pemindahan organ terbabit mungkin dapat menyembuhkan pesakit atau menyelamatkan nyawanya. Beberapa perkara perlu diberi perhatian antaranya keselamatan serta kemudaratan kepada penderma dan pesakit.

Syarat asas rawatan ialah ia satu-satu rawatan yang boleh menyelamatkan pesakit, peratus kejayaannya tinggi, penderma bersetuju sebelum kematiannya dan persetujuan pesakit.

Di samping itu, bagi penderma yang masih hidup tidak harus bagi mereka untuk menderma organ kerana boleh memberi kemudaratan kepada dirinya serta kepada mereka yang mempunyai hak ke atasnya seperti suami isteri.
Read more ...

Suami Datin Orchid meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Selepas empat hari pemergian isteri tercinta Datin Orchid Abdullah, Datuk Mokhtar Omar pula menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Ampang kira-kira 6.45 pagi tadi akibat penyakit jantung.
Allahyarham berusia 70 tahun.

Allahyarham dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Al-Ansar, AU2 Keramat sebelum dikebumikan berdekatan pusara isterinya di Tanah Perkuburan Islam AU1 Keramat kira-kira 11.30 pagi.

Anak bongsunya Nur Shafinaz, 31, mendapat panggilan daripada Hospital Ampang pada kira-kira 6.30 pagi tadi yang memaklumkan bapanya sedang tenat.

"Saya terus ke sana dan bila sampai, saya dimaklumkan ayah sudah meninggal dunia. Doktor memberitahu jantung ayah sudah tidak kuat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Perkuburan Islam Keramat AU1 di sini hari ini.
Read more ...

15 CARA AJAR ANAK BERBUDI BAHASA







Membentuk anak mengenai budi bahasa adalah suatu proses yang berterusan. Dan usia tiga sehingga 5 tahun adalah waktu utama untuk mengajar anak-anak mengenai budi bahasa. Ikuti panduan mengenai bagaimana untuk membentuk budi bahasa dalam diri si manja anda.


1. Erti rasa hormat.
Tunjukkan tingkah laku yang baik kepada anak. Cakap dengan elok kepada anak anda dan tingkah laku anda itu akan membuatkan dia melakukan perkara sama kepada orang lain.


2. Berkongsi permainan.
Beri kata-kata pujian apabila dia sedia berkongsi dengan orang lain. Katakan kepadanya sikap suka berkongsi barang membuatkan dirinya disukai ramai.


3. Praktik perkataan kesopanan.
Jadikan perkataan, ‘ tolong’ dan ‘terima kasih’. sebagai ungkapan yang wajib dalam keluarga anda. Jika anak anda lupa untuk mengucapkan terima kasih, ingatkan kepadanya.


4. Ucapan meminta maaf.
Tunjukkan situasi si kecil harus mengucapkan kata-kata maaf. Jadikan ungkapan meminta maaf sebagai suatu perkara biasa. Dengan cara ini membuatkan anda lebih disenangi dalam pergaulannya dengan rakan sebaya.


5. Memberi pujian.
Pujian adalah kata-kata yang menakjubkan buat anak anda. Beritahu kepada anak anda bahawa anda bangga apabila dia menunjukkan sikap yang sopan setiap masa.


6. Menjadi model mengajar tatatertib kepada anak.
Jika mulut anda penuh dengan makanan apabila anda bercakap, anak anda akan mengikut perkara yang sama apa yang dilihatnya.


7. Mengungkapkan penggunaan ayat yang betul.
Jika anak menggunakan perkataan, “Adik mahu air,” anda betulkan penggunaan ayatnya dan berkata, “Boleh ibu tolong ambilkan adik air,?” dan minta anak anda ulangi ungkapan tadi. Anda harus mengulangi penggunaan ayat ini sebarang situasi.


8. Minta kebenaran.
Ia sukar pada tahap usia ini untuk melatihnya. Jika anak anda merampas barang permainan rakan sebaya, katakan kepadanya, “ Perbuatan adik ini tidak baik dengan cara mengambil barang kawan tanpa meminta kebenaran.


9. Lakukan kerja rumah.
Biarkan si manja membuang sampah atau lampin pakai buangnya ke dalam bakul sampah. Juga membawa pinggan plastik di letakkan atas meja ke sinki. Ia suatu pengenalan kepadanya untuk membantu ahli keluarganya membersihkan rumah.


10. Berlatih untuk duduk diam di meja makan.
Lakukan dalam tempoh masa 15 kepada 20 minit. Ia mengajar anak berdisiplin di meja makan tanpa melakukan sebarang perbuatan yang mungkin akan mengundang kemarahan anda.


11. Gunakan perkataan ‘tolong’.
Guna perkataan ini apabila mahu meminta anak anda mengambil barang yang anda mahu. ‘Adik, tolong mama ambilkan baju tu.


12. Komen.
Jangan membuat komen tidak baik mengenai makanan di hadapannya. Jika tidak mahu katakannya, “tidak, terima kasih.”


13. Duduk di meja dengan kedudukan yang sopan.
Jangan membuat bising. Makan dengan sopan supaya tiada makan atau minuman tidak bersepah. Jangan bergaduh di meja makan.


14. Suara.
Beritahu kepadanya tempat yang ‘ok’ bersuara kuat dan tempat yang perlu bercakap perlahan.


15. Salam.
Menghulurkan salam untuk berjabat tangan apabila berjumpa dengan orang yang lebih tua daripadanya. Ia mampu melahirkan perasaan hormat dalam diri anak itu.
Read more ...

Penderitaan dua di Mekah Nabi Muhammah saw

Bukhari meriwayatkan dari Urwah r.a. katanya: Aku bertanya Amru bin Al-Ash ra. mengenai apa yang dideritai Nabi SAW ketika beliau berdakwah mengajak orang masuk Islam, kataku: ‘Beritahu aku tentang perbuatan yang paling kejam yang pernah dibuat oleh kaum musyrikin terhadap Rasulullah SAW? Maka Amru berkata: Ketika Nabi berada di Hijir Ka’bah, tiba-tiba datang Uqbah bin Abu Mu’aith, lalu dibelitkan seutas kain pada tengkuk beliau dan dicekiknya dengan kuat sekali. Maka seketika itu pula datang Abu Bakar ra. lalu dipautnya bahu Uqbah dan ditariknyanya dengan kuat hingga terlepas tangannya dari tengkuk Nabi SAW itu. Abu Bakar berkata kepada Uqbah: ‘Apakah engkau hendak membunuh orang yang mengatakan ‘Tuhanku ialah Allah!’ padahal dia telah membawa keterangan dari Tuhan kamu?!’ (Al-Bidayah Wan-Nihayah 3:46)



Suatu riwayat yang dikeluarkan oleh Ibnu Abi Syaibah, dari Amru bin Al-Ash ra. katanya: Aku tidak pemah lihat kaum Quraisy yang hendak membunuh Nabi SAW seperti yang aku lihat pada suatu hari di bawah lindungan Ka’bah. Mereka bersepakat merencanakan pembunuhan beliau sedang mereka duduk di sisi Ka’bah. Apabila Rasulullah SAW datang dan bersembahyang di Maqam, lalu bangunlah Uqbah bin Abu Mu’aith menuju kepada Rasulullah SAW dan membelitkan kain ridaknya ke tengkuk beliau, lalu disentaknya dengan kuat sekali, sehingga beliau jatuh tersungkur di atas kedua lututnya. Orang ramai yang berada di situ menjerit, menyangka beliau telah mati karena cekikan keras dari Uqbah itu. Maka ketika itu segeralah Abu Bakar ra. datang dan melepaskan cekikan Uqbah dari Rasulullah SAW itu dari belakangnya, seraya berkata: Apa ini? Adakah engkau hendak membunuh orang yang mengatakan ‘Tuhanku ialah Allah!’ Uqbah pun segera berundur dari tempat Rasuluilah SAW itu kembali ke perkumpulan teman-temannya para pemuka Quraisy itu. Rasulullah SAW hanya bersabar saja, tidak mengatakan apa pun. Beliau lalu berdiri bersembahyang, dan sesudah selesai sembahyangnya dan ketika hendak kembali ke rumahnya, beliau berhenti sebentar di hadapan para pemuka Quraisy itu sambil berkata: ‘Hai kaum Quraisy! Demi jiwa Muhammad yang berada di dalam genggaman Tuhan! Aku diutus kepada kamu ini untuk menyembelih kamu!’ beliau lalu mengisyaratkan tangannya pada tenggorokannya, yakni beliau rnenjanjikan mereka bahwa mereka akan mati terbunuh. ‘Ah, ini semua omong kosong!’ kata Abu jahal menafikan ancaman Nabi SAW itu. ‘Ingatlah kataku ini, bahwa engkau salah seorang dari yang akan terbunuh!’ sambil menunjukkan jarinya ke muka Abu jahal. (Kanzul Ummal 2:327)
Read more ...

20 Perkara Yang Membuatkan Wanita Benci Lelaki.


1. MENINGGIKAN SUARA

Tahulah mereka dikurniakan suara yang 'macho' tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.





2. MAIN KAYU TIGA

Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.





3. SUKA 'CUCI MATA'

Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!





4. MENGONGKONG

Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka... Macammana tu?





5. EGO

Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.





6. MENIPU

Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.





7. PERASAN

Aduhaiii... lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu... Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji...





8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI

Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih... Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.





9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN

Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya... mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.





10. CEMBURU BUTA

Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!





11. MATA DUITAN

Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya 'lelaki spedo'. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan... apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!





12. KOMITED TERHADAP KERJAYA

Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa...





13. PANAS BARAN

Aduiii... masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!





14. KAKI MEROKOK

Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak... asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak... membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.





15. PENGOTOR

Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah... hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.





16. GELOJOH

Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam 'food machine'. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?





17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN

Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.





18. TIDAK TAHU MEGHARGAI

Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.





19. PUTAR BELIT

Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.





20. SUKA KONTROL MACHO

Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!
Read more ...