29 Mei 2011

kurma 300x285 6 Doa Mengelak Kena Sihir
Dibawah ini dinyatakan cara-cara atau amalan yang boleh dilakukan untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam. Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda. Ia boleh menyerang anda.. ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.

1. Makan Tamar ‘Ajwah dan Tamar Madinah
Amalkan memakan tamar (kurma) ‘ajwah dan jika boleh makan bersama tamar madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendaptkan kedia-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah s.a.w yang berbunyi:
“barang siapa yang memakan tujuh biji tamar’ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu”.
(Riwayat Al Bukhari)

2. Berwuduk Sebelum tidurSihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa
dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada meraka. Sabda Rasulullah s.a.w : Ertinya:
“Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu, Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan anda bersamanya”
Malaikat tersebut tidak akan pernah terlali walaupun sedetik untuk mengucapkan doa:
“Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci”
(Riwayat AT Tabraabiy Dengan Sanad Yang Baik)

3. Mengambil berat tentang solat berjemaahMengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. bersikap sambil lewa terhadap solat berjamaah akan menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.
Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasululllah saw telah bersabda: Ertinya:
“Mana-mana kampung mahupun kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan”
Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah, sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.
(Riwayat Abu Daud Dengan Sanad)

4. Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari Sihir.Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya. SIfat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu. Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tidak ubah seperti bumi yang ketandusan akabibat kesan tindak balas hasil perlakukan syaitan tersebut.

5. Membaca doa perlindungan apabila masuk didalam tandas.Tandas adalah tempat ktor dan merupakan rumah bagi syaitan, Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuku tandas. Baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata: Ertinya:
“Dengan nama Allah. Ya ALlah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan”
(Riwayat Al Bukhari dan Muslim)Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan dan betina

6. Memagar isteri selepas selesai akad nikah
Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kenannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa:
“Ya Allah, aku memohon kepadaMU kebaikan yang telah Engkau selubungi ke atasnya, dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yeng telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya:
(Riwayat Abu daud dan Menurut Al Albaaniy Sanadnya Baik)
Read more ...

Sepanjang sisi Latihan SEPADU intek KE-4 bagi 2011


lysa

Veveh


Cuzen's

orang rangka makan cucur pisang..hehe

waiting...menunggu giliran

pratical mengatasi kecurian

SEPADU intek 4

prosess body research

body research start

menerima arahan setelah disyaki mencuri

mendengar arahan dari cip kami

laihan berkawad

selute

pasukan SEPADU lelaki intek 4

Pasukkan SEPADU Wanita intek 4

Intek 4 & jurulatih Haji Roslan


posing sambil menunggu menerima arahan dari cipz


VL :

kenangan bersama kalian akan ku pahat dalam ingatan...semoga kita akan bertemu kembali di tempat bertugas...insyaallah...WE ARE THE BEST!!! 
Read more ...

Suasana Kejadian Kiamat Menurut Al-Quran

“(Itulah) Hari (yang) manusia (jadi) seperti kelkatu yang terbang berkeliaran. Dan gunung-ganang menjadi seperti bulu yang dibusar (dipanah) berterbangan.”
(Al-Qaari’ah : 4-5)

Pada hari itu penduduk bumi ada yang terpelanting berselerak ke udara. Gunung-ganang juga tercabut dan terpelanting ke langit lalu terpecah-pecah. Keadaan gunung-ganang itu samalah seperti pertunjukan bunga api yang biasa kita lihat sempena pesta-pesta.

Untuk mendapatkan lebih pemahaman, kita ambil contoh bulu kucing dengan lastik (terbil). Kumpulkan bulu-bulu kucing gugur yang kering, satukan semuanya lalu kita lastik ke udara. Kita boleh lihat bagaimana lajunya bulu-bulu ini pergi dan kemudiannya pecah berselerakan. Begitulah keadaan gunung-ganang pada hari tersebut. Alangkah menggerunkan!

Ayat 3: Kejadian (hari kiamat) yang merendahkan dan meninggikan.
Ayat 4: Semasa bumi bergoncang dengan segoncang-goncangnya.
Ayat 5: Dan gunung-ganang dileburkan dengan selebur-leburnya.
Ayat 6: Lalu jadilah ia debu yang berterbangan.”
(Al-Waaqi’ah: 3-6)

Ada ulama mentafsirkan “Kejadian yang merendahkan dan meninggikan” itu sebagai merendahkan (menghinakan) orang-orang yang engkar dan meninggikan (memuliakan) orang-orang yang soleh. Maksudnya ayat itu mengisahkan kiamat selepas hari kehancuran iaitu HARI KEBANGKITAN. Memanglah pada hari kebangkitan makhluk-makhluk yang engkar akan dihina manakala yang taat akan dimuliakan.

Namun begitu saya punya sudut pandangan yang lain sebagai satu perkongsian akan apa yang saya fahami ketika berinteraksi dengan ayat tersebut.

Ayat ke-4 hingga ke-6 membicarakan HARI KEHANCURAN. Mengikut kronologi, ayat sebelumnya iaitu ayat ke-3 juga tentulah membicarakan HARI KEHANCURAN, belum lagi membicarakan hari kebangkitan.

Apa yang direndahkan dan apa yang ditinggikan?
Mengapa direndahkan terlebih dahulu kemudian baru ditinggikan?
Kita akan melihat kupasan tentangnya dalam tajuk selepas ini.

Namun begitu, bukan semestinya ayat-ayat al-Quran bercerita mengikut kronologi. Kita lihat contohnya:

Ayat 10: “Dan apabila surat-surat amal dibentangkan.”
Ayat 11: “Dan apabila langit ditanggalkan.”
(At-Takwiir: 10-11)

Ayat ke-10 menceritakan HARI KEBANGKITAN kerana surat-surat amal dibentangkan pada hari kebangkitan manakala ayat ke-11 menceritakan keruntuhan langit iaitu pada hari kemusnahan.

Apa yang pasti, peristiwa yang berlaku pada hari kehancuran itu ada MERENDAHKAN SESUATU dan MENINGGIKAN SESUATU. Boleh jadi ia menceritakan keadaan alam semesta yang menjadi tidak seimbang, ada bahagian yang terperosok dan ada bahagian yang meledak.
Wallahualam.

Pada hari itu bumi bergoncang dengan sangat kuat, goncangan yang membuatkan gunung-ganang hancur lebur hingga menjadi debu yang berterbangan. Bayangkanlah, gunung-ganang yang besar lagi teguh pun hancur menjadi debu. Gunung-ganang ini bukan terhambur setakat ruang angkasa bumi, tetapi hingga ke angkasa lepas.

“Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya. Serta bumi mengeluarkan segala isinya.”
(Al-Zalzalah: 1-2)

Pada hari kehancuran itu bumi bergegar dengan gegaran yang sangat dahsyat. Bumi juga pecah lalu terhamburlah segala yang ada di dalam perut bumi.

“Apabila langit terbelah. Dan mematuhi perintah Tuhannya dan pastilah ia mematuhinya. Dan apabila bumi diratakan. Serta mengeluarkan apa yang ada di dalamnya lalu menjadi kosong.
(Al-Insyiqaaq: 1-4)

Hal ini memang sangat mengerikan. Bayangkan kita melihat langit terbelah dari timur ke barat. Bumi menjadi rata kerana apa saja yang ada di atas permukaannya termasuklah gunung-ganang sudah terhambur ke angkasa. Selepas itu barulah isi perut bumi meledak dan mengeluarkan segala kandungannya. Akhirnya bumi pun turut hancur-lebur, kosong...

“Apabila langit terbelah. Dan apabila bintang-bintang jatuh berguguran. Dan apabila lautan pecah bercampur-baur.”
(Al-Infitaar: 1-3)

Pada mulanya langit terbelah. Kemudian ada bintang-bintang dan planet-planet jatuh berguguran ke bumi (melanggar bumi). Ketika itu lautan pun bergelodak dengan hebatnya akibat gangguan graviti dan hentaman bintang-bintang.

“Apabila matahari dilingkari cahayanya. Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak. Dan apabila gunung-ganang diterbangkan ke angkasa.”
(At-Takwir: 1-3)

Saya mengalami kesukaran untuk memahami maksud “...matahari DILINGKARI cahayanya.”, jadi saya tinggalkan. Dalam tafsir ar-Rahmaan ditulis begini, “Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap).

Boleh jadi ia bersangkutan dengan fenomena Red Giant & Supernova (akan kita bincangkan kemudian). Namun kita ada sedikit gambaran berpandukan ayat berikut:

"(Dia) menjadikan malam MELINGKARI siang dan menjadikan siang MELINGKARI malam..."
(Az-Zumar: 5)

'MELINGKARI' pada ayat ini lebih kepada MENUTUP ataupun MENGALAHKAN. Wallahualam.

Pada hari itu ada bintang-bintang (termasuklah planet-planet) gugur berselerak dan menimpa bumi menyebabkan gunung-ganang tercabut lalu terpelanting ke angkasa.


Begitulah antara gambaran hari yang amat dahsyat itu menurut al-Quran.

Tafsir surah at-Takwiir

Read more ...