23 September 2011

GEMPAR! | "Hantu Bonceng" digesa untuk menghentikan tayangan nya.

Mesti korang pelikkan kenape, sebelum ini jugak telah postkan pada pada mana-mana page dimana Salah satu babak yang dilakonkan secara tidak langsung menghina Rasulullah SAW apabila Zizan menyebut "Ashaduanna Muhammadar Syaitan" yang membawa maksud "Aku naik saksi bahawa Muhammad itu Syaitan"

saksikan video dan penjelasan di bawah ini

Sama ada terlepas pandang, tidak faham, atau tidak sengaja itu tidak dapat dipastikan. Apa yang jelas, kita bimbang jika ia menjadi ikutan anak2 muda.

Berhati-hati, perbuatan, niat, dan lafaz boleh menyebabkan gugur shahadah dan terkeluar daripada Islam..

korang boleh tengok video tersebut di bawah nih..korang layan la eh

Adegan yang dikatakan tersebut dalam minit ke 6

Free Jer Download Hantu Bonceng Full Movie di Youtube Sekarang !

Artikel dari keratan akhbar Harakah daily

KUALA LUMPUR, 20 Sept: Dewan Pemuda PAS menggesa filem Hantu Bonceng yang sedang ditayangkan di pawagam dihentikan segera kerana mengandungi unsur penghinaan kepada agama Islam.

Ketuanya Nasrudin Hassan berkata, filem komedi baru yang dibintangi pelawak terkenal Zizan Razak mengandungi babak yang jelas menghina Rasulullah.

Babak tersebut ketika Zizan di atas katil wad hospital menyebut dialog "asyhadu anna Muhammadar... syaitan" (aku naik saksi bahawa Muhammad itu syaitan).

Jika mahu ditayangkan juga ujarnya, sekurang-kurang babak mengucap syahadah secara salah itu mesti di potong untuk tayangan berikutnya.

"Menyebut perkataan "Muhammadar Syaithan" yang bermaksud Muhammad adalah syaithan dalam sebutan syahadah yang dijenakakan adalah haram dan boleh memesongkan aqidah.

"Saya dan seluruh ummat Islam yang sensitif terhadap agama tidak mampu tidur lena. Selagi ia menjadi tontonan umum, fikiran saya gelisah dan perasaan saya resah," ujarnya.

Filem arahan sutradara terkenal Ahmad Idham dengan durasi 90 minit itu ditayangkan di panggung wayang di Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 31 Ogos lalu dan dikatakan mencipta sejarah dengan kutipan terbesar dalam musim perayaan dengan jumlah RM 5 juta untuk lima hari tayangan.

Selain Zizan ia turut membariskan aktres terkenal Juliana Evans dan Jue Aziz.

Mengulas lanjut, Nasrudin berkata pihak pengarah dan penerbit termasuk Zizan sendiri wajar memohon maaf kepara seluruh umat Islam di atas jenaka keterlaluan itu.

Sama ada Zizan sedar atau tidak keterlanjuran itu katanya, ia tetap salah kerana menghina Rasulullah SAW.

"Saya dengan segala baik sangka mengharapkan saudara Zizan selaku pelakon babak ini tidak menyedari implikasi aqidah sewaktu melakonkan watak tersebut, namun saya menyarankan agar Zizan segera memohon maaf kepada umum terhadap jenaka yang keterlaluan itu.

"Saya yakin, Zizan akan lebih dihormati kerana saya juga meminati beliau selaku anak seni dalam negara ini," katanya.

VL : Ape pendapat korang...saya juga berpendapat " maybe dia nk mengucap tp terganggu dgn kwn dia "
Read more ...

GEMPAR! | Jawapan Ahmad Idham Tentang Hantu Bonceng Hina Islam.

PhotobucketSeperti yang kita telah tau tentang isu Tentang Hantu Bonceng Hina Islam sedang menjadi isu hangat buat masa ini. Disini saya nak kongsikan pada korang dimana Ahmad Idham telah membuat satu temubual E-mail terhadap Movie Hantu Bonceng Hina Islam.

Photobucket

Dalam email tersebut diperkatakan "Hantu Bonceng telah memperlihatkan adegan ‘Azan’, ucapan dua kalimah syahadah dan perlakuan tasyahud akhir dijadikan babak jenaka."

Isu ini memang panas sehinggakan seorang pembaca meng e-mailkan pendapat nyer kepada Ahmad Idham dan jawapan yang Ahmad Idham berikan:

Berikut adalah msg di antara saya dan Ahmad Idham, Pengarah Filem Hantu Bonceng berkenaan isu Azan, kalimah syahadah yg dijadikan babak lawak jenaka di dalam filem terbaru beliau.

Marikh Azahari:

Assalamualaikum Saudara,

Maaf m’ganggu, cuma saya nk ambil kesempatan ini menyuarakan pendapat peribadi saya berkenaan filem arahan saudara iaitu Hantu Bonceng telah memperlihatkan adegan ‘Azan’, ucapan dua kalimah syahadah dan perlakuan tasyahud akhir dijadikan babak jenaka. Dukacita ingin saya nyatakan sebagai salah seorg peminat filem tanah air saya merasa amat tersentap melihat adegan-adegan ini dijadikan bahan jenaka.

Maafkan sekiranya saya tersilap saudara. Tetapi sebagai umat Islam dan hamba kepada yg maha Esa, saya tidak rela melihat perbuatan seperti ‘Azan’, ucapan dua kalimah syahadah dan tasyahud akhir diperlekehkan dan menjadi bahan ketawa ramai.

Mungkin niat asal kita adalah baik tetapi hasilnya mungkin menjadi sebaliknya. Saya amat berharap sgt dan merayu pada saudara agar perkara yg berkaitan agama jgnlah dijadikan bahan duniawi melainkan atas tujuan dakwah dari sudut ilmiah bukannya lawak jenaka.

Maafkan saya lagi sekali sekiranya tersilap bahasa dan kata dalam menyuarakan padangan saya ini.

Wasalam


Ahmad Idham Ahmad Nadzri:

Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kerana menonton filem HB. Bukanlah niat saya untuk mempersoalkan kembali niat suci anda.. Tetapi saya juga ingin bertanya adakah anda ini seorang yg sudah sampai ke tahap yg layak untuk meperbahaskan soal Islam setanding dengan cendikiawan agama yg bergelar ulamak. Untuk pengetahuan cik.. Filem ini telah terlebih dahulu di tapis dan dinilai oleh pihak LPF yg terdiri dari pakar pakar agama yg bertauliah. sebab itu filem ini di benarkan keluar. Jadi nasihat saya, tak perlulah awak nak sibuk menegur org lain sekiranya diri sendiri pun masih cetek dlm ilmu agama. Tahap awak belum sampai ke tahap pemikiran org yg telah terlebih dahulu meneliti setiap perkara yg sensitif dlm hal agama. Saya nasihat awak pergi belajar dengan lebih mendalam dalam hal agama sebelum kita nak memandai mandai menegur org lain. Ingat:- allah tidak memandang pada rupa paras dan pakaian seseorang tapi pada hati yg bersih dan suci… Renung renung lah…

Marikh Azahari:

Assalamualaikum..

Terima kasih kerana sudi luangkan masa membalas msg saya.

Saya akui saya cetek ilmu agama. Saya akui saya tidak setaraf para ulamak. Saya akui tahap pemikiran saya tidak setinggi mana.

Saya cuma menyatakan pandangan saya sebagai hamba Allah. Mungkin saya salah, mungkin saya betul. Terserah. Wallahualam…

wasalam


ini pulak Sedikit hadith yang berkait-rapat tentang perkara ini:

“Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan manjawab, “Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja”. Katakanlah, “Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kalian berolok-olok?” “Tidak usah kalian minta maaf, karena kalian telah kafir sesudah beriman”. (At Taubah : 65-66).

Rasulullah bersabda:

“celakalah orang yang berkata kata (sama ada benar atau bohong) untuk membuat orang lain ketawa…maka celakalah dia,celakalah dia,celakalah dia” Hadith Riwayat Abu Daud.


VL : Amacam korang? dah tau dah? semoga segala persoalan terjawab tao hanya mengongsikan kepada anda.
Read more ...

82 Rahsia Tahi Lalat


       
 Rahsia 1-20

1. Bibir atas kanan - Banyak rezeki, pandai
2. Bibir atas kiri - Ramai kawan, baik hati
3. Bibir bawah kanan - Disegani orang, ramai yang suka
4. Bibir bawah kiri - Pandai bicara, tak mudah kalah
5. Leher kanan - Cerdas, jujur, berani menderita
6. Leher kiri - Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan
7. Leher di tengah - Tercapai cita-cita
8. Biji mata kanan - Suka serong dan pembohong
9. Biji mata kiri - Pembohong tetapi baik hati
10. Hujung mata kanan - Baik hati, sopan santun, cerdas
11. Hujung mata kiri - Baik budi, murah rezeki
12. Punggung kanan - Agak mengalami kesulitan
13. Punggung kiri - Malas dan suka duduk
14. Betis kanan - Suka berhibur, boros
15. Betis kiri - Rajin, tidak suka menganggur
16. Lutut kanan - Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha
17. Lutut kiri - Kurang kuat berusaha
18. Kepala sebelah kanan - Terkabul cita-cita
19. Kepala sebelah kiri - Sering menemui kesusahan
20. Kepala sebelah belakang - Jujur, sabar dan tekun





Rahsia 21-40

21. Kening kanan - Cerdas dan cekap
22. Kening kiri - Cerdas dan sopan santun
23. Tengah kening - Keras hati dan berani segala hal
24. Hujung mulut kanan - Kecil rezeki, tak mudah kalah
25. Hujung mulut kiri - Suka berfoya-foya
26. Ketiak kanan - Dapat menyimpan rahsia
27. Ketiak kiri - Jujur, banyak yang cinta
28. Pergelangan kaki kanan - Suka keluar rumah
29. Pergelangan kaki kiri - Kehendak kuat
30. Batang hidung - Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
31. Pada hidung - Banyak rezeki
32. Dagu bawah kanan - Jujur dan baik hati
33. Dagu bawah kiri - Bijaksana, dan berbudi luhur
34. Kemaluan kanan atau kiri - Baik, suka senggama
35. Di kepala kemaluan (lelaki) - Bakal beristeri dua
36. Tumit kanan - Jujur dan banyak kawan
37. Tumit kiri - Baik budi
38. Alis kanan - Suka menolong dan baik hati
39. Alis kiri - Ramai yang suka
40. Pangkal peha kanan - Kemahuan kuat



                                            

 Rahsia 41-60 

41. Pangkal peha kiri - Suka kerja apa pun
42. Telapak kaki kanan - Tak mudah mengeluh
43. Jari kaki kanan - Suka menolong
44. Jari kaki kiri - Berbudi, suka berbuat baik
45. Bahu kanan - Cermat dalam membuat keputusan, banyak tanggungan
46. Bahu kiri - Suka kerja keras, banyak tanggungjawab
47. Buah dada kanan - Baik hati, pendiam, simpan rahsia
48. Buah dada kiri - Ramai kawan, setia pada pasangan
49. Lengan kanan - Setia dan taat pada atasan
50. Lengan kiri - Menepati janji dan rajin
51. Pipi kanan - Ramai teman
52. Tengah-tengah pipi kanan - Ramai yang suka
53. Tengah-tengah pipi kri - Ramai teman
54. Ubun-ubun - Kurang jujur
55. Pusat - Cerdas, tangkas, tekun
56. Pusat bahagian kanan - Sejahtera dalam hidup
57. Pusat bahagian kiri - Beroleh kemuliaan
58. Pinggang kanan - Sayang pada pasangan hidup
59. Pinggang kiri - Disayang pasangan hidup
60. Dada kanan - Dapat mengatasi masalah


                                                           
Rahsia 61-82
  
61. Dada kiri - Berani, jujur dan sabar
62. Telapak kaki kanan - Tidak mudah mengeluh
63. Telapak kaki kiri - Baik budi pekertinya
64. Siku tangan kanan - Kuat ingin memiliki kejayaan
65. Siku tangan kiri - Baik hati, suka menolong
66. Jari tangan kanan - Serba beroleh keuntungan
67. Jari tangan kiri - Serba baik bekerja
68. Jari telapak tangan kanan - Banyak rezeki tetapi boros
69. Jari telapak tangan kiri - Banyak rezeki dan cermat
70. Pergelangan tangan kanan - Boros, suka bersukaria
71. Pergelangan tangan kiri - Dapat berpangkat
72. Perut bawah kanan - Banyak rezeki, suka memberi maaf
73. Perut bawah kiri - Baik hati, tenang hidupnya
74. Sudut mata kanan dalam - Disayang suami atau isteri
75. Sudut mata kiri dalam - Tidak mudah dilupakan pasangan
76. Sudut mata kanan luar - Baik budi, ramai yang cinta
77. Pelipis kiri - Murah rezeki, dapat jadi kaya
78. Pelipis kanan - Serba berhasil dalam usaha
79. Kelopak mata kanan atas - Baik hati, ramah, berjaya
80. Kelopak mata kiri atas - Baik budi, ramai yang suka
81. Kelopak mata kanan bawah - Agak malas
82. Kelopak mata kiri bawah - Agak bodoh, kurang bijaksana
 

Read more ...

AWAS.. TEKTIK BARU NAK ROMPAK, ROGOL atau CULIK anak anda..!!!

BACA! BACA! BACA!

Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong. Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai.

Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai. Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa.
Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita .. Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka. Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka, Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua.
  1. Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam.
  2. Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma!
  3. Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam! Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia !
Jadikan amalan :
1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.
2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.
3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam!!!

VL : copy dari Ayushida Mohd Don untuk peringatan kitani bersama...kisah benar ini berlaku di malaysia..

Read more ...