13 September 2011

Kisah mayat keluar darah tidak berhenti.

http://jalanakhirat.files.wordpress.com/2010/03/4-api-di-dalam-kubur-yang-dipadam-dengan-4-amalan.jpg?w=816


Diceritakan oleh Ustaz Nahrawi Marzoki

PERISTIWA yang ingin saya ceritakan adalah mengenai satu jenazah yang bagi saya cukup aneh. Darah tak putus-putus keluar daripada seluruh tubuhnya. Tak tahulah kenapa.... tapi dari sejak Allahyarham meninggal dunia, darah tak berhenti-henti keluar.

Allahyarham ini meninggalnya kerana sakit, bukan sebab kemalangan. Doktor pun mengesahkan tidak ada penyakit yang boleh sebabkan jenazah berdarah macam itu sekali. Apakah yang berlaku kepada Allahyarham?


Peristiwa tersebut berlaku beberapa tahun lalu di sebuah tempat di Selangor. Tapi maaflah, nama orang dan nama tempat kejadian tak dapat saya ceritakan ialah Allahyarham ini adalah seorang lelaki, meninggal ketika berumur 50-an atau 60-an tahun dan semasa hidupnya, Allahyarham bolehlah kita golongkan sebagai orang kaya. 
 
Dia pegawai kerajaan dan pernah menjadi penolong pengarah agensi tempat dia bekerja...

Allahyarham ini ada beberapa orang anak. Beliau meninggal dunia di rumahnya pada pukul 8.30 malam kerana sakit biasa.Tapi saya diberitahu doktor pun tak tahu apa penyakit yang dihadapinya.


Tapi yang menimbulkan pertanyaan dan keinsafan ialah apabila Allahyarham habis saja nazak dan lepas itu menghembuskan nafasnya yang terakhir, tiba-tiba saja darah mula keluar daripada seluruh tubuhnya, khususnya dari liang-liang dan
rongga-rongga. ..dari mulut, telinga, hidung, mata, celah-celah bulu roma dan celah-celah kuku.

Mula-mula sedikit, tapi makin lama makin banyak sampai mayat itu dipenuhi darah. Darah itu pun tak putus-putus keluar. Cukup mengerikan.. ..dan menyedihkan.

Apabila tengok mayat ayahnya itu lain macam, anak Allahyarham pergi ke rumah saya. Masa itu kira-kira pukul 11.00 malam. Kebetulan pula anak Allahyarham itu murid saya yang memang saya kenal sangat.


Dalam keadaan yang sedih bercampur panik dia berkata, "Ustaz, ayah saya meninggal dunia. Ustaz boleh tolong tak?"


Saya kata, "Boleh, tapi kenapa pula? Ada masalah ke?"


"Mayat ayah saya ni agak lain sikitlah ustaz. Saya minta sangatlah ustaz dapat tolong kami," kata anak Allahyarham tadi. Bagaimanapun dia tidak ceritakan pada saya apa yang terjadi pada mayat ayahnya itu.


Saya pun pergi ke rumahnya. Apabila sampai di rumahnya baru dia ceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Saya naik ke atas rumah dan terus pergi ke tempat Allahyarham diletakkan dan... masya-Allah, saya tengok darah sudah penuh di seluruh badan Allahyarham.

Baunya pun semakin hanyir. Busuk. Dan busuknya pun lain dari yang lain...sukar untuk saya gambarkan hinggakan kemenyan yang dibakar dan bau-bauan pun tak boleh mengurangkan bau busuk mayat itu.

Apabila saya pandang wajah Allahyarham, saya lihat ia seperti dalam keadaan cemas, takut... langsung tidak ada tanda-tanda kejernihan dan nur di wajahnya. Apa yang sebenarnya dialami dan dirasai oleh Allahyarham ketika itu wallahuaklam. Allah yang lebih mengetahui.


Maha suci Allah, mayat ini cukup pelik sebab baru dua jam lebih dia meninggal tapi begitu aib sekali keadaannya. Dalam hati saya berdoa dan beristighfar supaya saya dapat uruskannya dengan cara terbaik dan tidak berlaku lagi sesuatu yang
mengaibkan Allahyarham.

Saya pelawa beberapa orang kawan untuk uruskan jenazah tadi.. Kami ambil kapas dan tutup mulut, hidung, mata, telinga dan rongga-rongga besar pada mayat. Tapi Allah itu Maha Berkuasa, kapas itu tidak mampu menahan darah yang keluar.


Apabila dicabut kapas yang sudah basah dengan darah utuk diganti dengan kapas yang lain, darah meleleh keluar dari rongga-rongga tadi. Menjejes hingga kain dan tikar tempat kami baringkan mayat itu menjadi merah. Tidak tahulah berapa banyak kapas yang kami gunakan, tapi tak berkesan.


Allah jua yang menentukan. Tidak cukup dengan darah, tambah menyedihkan saya ialah muka dan kulit di seluruh tubuh Allahyarham tadi tiba-tiba menggerutu. Keluar satu bahan berlendir, menggerutu macam cacar yang berbonjol-bonjol di muka dan badannya.


Bonjol-bonjol kecil itu seperti bernanah dan busuk baunya. Makin lama bonjol-bonjol itu makin banyak hingga tidak keterlaluan kalau saya katakan di sini iaitu wajah jenazah tersebut sudah tidak menyerupai wajah manusia lagi.


Melihat keadaan mayat yang sebegitu rupa, saya pun katakan kepada semua kaum keluarga Allahyarham dan pembantu saya, "Kita mesti kebumikan jenazah ini malam ini juga." Mereka bersetuju.

Selain daripada dua orang pembantu, tiga orang anak Allahyarham juga menolong saya menguruskan jenazah bapanya. Tapi sedih, seorang demi seorang anak Allahyarham itu pengsan kerana tidak sanggup melihat keadaan mayat bapa mereka itu. Akhirnya tinggallah saya dengan dua pembantu saya tadi.

Bagi mengelakkan tohmahan orang dan tak mahu kain kapan menjadi merah, saya ambil keputusan untuk membalut Allahyarham dengan plastik...plastik alas meja yang berwarna putih. Selepas itu barulah kami balut mayat tadi seperti biasa dengan kain putih.

Mengikut syarak, mayat tidak digalakkan dikebumi malam-malam. Tapi dalam keadaan darurat seperti itu saya tidak boleh tunggu lama-lama. Kebetulan pula kawasan perkuburan terletak tidak jauh dari rumah Allahyarham, kira-kira dua kilometer sahaja, jadi kami cari lampu dan spotlight.

Dalam waktu dinihari yang gelap dan sejuk itu kami suluh jalan dan kawasan kubur Allahyarham. Kami mula kebumikan Allahyarham itu kira-kira pukul 1.30 pagi.

Sampai saja ke kuburnya , berlaku sekali lagi peristiwa aneh, yang amat mengharukan. Kuburnya dipenuhi air! Air itu macam air biasa tapi tak putus-putus keluar dari celah bumi. Ini memang aneh sebab hari itu tidak hujan.

Kalau hendak dikatakan kawasan kubur itu rendah, lembah.. tak juga sebab sudah banyak kubur di situ tapi tak pernah pula terjadi macam ini. Memandangkan orang ramai sudah mula kecoh, kami ambil keputusan mengebumikan juga mayat itu dalam keadaan ia ditenggelami air.

Menyedihkan. Apabila mayat mencecah saja ke air, maka air itu bertukar menjadi merah kerana bercampur dengan darah. Hanyir, busuk....susah saya nak cakap macam mana baunya ketika itu.

Makin lama warna air itu makin merah. Mujur waktu itu tengah dinihari, orang yang datang ke kubur tak nampak sangat. Kalau siang...

Kami pun benamkan jenazah tadi, endal betul-betul dan kemudian tutup dengan papan. Kami buat betul-betul supaya jenazah tidak terlungkup. selepas selesai semuanya. kubur pun dikambus.

Selesai ditalkinkan, saya dan semua yang menghantar Allahyarham ke kubur kembali semula ke rumah masing-masing dan saya menenangkan keluarga Allahyarham yang bersedih.

Entah apa kesalahan yang telah Allahyarham lakukan saya tak tahulah. Yang tahu cuma Allah dan Allahyarham. Bagaimanapun saya yakin ia adalah balasan Allah kepada Allahyarham. Bagi saya ini satu iktibar.

Saya tidak mengatakan Allahyarham telah melakukan sesuatu kesalahan besar tapi bagi saya, darah ini mempunyai tiga kaitan dan mungkin apa yang berlaku pada Allahyarham ada kaitan dengan salah satu

PERTAMA
, janganlah sekali-kali kita membunuh orang.Membunuh pula banyak caranya. Saya bukan kata Allahyarham ada membunuh orang tapi perlu diingat darah itu mahal harganya.

KEDUA
, ia mungkin ada kaitan dengan makanan dan minuman. Janganlah kita memakan makanan dan minuman yang haram sebab ia menjadi sumber darah yang mengalir dalam tubuh kita ini. Jauhkanlah diri daripada rasuah, makan harta anak yatim atau duit masjid, harta pusaka dan sebagainya yang bukan milik kita.

KETIGA
, hormatilah darah. Kalau ada darah di rumah atau di jalan raya akibat kemalangan, bersihkanlah dengan air. Bagi perempuan, ingin saya ingatkan. Cucilah tuala wanita (semasa haid dan nifas) selepas anda menggunakannya.

Bersihkan darah dengan air bersih baru dibuang tuala itu. Jangan buang begitu saja selagi masih ada darah kotor yang melekat pada tuala itu. Walaupun darah itu kotor, tapi ia juga makhluk Tuhan yang perlu dihormati.

Renungkanlah diri kita dan jadikanlah kisah ini sebagai iktibar. Ingatlah, suatu hari nanti kita juga kan menghadap Allah S.W.T. Berdoalah supaya perkara-perkara aib macam ini tidak terjadi pada kita. daripadanya.
Read more ...

Kisah pelik mayat gemuk dan mayat kurus.

http://www.infobuddhist.net/wp-content/uploads/2010/10/Mayat-Adalah-Untuk-Dikubur.jpg
gambar hiasan

Penulis paparkan kisah dua mayat yang diceritakan oleh Ustaz Haron Ibrahim berdasarkan pengalamannya. Ambillah iktibar daripada kisah ini.

Ada dua kisah yang ingin saya ceritakan di sini tapi kedua-duanya mempunyai kaitan antara satu sama lain.

Pertama, kisah mayat orang gemuk tetapi jenazahnya terlalu ringan dan kedua, mayat orang kurus tetapi jenazahnya terlalu berat.

Peristiwa pertama berlaku kira-kira 12 atau 13 tahun yang lalu masa saya baru beberapa tahun bekerja dengan Pejabat Agama Islam Klang. Allahyarham yang saya uruskan itu masa hidupnya berpenyakit mental. Usianya dalam 30-an dan tingginya lebih kurang macam saya.


Badannya pula tegap dan gemuk. jadi kalau hendak dikira pada akal, mayatnya nanti tentulah berat.

Macam biasa, apabila diberitahu ada mayat tak berwaris di Hospital Klang saya pun pergi ke sana dengan beberapa orang pembantu untuk menguruskannya. Apabila sampai di hospital, saya terus pergi ke bilik mayat dan ambil mayat berkenaan.

Kasihan, Allahyarham yang hendak saya uruskan itu meninggal dunia akibat digilis kereta api. Apabila dibuka kain yang menutup tubuh Allahyarham, saya tengok keadaannya amat memilukan.

Tubuhnya penuh dengan luka-luka dan kesan jahitan. Ada beberapa bahagian badannya juga putus-putus tapi doktor telah sambungkan semula. Memang dahsyat kecederaan yang dialaminya.

Semasa mandi dan kapankan tidak ada sebarang keanehan berlaku. Tapi Allah itu Maha Besar. Bermula kita angkat jenazah dengan pengusung dari kereta jenazah ke kuburnya hinggalah ke saat dia dimasukkan ke liang lahad, berlakulah beberapa kejadian yang amat menginsafkan.

Jarak dari kereta jenazah ke kubur Allahyarham lebih kurang 30 meter. Bila sampai ke kawasan perkuburan, kami angkat keranda Allahyarham ini menuju ke kuburnya yang telah kami siapkan. Saya angkat di bahagian belakang.

Bermula di sini, peistiwa pertama berlaku. Maha Suci Allah, tiba-tiba saya dapati jenazah yang bertubuh gemuk itu menjadi amat ringan. Kenapa ni? tanya saya di dalam hati.

Saya ingatkan kami angkat tak betul, tak serentak, jadi saya cepat-cepat beritahu tiga lagi kawan saya itu supaya angkat betul-betul.

Saya kata pada mereka, "Angkat...peganglah betul-betul, nanti jatuh mayat ni. Ringan sangat ni...peganglah."

"Yalah ustaz, kami angkatlah ni," kata salah seorang daripada mereka. Rupanya saya tersalah sangka. Sebenarnya bukan kami yang tersilap angkat, tapi itu adalah petunjuk kebesaran Allah. Yang ada di depan kami ketika itu adalah salah satu tanda kebesaran-Nya.

Sepanjang 30 meter mengangkat jenazah itu dari kereta mayat ke kuburnya tugas itu terasa amat mudah dan menyeronokkan. jenazah itu kami rasakan terlalu ringan.

Ringannya itu ibarat daun kering yang diletakkan di atas bahu. Tak rasa apa-apa pun, bahkan saya rasa macam ada orang lain yang turut sama bantu mengangkat mayat itu, sokong ia daripada bawah.

Mayat itu seolah-olah diapungkan. Bukan saya saja yang dapat rasakan kemuliaan yang Allah berikan kepada Allahyarham itu, malah kawan-kawan yang lain pun turut dapat merasakannya.
Insan yang baik akan sentiasa dilindungi dan dirahmatkan Allah.

Apabila sampai ke kubur, berlaku satu lagi kejadian aneh, yang amat menyentuh perasaan saya. Mula-mula itu kawan saya, Pak Anjang Aki, berada di dalam kubur sementara saya di atas.

Sedang saya sibuk buat kerja di atas kubur, tiba-tiba Pak Anjang Aki memanggil saya, "Haron! Turun cepat Ron."

"Kenapa pula?" kata saya terkejut.

"Wangilah kubur ni. Kalau engkau nak kebumikan aku sekali dengan mayat ni pun tak apa. Aku tak mahu naik, kebumikanlah aku sekali dalam kubur ni," katanya serius.

Terkejut juga saya dengan kata-kata Pak Anjang Aki itu. Untuk memastikan kebenaran kata-katanya, saya turun ke dalam kubur berkenaan. Maha Suci Allah, memang benar kata Pak Anjang Aki itu. Kubur tersebut memang wangi.

Wanginya itu tak tau nak saya kata macam mana. Sangat harum. Saya tak dapat nak kata bau apa, tapi satu jenis bauan yang amat wangi. Nak kata tanjung ke, cempaka ke, saya tak dapat nak kata bau apa.

Dalam masa sibuk nak uruskan jenazah dan ketika hati saya tertanya-tanya dengan keistimewaan yang Allah berikan kepada jenazah itu, tiba-tiba saya terpandang ada dua lubang pada dinding kubur berkenaan.

Bentuknya seperti lubang aircond. Bagi saya yang baru beberapa tahun menguruskan jenazah dan kali pertama menyaksikan kejadian seumpama itu, mulanya saya sangkakan lubang itu biasa saja. Tak ada yang istimewa.

Tapi tidak bagi Pak Anjang Aki yang sudah banyak pengalaman. Menurutnya, lubang itu bukan lubang biasa kerana dari kedua-dua lubang itulah keluarnya bau wangi yang kami sama-sama hidu. Begitulah kehebatan Allah.

Bagi saya pengalaman ini cukup menarik. Ia mengingatkan saya bahawa benarlah seperti yang disebutkan di dalam hadis iaitu kubur adalah taman-taman syurga (bagi mereka yang beriman) dan kubur juga adalah lubang-lubang neraka (bagi yang ingkar). Itulah agaknya taman syurga yang bakal dihuni oleh Allahyarham tadi.

Kejadian-kejadian seperti ini semasa kita uruskan, kebumikan, tak perasan sangat tapi apabila sudah lama baru dapat macam satu penjelasan kenapa mayat itu ringan.

Pada pendapat saya, salah satunya mungkin sebab Allahyarham itu pesakit mental, jadi apa yang dia buat gugur dari segi syarak. Dan mungkin juga ada orang menganiayanya. Maka memang layaklah dia mendapat keistimewaan seperti itu.

Pengalaman tersebut cukup berbeza dengan pengalaman yang saya lalui beberapa tahun selepas itu.

Pengalaman kedua yang ingin saya ceritakan ialah menguruskan satu jenazah seorang tua, umurnya dalam lingkungan 50-an, badannya kurus tapi masya-Allah...jenazahnya cukup berat.

Mayat ini kurus macam papan. Seperti pengalaman yang pertama tadi, tidak ada sebarang keanehan berlaku ketika kami memandi dan mengapan jenazahnya.

Tapi apabila hendak diangkat dari kereta jenazah ke kubur, berlakulah peristiwa yang cukup mengharukan. Satu lagi petanda Allah tunjukkan kepada kami. Mayat kurus yang kami angkat itu tiba-tiba saja menjadi teramat berat.

Seorang kawan yang sama-sama mengangkat keranda itu bertanya pada saya, "Engkau tak angkat ke keranda ni Haron? Angkatlah sama ... berat sangat ni."

Saya pun sangka macam itu. Saya ingat dia yang tak angkat mayat tu. Empat orang angkat, tak kanlah susah sangat nak angkat mayat yang kurus macam papan ni.

Perjalanan sejauh beberapa puluh meter menuju ke kubur itu kami rasa cukup menyeksakan. Jenazah itu seolah-olah ditekan dari atas sampaikan bahu saya terasa amat sakit.

Sama ada berat mayat atau malaikat yang tekan, wallahuaklam. Akibat terlalu berat itu, saya terjelepok ke tanah dan seluar saya, di bahagian paha koyak terkena batu. Tapi nasib baiklah saya dapat tahan keranda itu, kalau tidak tentu mayat tersebut jatuh ke tanah.

Bukanlah tujuan saya nak mencaci Allahyarham, tapi sekadar nak mengingatkan kita yang masih hidup ini. Bagi saya, mayat tadi adalah petunjuk daripada Allah tentang hukuman bagi orang yang ingkar kepada-Nya.

Pada zahir, memang jenazah itu layak menjadi berat. Semoga kesalahan Allahyarham diampunkan Allah.

Untuk pengetahuan pembaca, daripada laporan yang kami terima, Allahyarham ini matinya di tempat pelacuran. Nauzubillah. Teman-temannya pun pelacur.

Sama ada dia meninggal dunia ketika sedang melanggan pelacur atau tidak, wallahuaklam. Yang laporkan dia meninggal di situ pun adalah orang yang berada di kawasan pelacuran itu juga. Jadi tidak hairanlah kalau Allah hukum dia seperti itu.

Selepas kejadian tersebut saya simpan seluar itu. Isteri saya pun hairan tengok saya simpan seluar koyak. Tapi saya beritahu dia, seluar koyak itu amat bermakna dalam hidup saya.

Ia memberikan banyak iktibar. Ada pengalaman yang cukup menginsafkan pada seluar koyak itu. Tapi sekarang seluar itu sudah tidak ada lagi. Ke mana perginya saya pun tak tahu.

Dua pengalaman tersebut amat memberi kesan dalam hidup saya. Macam itulah kehidupan kita di dunia ini. Ada orang hidupnya beriman tapi matinya pula dalam keadaan tak beriman.

Ada pula orang yang hidupnya kafir tapi matinya Islam. Ada orang hidupnya Islam tapi matinya kafir. Ada pula orang masa tengah nazak dia bertaubat dan Allah ampunkan. Begitulah seterusnya.

Semoga kita mati dalam husnul khaimah dan kubur kita kelak Allah jadikan sebagai taman syurga.
 
VL : di petik dari kisah Mastika
Read more ...

Cerita di bilik mayat.


Penulis paparkan satu kisah benar yang berlaku di sebuah milik mayat untuk sama2 diambil iktibar dari cerita ini.

Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening. Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih,badannya kecil dan berusia awal 20-an.

Allah Maha Berkuasa. Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu,wajah jenazah semakin hitam.

Selepas lima minit berlalu,barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya. Apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.

Ustaz," kata wanita itu. "Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut.

Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut. Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya.

"Betulkah ini mayat anak mak cik?"tanya saya. "Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih." "Makcik lihatlah betul-betul." kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.

Tiba di luar saya bertanya kepadanya. "Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu. "Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu, saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. " kata saya untuk menggertaknya.

Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata, "Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik.

Tapi..." tambah wanita itu lagi "apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang, anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut.

Jawapannya itu memeranjatkan saya. Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam.

Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang. Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap. Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya. Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, saya berkata, "Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang."

Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, "Orang tua mana pula?" katanya. Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya, tuturannya serta pakaiannya. "Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!"

Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi 'apakah' yang datang menemui saya pagi itu? Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.

Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja, dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia.
Kalau 80,000 tahun?

Marilah kita mengambil ikhtibar dari kisah ini wahai sahabat pembaca sekalian.
Read more ...

Mayat di Atas Kubah Masjid Nabawi.

Misteri Mayat di Atas Kubah Masjid Nabawi
Mayat di Atas Kubah Masji


Qubbatul Khadhra’ (kubah hijau) yang terlihat megah di Masjid Nabawi berfungsi menaungi kuburan jasad Rasul Saw yang mulia didampingi kedua sahabatnya sekaligus mertuanya yaitu Abu Bakar Siddiq ra, dan Umar bin Khattab ra. Tempat tersebut dahulunya adalah rumah baginda Rasul Saw karena setiap Rasul yang diutus oleh Allah Swt dikuburkan di mana dia wafat. Sebagaimana sabda Nabi Saw: Tidak dicabut nyawa seorang Nabi pun melainkan dikebumikan dimana dia wafat. (HR. Ibnu Majah)

Sejarah bercerita, ketika Nabi sampai di Madinah, pertama sekali dikerjakan Nabi Saw adalah membangun Masjid Nabawi dengan membeli tanah seharga 10 dinar kepunyaan dua orang anak yatim Sahl dan Suhail berukuran 3 x 30 m.

Bangunan yang sederhana itu hanya berdindingkan tanah yang dikeringkan, bertiangkan pohon kurma dan beratapkan pelepah kurma. Sebelah Timur bangunan Masjid Nabawi dibangun rumah Nabi Saw, dan sebelah Barat dibangun ruangan untuk orang-orang miskin dari kaum Muhajirin yang pada akhirnya tempat itu dikenal dengan tempat ahli Suffah (karena mereka tidur berbantalkan pelana kuda).

Baru pada tahun ke-7 H, Nabi mengadakan perluasan Masjid Nabawi ke arah Timur, Barat, dan Utara sehingga berbentuk bujursangkar 45 x 45 m dengan luas mencapai 2.025 m2 dan program jangka panjang untuk memperluas Masjid Nabawi seperti yang kita lihat sekarang ini diisyaratkan oleh Nabi Saw dengan sabdanya menjelang wafat: “Selayaknya kita memperluas masjid ini”.

Hingga pada tahun ke-17 H, Amirul Mukminin Umar bin Khattab khalifah kedua, memperluas ke arah Selatan dan Barat masing-masing 5 m dan ke Utara 15 m, dan dilanjutkan oleh Usman bin Affan khalifah ketiga memperluas ke arah Selatan, Utara dan Barat masing-masing 5 m pada tahun ke-29 H.

Akhirnya pada masa Khalifah Bani Umayyah Al-Walid bin Abdul Malik pada tahun 88 H, memperluas ke semua sisi Masjid Nabawi termasuk ke arah Timur (rumah Nabi) dan kamar-kamar isteri Nabi (hujurat) sehingga makam Nabi Muhammad Saw, Abu Bakar Siddiq, dan Umar bin Khattab termasuk bagian dari masjid dan berada di dalam masjid yang sebelumnya terpisah dari masjid.

Inilah yang menjadi pembahasan para ulama dan fukaha di dalam Fikih Islam, yaitu mendirikan bagunan seperti rumah kubah, madrasah, dan masjid di atas kuburan. Karena Nabi Saw bersabda : Allah mengutuk umat Yahudi dan Nasrani yang membuat kuburan para nabi mereka menjadi masjid-masjid (tempat peribadatan). (HR. Bukhari Muslim)
Hadis di atas dipahami oleh sebagian ulama terutama di kalangan pengikut Syekh Muhammad bin Abdul Wahab (Th. 1115 H/ 1703 M di Masjid Saudi Arabia, dan aliran ini disebut oleh para rivalnya sebagai aliran Wahabiyah, dan di Indonesia dengan aliran Salafi). Secara umum, tidak boleh melakukan kegiatan ibadah di atas kuburan, berdoa menghadap kuburan, dan membangun kubah di atas kuburan.

Terakhir ada seorang manusia yang memanjat kubah hijau Masjid Nabawi untuk dihancurkan, lalu disambar petir secara tiba-tiba dan mati. Mayatnya melekat pada kubah hijau tersebut dan tidak dapat diturunkan sampai sekarang. Syekh Zubaidy, ahli sejarah Madinah menceritakan ada seorang soleh di kota Madinah bermimpi, dan terdengar suara yang mengatakan “Tidak ada satu orang pun yang dapat menurunkan mayat tersebut, agar orang yang belakangan hari dapat mengambil, i’tibar”.

Hingga sekarang mayat tersebut masih ada dan dapat disaksikan langsung dengan mata kepala. Bagi yang tidak dapat berkunjung ke sana dapat mengakses internet google “Ada Mayat di atas Kubah Masjid Nabawi”.
Pelajaran yang dapat diambil dari kisah ini, terlepas dari kebenarannya, bahwa kembali kepada Tauhid yang murni seperti zaman Rasul Saw adalah tujuan dari dakwah Islam dan misi para Rasul dan umat Islam mesti menerimanya, jika tidak ingin menjadi orang musyrik. Akan tetapi pemeliharaan nilai sejarah dan para pelaku sejarah juga penting, karena Allah berfirman : Sungguh di dalam sejarah mereka terdapat pelajaran bagi orang-orang yang berakal. (QS. Yusuf : 111).

Akhirnya jika pelaku sejarah tidak boleh dikenang, tidak dimuliakan, tidak dihormati, kuburannya diratakan, bagaimana kita mengambil pelajaran dari sejarah tersebut? Adapun maksud Nabi Saw Allah mengutuk Yahudi dan Nasrani menjadikan kuburan sebagai tempat ibadah, adalah menyembah kuburan. Semoga kita dapat pelajaran. Wallahua’lam
Read more ...

Kisah ular hitam menunggu mayat.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjFpxJYV_Qr7UHn3I6DQc-bwseHgFLEKdbFCNPl0KjgfsufTc3T5e7-1Bifz4hDf9huFQumoheuv1WuhyphenhyphengwLSSWZkC492e1wkOI7WLvPRpa_5iyri90rXoWkcAEk3uZJNAWtwdOW1-AVxIs/s320/snake.jpeg 
gambar hiasan

Suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah …Kisah Benar … kisah yang boleh kita renungkan bersama  serta jadikan panduan  dalam diri kita ini. Kisah yang anda baca ini bukannya datang dari majalah Mastika  atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa’raya,Makkah.

Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumur 40an telah meninggal dunia.  

Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah perkuburan Al Ma’ala yakni lebih kurang 2 kilometer  dari Masjidil Haram selepas solat zuhur. 

Apabila sampai sahaja di tanah perkuburan tersebut, alangkah terperanjatnya mereka bila mendapati seekor ular yang berwarna hitam  sebesar paha bersisik tebal telah berada  di dalam liang lahat (dalam kubur tersebut).
 
Subhanallah … keadaan ular tersebut amat mengerunkan. Mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain  yakni di tanah perkuburan Sa’raya lebih kurang setengah jam memandu dari situ (8 km Jauhnya) .
 
Apabila mereka sampai di tanah perkuburan tersebut, rupa-rupanya ular hitam yang sama juga telah menunggu jenazah wanita yang ingin dikebumikan di situ

Allahuakbar … mereka mengambil keputusan untuk memindahkan serta mengangkat ular tersebut dan letakkan di luar yakni berjauhan sedikit  dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah wanita  itu (yang peliknya ular hitam itu tidak melakukan apa-apa bila disentuh oleh mereka).

Selepas sahaja mereka mengkebumikan mayat wanita itu, tiba-tiba Ular Hitam yang diletakkan berjauhan dari situ terus datang menjalar dengan pantas dan masuk  meluru ke dalam kubur wanita itu.  

MasyaAllah (seperti menjunam ke dalam swimming pool dari atas – keadaan sewaktu ular itu masuk ke dalam kubur). 

Dengan beberapa seketika mereka mendengar bunyi seperti dahan-dahan pokok yang dipatah patahkan dan apabila mereka melihat ke dalam kubur wanita tersebut, alangkah terperanjatnya kerana ular hitam sedang membelit jenazah wanita itu serta mematah matahkan tulang jenazah  itu … 
 
Subhanallah. Ada beberapa orang yang berada di persekitaran kubur itu turut pengsan melihat kejadian itu. Selepas diselidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi, rupa-rupanya sewaktu hayatnya, wanita tersebut suka melewat lewatkan solatnya. 

Marilah kita ambil iktibar dan pedoman dari kejadian ini. Semoga Allah swt kuatkan iman kita  dalam mendirikan solat 5 waktu daripada gangguan syaitan dan iblis insyaAllah. 

Ini baru seksaan di dunia akibat melewatkan solat….Bagaimana kalau tak solat…
Read more ...

[ Gambar ] TUALA WANITA. Perempuan sila baca. PENTING!!!

TUALA WANITA. Perempuan sila baca. PENTING!!!

Cerita ni sebenarnya dalam bahasa CINA so di translate cerita nie dalambahasa melayu....HATI-HATI bila pakai TUALA WANITA..check dulu expired date...Kualiti...dan paling PENTING kebersihannya...takot2 ada pulak telur binatang dekat atas tuala wanita tu...


Seorang pelajar cina berusia 17 tahun tak taula dr negara mana telah mengalami muntah2 mcm orang mengandung tu la kan ... Dia 2 seorang kanak2 miskin dan bapanya pula seorang penjual TUALA WANITA...disebabkan banyak tuala wanita yang expired, si bapa telah mengagihkan tuala wanita itu untuk dipakai oleh anak dan isterinya.. Almaklumla kehidupannya yg miskin dan kalau buang tu rasanya satu pembaziran kot pada keluarga mangsa tadi...so anak2 dgn bini dia pon pakaila TUALA WANITA tu.....lepas maybe beberapa bulan si anak mengalami muntah, loya tekak mcm orang2 mengandung tu... Dengan segera si bapa membawa anak ke hospital untuk diperiksa ape penyakit anaknya..dan doktor memberi jawapan yang mengejutkan bahawa si anak telah MENGANDUNG.....maka hairanla si anak..dia menafikan bahawa dia mengandung kerana dia tidak mempunyai teman lelaki, masih bersekolah dan tidak pernah melakukan hubungan seks..Scan punya scan doktor memberitahu bahawa terdapat 20 EKOR ANAK TIKUS yang dikandungkan oleh pelajar terbabit...MUNGKIN KETIKA PERIOD TELUR2 TIKUS TELAH DISENYAWAKAN KOT DAN MASUK KEDALAM OVARI PELAJAR TERSEBUT..MUNGKINN.....doktor terpaksa membuat pembedahan ke atas pelajar tersebut kerana didapati anak2 tikus terbabit telah tumbuh gigi dan dikhuatiri akan memakan kesemua organ dalaman pelajar tersebut....kesemua doktor sahaja yang berani melakukan pembedahan itu,...pelajar terbabit kini disahkan tidak boleh mengandung lg kerana mereka telah mencuci keseluruhan dalaman pelajar tersebut kerana dikhutiri dijangkiti virus tikus yg kotor itu...

Moral of the story.......*NAK BELI PAD TU CHECK DULU EXPIRED DATE..*MAKE SURE PAD YG DIBELI TU BEBAS DARIPADA KOTORAN ATAU TELUR2BINATANGSILAP2 KANG ADA TELUR LIPAS BERANAK LIPAS LAK LEPAS NI...*SAMA2 MENJAGA KEBERSIHAN DAN MEMASTIKAN KEJADIAN SEPERTI NIE TAKTERJADI

Share kepada rakan untuk peringatan kepada semua*

Read more ...