16 Mei 2011

4 beranak bagai dirasuk setan


JOHOR BAHRU: Empat beranak yang berperwatakan alim dengan berjubah dan memakai kopiah serta bertakbir, tiba-tiba bertukar menjadi ‘syaitan’ apabila masing-masing bersenjatakan parang menyamun stesen minyak di Bandar Permas Jaya, kira-kira jam 1.30 tengah hari, kelmarin.

Dalam kejadian itu, empat beranak yang pernah menyamun di premis sama sebanyak dua kali Jumaat lalu, bertindak lebih ganas apabila cuba mengelar leher pengusaha stesen minyak berkenaan ketika menghalang perbuatan mereka.
Lebih pelik, bukan saja bapa berusia 49 tahun membawa parang, malah tiga anaknya berusia 15, 14 dan lapan tahun turut membawa senjata sama ketika kejadian, manakala isterinya berusia 37 tahun yang berada di dalam teksi bersama anak perempuan berusia 12 tahun dan bayi berusia lapan bulan dikatakan turut berparang.

Menceritakan detik mencemaskan itu, pemilik stesen minyak berkenaan, Sulaiman Che Kutty, 45, berkata, dia yang berada di masjid bergegas ke stesen minyak selepas isterinya yang berada di rumah, dihubungi seorang pekerja memaklumkan kejadian itu.

“Akibat bimbangkan keselamatan pekerja, saya ke stesen sebelum melihat tiga individu berparang menetak meja kaunter dan kotak gula-gula.

Read more ...

Tahniah Barcelona Dan Manchester United

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

DI ucapkan tahniah kepada dua gergasi eropah iaitu Barcelona dan Manchester United kerana telah berjaya menjadi juara untuk musim 2010-2011.

Barcelona berjaya mengekalkan kemenangan Liga Primera Sepanyol berturut-turut selama 3 tahun semenjak 2008/2009 selepas mendapat 1 mata hasil dari seri dengan kelab Levante.Keputusan seri ini adalah sudah mencukupi untuk Barcelona merangkul piala sempena juara liga musim ini.Tahniah diucapkan kepada Barcelona dan para pemainnya yang telah membuktikan bahawa Barcelona merupakan kelab gergasi terbaik di dunia buat masa ini dan terhebat di antara kelab-kelab di eropah.


Manakala Manchester United telah dinobatkan sebagai juara EPL untuk musim ini setelah mendapat satu mata hasil keputusan menentang Blackburn Rovers 1-1.Ini merupakan satu lagi rekod otai Manchester United Alex Ferguson kerana telah mencatat sebanyak 19 kali kejuaraan bersama United sepanjang 25 tahun mengemudi gergasi England tersebut


Tahniah juga diucapkan kepada Chelsea,Arsenal dan pendatang baru big four Manchester City kerana telah menjadi juara piala FA setelah menewaskan Stoke City 1-0 di Stadium Wembley lewat petang tadi.


Walaupun aku kecewa sedikit dengan Arsenal kerana tidak dapat merangkul juara pada tahun ini,harap-harap ini merupakan pengajaran kepada Wenger untuk musim hadapan setelah 6 tahun tanpa piala.


Final UCL 2011


Hanya lagi seminggu lebih kita akan menyaksikan pertembungan hebat di antara dua gergasi eropah.28 Mei merupakan tanggal yang bersejarah untuk kedua-dua kelab ini.Manchester United mungkin sangat beruntung kerana final edisi ini akan diadakan di Stadium Wembley,England.Misi membalas dendam terhadap Barcelona dilaung-laungkan oleh para pemain dan peminat kerana United akan menebus kembali kekalahan final ucl 2009 di tanah air mereka.Sama-sama kita saksikan aksi yang mendebarkan di antara dua gergasi eropah.

VeeNa LoneLiness :
Kepada pasukan2 yg lain Usaha lagi untuk kejayaan di musim akan datang…hahaha ati ku gumbira kerana M.U masuk final...liverpool???ahahahaha*sasak ni peradian ku*
Read more ...

Sumpah orang jahil apa kesannya

Kiriman Ummu Waheedah
kita pernah pergi ke Makkah, kita akan berhadapan dengan sikap orang Arab yang berniaga. Setiap ayat yang hendak diucapkan pasti dimulakan dengan sumpah. “Wallahi ya akhi” sudah biasa dibibir mereka. Sudah jadi kelaziman dalam perbualan mereka. Dan pada peniaga ini sumpah cari makan namanya. Kalau tidak, pembeli tidak yakin dengan barang jualannya.

Pasangan yang sedang bercinta, kerap juga bersumpah. Ada yang sumpah hendak hidup semati, juga sumpah tidak ada kekasih lain dan sumpah untuk buat itu dan ini demi cinta, kononnya. Inilah sumpah orang yang bercinta. Sumpah ini kadang-kadang sumpah palsu bagi tujuan mengambil hati kekasihnya. Mereka ini tidak tahu kesan kalau melakukan sumpah palsu.

Ada juga pasangan yang bergaduh membuat sumpah. Sumpah untuk tidak berjumpa lagi, sumpah untuk tidak berkahwin dan sebagainya. Inilah sumpah orang yang bergaduh, sumpah waktu marah. Sumpah ini kadang-kadang gagal ditepati. Apabila hati reda mereka berbaik semula.

Seseorang yang hendak dibicarakan di mahkamah, mereka diminta bersumpah untuk bercakap benar. Maka sebelum bicara dimulakan dengan sumpah yang dipimpin oleh petugas mahkamah. Sumpah itu dilakukan di hadapan hakim. Sumpah di mahkamah ini boleh memberi kesan jika mereka memberi maklumat palsu.
Walaupun bentuk-bentuk sumpah di atas tidak termasuk dalam perintah syarii tetapi sumpah yang diungkapkan jika dilanggar, dia telah berdosa. Walaupun sumpah ini hanya sumpah sesama manusia yang mereka sendiri kena adili tetapi Allah tetap melihat dan mendengar. Maka jika mereka engkar, mereka akan tanggung risiko sendiri. Maka bagi mengelak risiko pelanggaran, batalkan sumpah itu dan bayar kifarat.
Tetapi realitinya, umat Islam tidak faham lalu berkali-kali bersumpah dan berkali-kali pula melanggarnya. Bayangkan kalau setiap kali melanggar sumpah perlu membayar kifarat, berapa banyak yang mereka perlu tanggung dosa.

Sumpah syarii
Seterusnya sumpah yang dilakukan di hadapan Allah. Biasanya seseorang itu bersumpah itu dan ini jika mereka berjaya mendapat impiannya. Sumpah ini juga dipanggil nazar. Sumpah ini wajib mereka laksanakan. Jika mereka gagal melaksanakan sumpah itu, mereka wajib membayar denda iaitu kifarat nazar.
Wajib membayar kifarat sumpah dengan takhyir dan tartib, ertinya memilih dengan mengikut urutan seperti berikut:
1. Memerdekakan hamba atau budak; jika tidak, maka
2. Memberi makan atau pakaian kepada sepuluh orang fakir miskin; jika tidak
3. Puasa tiga hari.

Ada satu lagi sumpah iaitu “ila’” namanya. Ini sumpah suami untuk tidak mahu mensetubuhi isterinya dalam tempoh tertentu. Selepas habis tempoh ila’ itu dia perlu ceraikan isterinya, kalau tidak hakim boleh menceraikan isterinya bagi pihaknya. Tetapi kalau dia batalkan sebelumnya dengan mensetubuhi isterinya maka dia perlu membayar kifarat.
Akhir sekali sumpah laknat yang dalam fiqhnya disebut “li’an”. Sumpah ini hanya untuk pasangan suami isteri. Iaitu apabila suami yang menuduh isterinya berzina atau isteri menuduh suami berzina, maka mereka telah melakukan satu kesalahan kecuali kalau mereka berjaya membawa empat orang saksi. Jika tidak ada saksi, pihak yang menuduh wajib bersumpah li’an bahawa isterinya berzina atau suami berzina.
Jika tuduhan itu tersasar, sedangkan dia sudah bersumpah maka layaklah dia menerima hukuman Allah seperti yang disumpahkan. Tapi ingat sumpah ini hanya untuk suami isteri sahaja. Bapa mentua, ipar tidak boleh bersumpah dalam kes ini apatah lagi orang luar.
Ketiga-tiga jenis sumbah yang terakhir ini adalah termasuk dalam sumpah syarii. Jika mereka tersalah maka hukuman hanya Allah sahaja yang tahu. Jadi, orang yang beriman harus berhati-hati dengan sumpah ini, tidak harus dimain-mainkan kerana kifaratnya amat berat.

Cara sumpah li’an
Sumpah li’an ini dikenakan kepada pihak yang membuat tuduhan zina dalam kalangan suami isteri tetapi mereka gagal membawa empat orang saksi. Maka suami hendaklah bersumpah naknat sebanyak empat kali. Selepas selesai sumpah suami, isteri bolehlah bersumpah balas menafikannya sebanyak empat kali juga. Tetapi kalau suami sahaja yang bersumpah, isteri wajib dikenakan hukuman hudud.
Ungkapan sumpah itu pelbagai iaitu: “Saya bersaksi dengan Allah bahawa saya dalam kalangan orang yang benar pada apa yang saya tuduhkan ka atas isteri saya (sebut nama) dengan berzina.”
Atau: “Bahawa anak ini atau itu anak zina bukan anak saya.”
Dan pada akhir kedua-dua sumpah itu hendaklah disambungkan dengan ungkapan ini: “Maka ke atas saya laknat Allah jika saya dalam kalangan orang yang berdusta.”
Isteri pula selepas itu harus bersumpah menafikannya: “Saya bersaksi dengan Allah bahawa (sebut nama suami) dalam kalangan orang yang berdusta yang menuduh saya sebagai orang yang berzina.” Kemudian akhirinya dengan, “ke atas saya kemurkaan Allah jika adalah dia dalam kalangan orang yang benar.”
Jika selesai upacara sumpah itu, terlepaslah mereka berdua daripada hukum hudup iaitu qazab terhadap suami dan rejam terhadap isteri. Walau bagaimanapun hubungan suami isteri selepas itu tercerai secara automatik. Juga ternafi anak itu nasabnya walaupun sememangnya anak itu anaknya. Seterusnya diharamkan mereka berkahwin semula.
Tetapi pada hari ini, jarang kita dengan suami isteri yang melakukan li’an mungkin kerana tidak tahu atau tidak mahu. Walau bagaimanapun kita sering mendengar suami atau isteri yang membuat tuduhan terhadap pasangan masing-masing. Mereka ini secara tidak langsung telah melakukan qazab. Bayang berapa banyak dosa yang mereka lakukan dalam hal ini setiap hari.
Read more ...

Malaikat Maut mengintai kita 70 kali sehari

MEMANG tiada siapa pun dapat menduga bila saat kematian mereka akan tiba. Sebab itu ramai yang masih leka dan tiada persediaan ‘menanti’ saat kematian mereka.


Allah berfirman yang bermaksud: “Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali.” (Surah al-Anbiyak ayat 35)
 Tahukah kita bahawa malaikat maut sentiasa merenung serta melihat wajah seseorang itu 70 kali dalam sehari? Andainya manusia sedar hakikat itu, nescaya mereka tidak lalai mengingati mati.


Oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak dapat melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan malaikat Izrail.


Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia dimuka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa.


Maka berkata Izrail:
‘Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.’”Justeru, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu lagi bergelak sakan dan bersenang-lenang seolah mereka tiada masalah yang perlu difikirkan dalam hidup. Takdirnya esok hari terakhir Allah ‘pinjamkan’ nyawa kepada kita untuk bernafas di muka bumi ini adakah kita sudah cukup bekalan bagi menghadapi dua fasa berikutnya iaitu alam barzakh dan alam akhirat?


Tiada seorang pun di dunia ini dapat menggambarkan bagaimana perasaan dan pengalaman mereka menghadapi saat kematian.Ajal tidak mengenal sesiapa sama ada mereka itu tua, muda, sihat, kaya ataumiskin.


Rasulullah s.a.w juga menjelaskan dalam hadisnya bahawa kesakitan ketika hampir mati itu seperti ditetak 100 kali dengan pedang tajam atau seperti dikoyak kulitnya dari daging ketika hidup-hidup.


Bayangkanlah betapa sakit dan dahsyatnya saat menghadapi kematian. Kalau hendak diikutkan siapa yang hendak nyawanya dicabut dalam keadaan yangamat menyeksakan.


Maka amat beruntunglah sesiapa yang matinya dalam keadaan khusnul khatimah (kebajikan).


Salman Al-Farisi meriwayatkan hadis Nabi s.a.w yang bermaksud:
 “Perhatikanlah tiga perkara kepada orang yang sudah hampir mati itu. Pertama: berpeluh pada pelipis pipinya; kedua: berlinang air matanya dan ketiga: lubang hidungnya kembang kempis.


“Manakala jika ia mengeruh seperti tercekik, air mukanya nampak gelap dan keruh dan mulutnya berbuih, menandakan menandakan azab Allah sedang menimpa dia.” (Hadis riwayat Abdullah, al-Hakim dan at-Tarmizi)


Kematian ‘menjemput’ manusia secara perlahan-lahan atau beransur-ansur mulai daripada jasad, hujung kaki kemudian ke paha.


Bagi orang kafir pula, apabila nyawanya hendak dicabut Izrail, wajahnya akan menjadi gelap dan keruh dan dia mengeruh seperti binatang yang disembelih.


Itu pula tanda azab yang diterimanya disebabkan dosa dan kekufuran mereka.


Al-Qamah bin Abdullah meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Bahawa roh orang mukmin akan ditarik oleh Izrail dari jasadnya dengan perlahan-lahan dan bersopan sementara roh orang kafir pula akan direntap dengan kasar oleh malaikat maut bagaikan mencabut nyawa seekor khimar.”


Allah juga turut menimpakan seorang Muslim yang berdosa itu dengan kekasaran ketika mereka menghembuskan nafasnya yang terakhir sebagai kaffarah dosanya.


Mungkin ada juga orang kafir yang mati dalam ketenangan mungkin kerana ketika hidupnya dia berbuat kebajikan dan itu adalah balasan terhadapnya kerana setiap kebajikan pasti akan dibalas.


Tetapi kerana tidak beriman, ia tidak menjadi pahala kebajikan dan kekufurannya tetap diazab pada hari akhirat kelak.


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
 “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut.


“Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.


“Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”


Malaikat Izrail menjalankan arahan Allah s.w.t dengan sempurna. Dia tidak diutuskan hanya untuk mencabut roh orang sakit saja ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka.


Kematian mungkin berlaku kerana sebab bencana seperti gempa bumi, banjir, kebakaran dan ada juga yang matinya disebabkan kemalangan, diserang penyakit berbahaya seperti kanser, jantung, Aids, denggi dan taun.


Seorang yang sedang sakit tenat, menjadi rahmat yang tinggi nilainya kerana Allah masih memberi peluang supaya mereka sedar akan kesilapan yang mereka lakukan selama hidup di dunia.


Maka waktu itu mereka masih berpeluang bertaubat dari dosa dan kesilapan. Begitu juga halnya dengan orang mati mengejut disebabkan kemalangan. Ia memberi pengajaran dan peringatan kepada mereka yang masih hidup supaya berhati-hati dan tidak lalai berusaha untuk memperbaiki diri.


Justeru, bagi mereka yang masih diberikan nikmat kehidupan perlu sentiasa mengambil iktibar terhadap segala yang berlaku. Allah menjadikan sebab kematian itu bagi memenuhi janji-Nya kepada malaikat maut.


Saidina Abbas meriwayatkan dalam sebuah hadis antara lain menerangkan malaikat Izrail berasa sedih apabila ditugaskan mencabut roh makhluk bernyawa.


Ini kerana antara makhluk bernyawa itu adalah termasuk manusia yang terdiri daripada kekasih Allah iaitu Rasul, nabi, wali dan orang soleh.


Malaikat maut mengadu kepada Allah betapa dirinya tidak disenangi keturunan Adam
a.s.Dia mungkin dicemuh kerana mencabut roh manusia yang mana menyebabkan orang berduka cita akibat kehilangan orang tersayang dalam hidup mereka.


Justeru, jika seseorang Muslim itu meninggal dunia, beberapa langkah penting perlu dilakukan seperti menempatkan jenazah di tempat yang sesuai sebagai menghormatinya, sunat meletakkan keadaan kakinya menghala ke arah kiblat, tanggalkan pakaian berjahit, tutupkan jenazah dengan sehelai kain nipis ke atas seluruh jasadnya, rapatkan kedua-dua belah matanya dan mulutnya, letakkan kedua-dua tangan jenazah di atas dadanya sebagaimana dalam keadaan qiam (berdiri) ketika solat, letakkan sesuatu yang sederhana berat di atas perutnya seperti gunting dan pisau serta sunat bagi yang hidup mencium jenazah.


Umat Islam dilarang mengaitkan kematian seorang Muslim itu dengan tanda tertentu. Itulah yang menyebabkan umat Islam semakin mundur kerana terlalu banyak mempercayai perkara khurafat dan tahyul.


Jika ada kematian seperti kemalangan contohnya kita ditegah untuk bertanya kepada waris apakah perbuatan ganjil yang dilakukan sebelum kematiannya.Tiada siapa pun dapat mengelak daripada mati melainkan Allah dan kematian tetap akan datang tepat pada masanya.


Apabila sampai ajal seseorang, umat Islam digalakkan memberi nasihat kepada keluarga si mati supaya bertenang dan banyakkan bersabar.


Islam menegah amalan keterlaluan seperti menjerit dan meratapi kematian. Mereka yang masih hidup peluang perlu dimanfaatkan dengan memperbaiki keadaan diri yang ternyata banyak melakukan kesilapan dan kesalahan.


Tiada daya atau usaha yang boleh menyelamatkan kita daripada kematian.Kematian menjadikan hati manusia menjadi sedih serta berpisah dengan keluarga tercinta. Hanya amalan soleh saja akan membawa kita bertemu Allah.

Ulasan VeeNa LoneLiness :
Kita semua adalah bakal Jenazah. Semoga dengan atikel ini akan lebih menginsafkan kita hakikat mati itu pasti dan hidup cuma insaallah. Bagaimana dengan bekalan kita untuk jadi jenazah nanti? Tepuk dada tanya iman.
Read more ...

kisah penjual tempe moga menjadi iktibar.

"Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari.. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak.. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe . Amin"

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe . Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe , Amin"

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.

Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa.. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun termenung seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan.

Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe . Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe , tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh d i sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.

"Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe , tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu.

Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?"

Wanita itu menerangkan bahawa anakn ya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England , si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Allah... sesungguhnya Allah mengetahui apa2 yg kita tidak tahu.
Read more ...

Renungan - Kehidupan Abadi

     Sebagian besar manusia tidak menyadari bahwa ia adalah mahluk abadi, yang sedang singgah didalam kehidupan dunia ini. Dunia yang sudah berumur ribuan tahun dan masih akan ada sampai entah berapa ratus atau ribu tahun lagi, menjelang terjadinya hari Kiamat.. Sedangkan kita manusia hanya singgah beberapa tahun saja didunia ini, ada yang sehari, seminggu, sebulan, setahun, beberapa tahun sampai puluhan tahun, paling lama mungkin hanya 90 atau 100 tahun. Bagi yang sudah menetap sekitar 60 tahun didunia ini tentunya harus sudah siap siap mungkin beberapa tahun lagi akan digusur dari kehidupan dunia ini dan pindah kealam barzakh. Sepanjang perjalanan hidup kita mulai dari alam Ruh sampai diakhirat kelak kita akan melalui 7 tahap perjalanan hidup: Alam Ruh, Alam rahim, Alam dunia, Alam barzakh, Hari berbangkit, Hari berhisab, Hari pembalasan.


Read more ...

Masalah Imam Mahdi

Saya ingin bertanyakan tentang kewujudan Imam al Mahdi. Adakah Imam al Mahdi ini wujud atau tidak? Dan jika wujud apakah perkaitannya dengan kita sebagai muslim?
Pendahuluan

Pertama, sebelum kita melangkah lebih jauh dalam persoalan Al Mahdi ini... hendaklah kita maklumi awal-awal bahawa kepercayaan kepada Al Mahdibukanlah termasuk ke dalam perkara pokok agama Islam. Ia bukan sebahagian daripada Rukun Iman atau Rukun Islam. Sama ada percaya atau tidak, ia tidak akan merosakkan iman atau aqidah kita.

Kesimpulan kecilnya: Setiap individu berhak untuk percaya atau tidak akan kewujudan Al Mahdi.

Kenyataan beberapa orang tokoh Islam tentang mempercayai Al Mahdi: 
Prof. Kiyai Anwar Musaddad-Ulama terkenal Indonesia:


"Kita tidak boleh menghukum kafir, sesat atau terkeluar daripada aqidah Islam terhadap orang yang memeprcayai kewujudan Al Mahdi, termasuk orang yang mengijtihadkan atau menentukan seseorang itu sebagai Al Mahdi, kerana Al Mahdi tidak termasuk dalam senarai aqidah pokok."

Tuan Guru Haji Abdullah Long-guru agama terkenal dan pengamal Tariqat Naqsyabadiah,Muazzam Syah:
"Kemunculan Imam Mahdi pada akhir zaman mempunyai nas yang mutawatir yang boleh didapati dalam kitab-kitab karangan ulama muktabar. Bagaimanapun ini bukan soal aqidah."

Tuan Guru Syed Omar Al Idrus (cucu waliyullah Tukku Paloh, Terengganu):
"Persoalan Imam Mahdi itu sendiri menjadi khilafiah para ulama."

Dr. Mahmud Saedon-pensyarah UIA, 1988:
"Kepercayaan kepada konsep Imam Mahdi bukan persoalan aqidah yang terpokok dalam Islam."

Puluhan malah mungkin ratusan hadith dan atsar tentang Al Mahdi boleh kita muatkan di sini namun antaranya terdapat yang dhaif malah yang palsu.

Berikut adalah hadith-hadith yang saya pegang (secara peribadi-boleh jadi betul atau salah pada orang lain):

"Dunia tidak akan hancur sehinggalah (muncul) seorang lelaki dari kalangan kaum keluargaku, yang namanya seperti namaku (Muhammad bin Abdullah) memerintah seluruh bangsa Arab." 
(Turmizi)

"Jika tinggal hanya sehari saja lagi sebelum kiamat tiba, nescaya Allah akan mengutuskan saeorang lelaki dari kaum keluargaku yang akan memenuhkan dunia ini dengan keadilan dan kesaksamaan, seperti sebelumnya dunia ini dipenuhi dengan penindasan." (Abu Daud)

"Al Mahdi yang dinanti-nantikan itu adalah daripada kaum keluargaku. Allah akan menyempurnakannya dalam satu malam sahaja." (Ibnu Majah)

"Al Mahdi itu dahinya luas dan hidungnya mancung. Dia akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan seperti sebelumnya bumi ini dipenuhi dengan kezaliman dan penindasan. Dia akan memerintah selama tujuh tahun." (Abu Daud)

"Al Mahdi itu adalah daripada keturunanku, daripada anak-anak Fatimah." (Ibnu majah & Abu Daud)

Walaupun banyak hadith dan riwayat yang palsu dan dhaif tentang Al Mahdi,. namun jika dihimpunkan kesemua khabar dhaif dan hasan yang ada, maka secara mutawatirnya Al Mahdi memang wujud.

Ini juga adalah pegangan saya secara peribadi, dan saya tidak pula berusaha untuk mengajak orang lain mempercayainya kerana ia bukanlah perkara pokok dalam agama.

Apa yang paling PENTING, janganlah isu yang kedudukannya di hujung agama ini dijadikan perbalahan dan saling menyesatkan. Kita saling menghormati pendapat orang lain asalkan mereka ada hujah yang baik.

Sebagai tambahan:

Saidina Umar Al Khatthab pernah meramalkan bahawa pada suatu masa nanti akan lahir daripada sulbinya( keturunannya) seorang yang bersifat sepertinya malah bernama seperti namanya.

Ini adalah riwayat yang amat biasa- tidak banyak sanad- tidak mutawatir- tidak dipandang orang pun- tidak dinanti-nantikan kedatangannya- tidak bertaraf sahih pun perkataan S. Umar ini. Namun ternyata ramalan sedhaif ini benar apabila munculnya Khalifah Umar Abdul Aziz!

Bandingkan dengan riwayat tentang Al Mahdi yang jauh lebih kuat berbanding ramalan Saidina Umar- banyak riwayatnya- mutawatir-disokong banyak ulama- dinanti-nantikan kedatangannya, ada hadith-hadithnya yang bertaraf hasan, maka tidak mustahil Al Mahdi memang wujud.


Apa kaitannya dengan kita umat Islam... 

 
Untuk mereka yang percaya:
Kalau kedatangan Al Mahdi memang benar, mereka mendapat keuntungan kerana sedikit sebanyak telah ada persediaan sekurang-kurangnya untuk menjalani kehidupan pada zaman Al Mahdi. Lebih bertuah lagi kalau dapat berjuang bersama-sama Al Mahdi dan tidak mustahil mereka sedang berada dalam jemaah yang bakal menjadi tentera Mahdi itu sekarang.Perjuangan mereka juga akan lebih tersusun kerana sudah tahu ke mana arah Al Mahdi menakluk, bila, selepas apa, apa tentera atau musuh yang akan dihadapi selepas ini berpandukan hadith-hadith tentang perjuangan Al Mahdi. Umat Islam tidak akan terburu-buru untuk mengusir Yahudi daripada Palestine kerana sedia maklum yang para Yahudi itu dikumpulkan Tuhan di Palestine hanyalah untuk melengkapkan ramalan akhir zaman tentang pembantaian besar-besaran umat Yahudi di sana oleh Al Mahdi, Nabi Isa as dan tentera Islam.

Kalau tidak benar- mereka tidak akan kerugian apa-apa kerana ia melibatkan kepercayaan sahaja.

Untuk mereka yang tidak percaya:
Kalau kedatangan Al Mahdi benar, mereka akan mengalami sedikti kerugian kerana tidak bersedia untuk hidup dan berjuang mengikut keperluan semasa era Al Mahdi. Ditakuti juga mereka akan termenentang jemaah Al Mahdi tanpa disedari.

Kalau kedatangan Al Mahdi tidak benar, mereka tidak rugi apa-apa dan tidak untung apa-apa.

Tamsilan:

Sekiranya selepas kita mati ternyata syurga dan neraka itu memang wujud, maka orang yang percaya punyai peluang cerah untuk selamat kerana mereka telah beramal di dunia. Kalau tidak ada pun, mereka hanya rugi masa di dunia selama 70-80 tahun sahaja kerana banyak beribadah.

Sekiranya selepas mati syurga dan neraka memang ada, maka orang yang tidak percaya akan rugi selama-lamanya- bertrillion tahun. Kalau tidak adapun, mereka masih tidak untung apa-apa.

Kita boleh membuat pilihan yang bijak.

Siapakah yang paling kuat agar umat Islam tidak percaya kepada Al Mahdi? 
Tidak lain adalah Yahudi laknatullah... kerana mereka tidak mahu umat Islam bersatu dengan Al Mahdi lalu mendapat kemenangan menghancurkan mereka. Pelbagai jarum-jarum halus ditusukkan sama ada dari luar atau dari dalam Islam sendiri agar umat Islam tidak mempercayai hal ini.

Akhirnya, dari sudut pandangan perjuangan gerakan Islam: 
Para sahabat menjayakan zaman Mekah dan Madinah yang pertama dengan adanya satu peribadi agung bersama mereka iaitu Rasulullah. Pejuang Islam hari ini tanpa satu peribadi agung mahu kembalikan zaman Mekah dan Madinah yang kedua.
Bolehkah?

Para sahabat sendiri tidak mampu melakukannya tanpa satu peribadi agung, bagaimana para pejuang hari ini dapat merealisasikan zaman Mekah dan Madinah yang kedua tanpa satu peribadi agung?

Kita faham, pejuang hari ini tidak sehebat para sahabat. Logikkah kita yang tidak sehebat para sahabat ini dapat mengulangi kejayaan para sahabat+1 peribadi agung?

Maka untuk menyeimbangkan kuasa para sahabat dan peribadi agung ini, zaman Mekah dan Madinah kedua hanya akan direalisasikan dengan gabungan Al Mahdi dan ikhwan hari ini. Namun itu belum cukup, kerana Al Mahdi tidak setanding Rasulullah manakala ikhwan hari ini tidak setanding para sahabat.

Maka untuk medekatkan jurang ini, diturunkan bersama Al Mahdi dan ikhwan pejuang hari inisatu lagi peribadi agung iaitu Nabi Isa.

Zaman gemilang 1 dilakukan oleh Nabi Muhammad bin Abdullah + sahabat.  

Zaman gemilang 2 dilakukan oleh Al Mahdi Muhammad bin Abdullah + ikhwan + Nabi Isa. 


Tamat pandangan peribadi saya.
‘BerTuhankan Allah, Bersyariatkan Syariat Muhammad saw’
Read more ...

Mengenai Anwar Ibrahim



Anwar Ibrahim kini telah memasuki tahap ketiga dalam hayat politiknya. Tahap pertama bermula sebagai pemimpin mahasiswa di Universiti Malaya. Sebagai presiden Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBUM), beliau memperjuangkan perlaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Sebagai presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Anwar mula meniupkan kesedaran Islam di kalangan generasi muda. Gerakan ini diteruskan dengan lebih meluas dengan menubuh dan memimpin selama sepuluh tahun Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Meskipun tapak Anwar adalah Melayu-Islam namun sifat inklusif beliau telah kelihatan dalam kepimpinan beliau sebagai presiden Majlis Belia Malaysia (MBM).

Anwar Ibrahim membuat keputusan decisive dalam tahun 1981. Desas desus adalah beliau akan menyertai Pas. Dan Presiden Pas ketika itu telah memberikan laluan. Semua pimpinan ABIM dan PKPIM tahu gosip tersebut. Dan hampir kesemua meramalkan dan tidak sedikit yang mahukan Anwar mengambil alih pucuk pimpinan Pas. Dan saya yang ketika itu baru menjadi pemberita di harian National Echo (mendiang) turut berpandangan begitu. Bos saya ketika itu, Datuk Sophie (bapa kepada Nordin Sophie), memberitahu saya bahawa Anwar akan menyertai UmMNO. “Saya tidak percaya,” jawab saya kepada Datuk Sophie. Anggapan saya ketika itu, sebagai anak muda baru keluar ITM, adalah setiap pemimpin muda yang idealis tidak akan menyertai kerajaan. Kalau menyertai kerajaan ia telah dibeli. Anwar Ibrahim tidak boleh dibeli. Kalau dia ingin menyertai kerajaan dia telah menerima tawaran Tun Abdul Razak sebaik sahaja dia lulus dari Universiti Malaya.
Read more ...

Jawapan Ringkas Saya Tentang Sumpah

Penjelasan ini juga kepada Mamat dan 2kali5, yang membuat komen di blog saya.
Anda berdua perlu dengar jawapan dari ulama Umno dulu kalau nak faham tentang “Sumpah Mubahalah” yang disebut oleh 2-kali5 ayat 61 dari Surah Ali-Imran, bahkan ayat-ayat sebelumnya yakni 58-60.
Kalau tak ada dah ulama dari Umno yang boleh jawab tolong tanya dari ulama yang benar-benar ulama seperti Mufti Perlis atau bekas Mufti Perlis.
Kalau tak dapat juga dari sumber mereka, baru saya rasa terpanggil untuk mendidik kamu berdua tentang “Sumpah Mubalahah”.

Paling penting ialah Kena faham sunguh-sungguh (i) bila dan (ii) atas sebab apa, sumpah Mubahalah ini boleh digunakan.

Dalam jenis pertikaian yang bagaimanakah “Sumpah Mubahalah” di haruskan bahkan mungkin sebagaimana satu cara dan kaedah “muktamad” bagi menyelesaikan pertikaian dan dakwaan yang saling bertentangan antara dua (2) kelompok seperti yang menjadi sebab Asbab AnNuzul – atau sebab diturunkan penerangan dan kaedah yang diberi Allah SWT bagi menyelesaikan dakwaan antara kaum seorang pendita dari kaum Najran (Kristian) yang mengaku lebih awal lagi Islam dari RasulAllah dan sahabat-sahabat Baginda.

Lalu disyari’atkan oleh Allah SWT ketika itu untuk kedua-dua pihak memanggil anak-anak, isteri-isteri dan diri-diri mereka sendiri, kedua-dua pihak melakukan Sumpah Mubalahah kerana pertikaian ahlil baatil (golongan yang sesat yang berdebat dengan Nabi ini) hanya akan berterusan (kerana kedegilan mereka) dan hanya dapat ditenangkan dengan kedua pihak saling bersumpah.

Dalam Asbab Nuzul tadi, oleh kerana bila ahlil baatil (golongan yang sesat) ingin terus menerus berdebat dengan Nabi walaupun hujjah mereka telah dipatahkan semuanya, Islam mengharuskan MUBAHALAH ini demi menyelesaikan itu perdebatan mereka dengan menyerahkan kepada ALLAH SWT untuk menimpa azab kepada pihak yang menipu.(dapat diputuskan dan dimuktamadkan secara begitu kerana tidak ada nas (nusus) dan kaedah lain bagi memuktamadkan pertikaian tersebut dan ruang penghakiman mengikut lunas-lunas Syari’at.

Maka apabila anda faham apa itu sumpah MUBAHALAH, maka anda akan tahu bahawa sumpah mubahalah dalam mensabitkan kesalahan JENAYAH adalah suatu yang BID’AH dan tidak ada dalam ISLAM dan tidak diperakui pun di mahkamah syariah negara kita.

Mubahalah adalah dalam PERDEBATAN ILMU!! dan bukan pertuduhan JENAYAH.
Dalam Jenayah Islam, hanya satu cara, Nabi SAW bersabda ‘Bagi pihak yang menuduh DATANGKAN bukti, dan bagi yang tertuduh menafikannya dengan sumpah.

Juga ada pandangan yang mengatakan MUBAHALAH hanya berlaku antara orang Islam dan bukan Islam.
Namun dalam pertuduhan yang dibuat oleh 3 peribadi yang menggelarkan diri mereka itu Datuk T (ada yang kata Trio atau Tipu atau Temberang), tuduhan JENAYAH dibuat terhadap seorang lain dan pertuduhan ini juga melibatkan salah satu daripada MAQASID ISLAM yang lima, iaitu ‘Penjagaan Maruah’.

Seharusnya mereka mengikut hukum syara’ dengan menyokong pertuduhan mereka dengan BUKTI. Ini yang dituntut Islam. Setiap pertuduhan haruslah dengan bukti kerana hikmah yang sangat besar disebalik itu.
Jika Islam memberi ruang kepada mereka yang menuduh (terutama) Jenayah dengan hanya sekadar bersumpah, umat Islam akan hancur lebur dan kacau bilau dengan semua pihak yang bergaduh akan mula menuduh jenayah zina, liwat dsb dengan hanya bersumpah.

Ini salah faham yang sangat besar yang perlu diperjelaskan. Majoriti ulama keseluruhannya bersetuju bahawa dalam kes jenayah, pertuduhan hanya dengan bukti dan jika MALAH dalam KES pertuduhan zina, ada implikasi yang sangat besar jika mereka tiada bukti.

Mereka yang menuduh boleh sabit dengan kesalahan jenayah QAZAF!!! di Mahkamah Syariah.Sebenarnya, kes ini sekaligus telah membabitkan lontaran tuduhan zina terhadap seorang peribadi Muslim yang berkeluarga (muhsanat) dan memberi erti telah menginvokasi dosa dan JENAYAH ‘Qazaf’ (yang dibolehkan mereka dirotan 80 kali!) andainya peribadi Trio terbabit tidak mendatangkan bukti yang dituntut Syar’iat Allah SWT yang telah pun diqanunkan menjadi undang-undang Islam (Surah AnNur:4) yakni 4 saksi.
Sumpah Mubalahah bagi menyelesaikan masalah ini sesungguhnya memang tidak boleh digunakan kerana
tiada asas dalam nas dan boleh menimbulkan kacau bilau (chaos) dalam masyarakat umat Islam.
Hanya dengan cara penghakiman dan pembuktian di mahkamah syariah sahaja dibolehkan pertuduhan sebegini dibuat.

Trio ini harus ke mahkamah kalau benar-benar ada bukti kerana tidak cukup dengan ke masjid, bersembahyang sunat dan bersumpah di hadapan kamera.

Masyarakat juga harus diperjelaskan bahawa Mubahalah tidak boleh digunakan dalam kes Jenayah khususnya.

By : Anwar Ibrahim
Read more ...

Desak Sumpah Balas : Jelas Langgar Prinsip Maqasid Syariah

Eskay telah bersumpah laknat dalam mendakwa Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video seks yang telah tersebar. Ramai tokoh- tokoh agama di Malaysia yang terlupa ingin menyebut hukum qazaf, tetapi lebih seronok menyebut “sumpah balas” dari Anwar Ibrahim.

Sepatutnya, mereka perlu mengeluarkan kenyataan mendesak agar pihak mahkamah syariah mengambil tindakan terhadap Eskay atas kesalahan Qazaf. Ini kerana, tuduhan secara terang itu terpancul dari mulut Eskay dengan menyebut Nama Anwar Ibrahim.

Sumpah tidak semestinya menentukan benarnya dakwaan tersebut, tetapi dalam syariah, kebenaran itu melalui saksi seramai empat orang lelaki yang adil, yang tidak melakukan dosa kecil dan dosa besar.
Disamping saksi tersebut melihat dengan mata kepalanya sendiri, bukan melalui video atau CCTV. Bersumpahnya Eskay itu, tidak menyebabkan tergugurnya kewajipan bagi dirinya mendapatkan empat orang saksi. Malahan, dia menyebut nama Anwar Ibrahim disamping bersumpah itu merupakan bukti kukuh bagi mahkamah syariah menangkap Eskay untuk dihadapkan mahkamah atas kesalahan Qazaf.

Tindakan menyuruh Anwar Ibrahim membalas sumpah tersebut merupakan satu perkara yang salah. Ini kerana, ia mampu menghapuskan kandungan maqasid syariah yang terpenting juga, iaitu menjaga maruah. [Sebilangan besar ulama mengatakan penjagaan maruah ini termasuk dibawah penjagaan keturunan, tetapi Al-Qurafi dalam kitab al-Furuq menyatakan penjagaan maruah itu adalah satu kandungan maqasid yang keenam]

Ada pihak menyatakan dengan cara bersumpah balas dapat menjaga maruah Anwar Ibrahim seperti yang dikehendaki oleh kandungan Maqasid Syariah. Kenyataan ini jika dilihat dari lapisan yang nipis, akan dianggap sebagai benar. Tetapi jika dihayati secara mendalam, ia merupakan perkara yang salah dan boleh disifatkan sebagai mewujudkan perkara baru dalam agama, atau diistilahkan sebagai bidaah.

Ini kerana, dalam maqasid syariah, tidak boleh melakukan satu tindakan dengan tujuan untuk menghilangkan satu kemudharatan, boleh melahirkan kemudharatan yang lain. Dengan maksud, sekiranya Anwar Ibrahim tetap bersumpah juga, ia akan mendatangkan implikasi yang cukup buruk selepas dari itu. Iaitu, implikasi bahawa amat mudah berlaku kejadian tuduhan zina, penjenayah mampu mengelak diri dengan semata-mata bersumpah, hukum qazaf akan jadi hukum yang tidak relevan lagi di minda rakyat Malaysia dan banyak lagi.
Ada pula pihak mendakwa dibenarkan tindakan Anwar Ibrahim bersumpah balas itu dengan merujuk
kepada hadis kisah Ifk, iaitu Peristiwa fitnah zina yang berlaku ke atas Sayyidatuna Aisyah. Ini kerana, ketika Rasulullah SAW bersoal jawab dengan Aisyah bagi mendapatkan kepastian tentang apa yang dituduh.
Bermaksud :
“Lalu Rasulullah SAW keluar sehingga sampai ke rumah Abu Bakar dan menemui Aisyah. Baginda berkata : Wahai Aisyah, jika kamu telah melakukan perkara ini katakan padaku supaya aku memohon keampunan kepada Allah bagi kamu. Lalu Aisyah menjawab : Demi Allah aku tidak akan sekali-kali memohon keampunan Allah kerananya, jika aku telah melakukannya, tiada keampunan Allah bagiku, aku tidak dapati diriku dan diri kamu semua kecuali seperti yang berlaku kepada bapa Yusuf (sambil membaca surah Yusuf ayat 86)”

Perlu diperlu diperhatikan pada hadis ini, bahawa sumpah yang dilakukan oleh Aisyah bukan merujuk kepada bersumpah untuk nafikan tuduhan fitnah, tapi ia tidak mahu memohon keampuan kepada Allah.
Jadi, dakwaan boleh bersumpah balas itu dengan merujuk kepada hadis ini adalah salah dari sudut pengadaptasiannya. Malahan, ia merupakan tindakan yang tidak cermat dalam merungkai perkara syariah.

Sekian

Wallahu ‘Alam
Read more ...

Panas : Kes Liwat 2, Seluruh Dunia Memerhati Malaysia Esok

Berpuluh-puluh pemerhati asing termasuk wartawan media cetak dan elektronik agensi berita dari seluruh pelusuk dunia akan berkampung di kamar bicara Mahkamah Tinggi Jalan Duta esok.

Antara pemerhati yang bakal hadir termasuk dari Australia, Sepanyol, Finland, Perancis, United Kingdom, Bahrain, Qatar, Jordan, Afrika Selatan, India, Pakistan, Jepun, Kanada, Jerman, Sweden dan Amerika Syarikat.

Kebanyakan mereka sudah tiba kelmarin dan mereka mewakili negara masing-masing bagi memerhatikan dengan lebih jelas keputusan hakim yang dilantik Gani Patail, Zabidin Mohd Diah, mengemudi dan membuat keputusan sama ada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim patut atau tidak membela diri.

Seandainya Zabidin menolak bukti-bukti yang dikemukakan pasukan pendakwaan yang diketuai Yusof Zainal Abiden, Anwar tidak perlu berkata apa-apa melainkan keluar dari kamar dengan senyuman.

Tetapi jika Zabidin menerima bukti pendakwaraya, Anwar diberi TIGA pilihan iaitu:

1) Bersumpah dari kandang tertuduh menafikan dakwaan yang dikenakan ke atasnya

2) Menjawab dakwaaan pendakwaraya. Jika ini pilihan Anwar, testimoni yang dikemukakannya tidak boleh dicabar langsung atau disoal balas seperti mana sesi soal jawab terdahulu

3) Berdiam diri di kandang tertuduh tanpa menyatakan sepatah pun perkataan

Penganalisis politik meramalkan Anwar tidak akan terlepas begitu saja dan Zabidin akan menawarkan TIGA pilihan kepada Anwar seperti di atas.

Dan kebanyakan dari mereka akan memilih pilihan KEDUA kerana Anwar akan sedaya upaya menjawab segala pertuduhan yang dikenakan termasuk bukti-bukti yang bercanggah di antara saksi pendakwa, Saiful Bukhari Azlan dengan pasukan pendakwanya sendiri.

Antaranya:

1) Sela masa Saiful keluar masuk dari unit kondominium yang bersebelahan di mana Anwar ketika itu mengadakan mesyuarat dengan beberapa orang, dinyatakan antara jam 3.01 hingga 4.30 petang, padahal kelibat Saiful tidak lagi kelihatan selepas jam 2.47 petang mengikut rakaman kamera litar tertutup (CCTV). Tambahan lagi, keadaan emosinya seperti biasa dan langsung tidak menunjukkan tanda-tanda diliwat (resah, murung, banyak diam) dan sebagainya

2) Kamera litar tertutup (CCTV) yang hanya memfokus imej Saiful di dalam lif dengan beza masa lewat LIMA minit dari waktu sebenar (real-time) dan juga keterangan berdolak-daliknya tentang apa yang dilakukan sebelum kununnya Anwar meliwatnya


3) Polis tidak mengambil keterangan pemilik unit kondominium, Hassanuddin dan isterinya sebagai sebahagian daripada bukti di mahkamah kerana sekiranya kedua-dua mereka dipanggil tampil sebagai saksi, kes Anwar ini sudah lama berkubur! Hassanuddin dan isterinya antara orang yang bersama Anwar ketika perbincangan sedang dibuat.

4) Keterangan penyiasat polis Jude Periera dan doktor yang memeriksa anus Saiful sering bercanggah hinggakan pada satu ketika, Dr Razali Ibrahim dan Dr Shiew Siew Fung tidak mahu langsung merujuk nota perubatan tulisan tangan mereka sendiri walaupun didesak ketua pasukan peguambela Karpal Singh dan Sivarasa Rasiah, sebaliknya hanya merujuk laporan perubatan yang disyaki telah disediakan Jude Periera terlebih dahulu sebagai bukti keterangan perubatan

5) Pakar kimia, Dr Seah Lay Hoong tidak menjawab secara spesifik pertanyaan yang dikemukakan Karpal berhubung analisis DNA yang dilakukan di makmal Jabatan Kimia, Petaling Jaya termasuk tatarajah standard (standard configuration) ke atas alat-alat yang digunakan untuk menganalisis sampel tersebut, menurut piawaian antarabangsa oleh WHO

6) Yusof Zainal Abiden seolah-olah memaksa Zabidin menerima TIGA sampel yang dirampas (tuala Good Morning, berus gigi dan botol air mineral) di sel Anwar ditahan semalaman di IPK Kuala Lumpur di Jalan Hang Tuah, padahal ia langsung tidak relevan dengan keterangan bahawa Saiful mendakwa Anwar meliwatnya di unit kondo (pasti ada sampel yang sepatutnya ditemui di tempat kejadian, bukannya diambil di lokap polis)!

Perbicaraan liwat fasa dua yang sudah memakan masa lebih daripada 50 hari ini akan menentukan sama ada kredibiliti dan integriti sistem kehakiman negara berada di tahap mana sebenarnya.

Nasihat saya, janganlah terlalu berharap Anwar akan dibebaskan dengan begitu mudah kerana "mainan" konspirasi Najib Altantuya yang dinasihati perunding Zionis, APCO Worldwide, tidak akan duduk diam menghambat Anwar hingga ke titisan darah yang terakhir.

Pesan saya cuma satu, berdoalah kita malam ini agar bukan setakat Anwar Ibrahim dikembalikan keadilannya, bahkan sesiapa saja yang teraniaya di dunia ini, amin...

JALAN PULANG

Esok Penentukan Kes Fitnah Ke-II Ketua Pembangkang

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan memutuskan esok sama ada menerima hujah-hujah pendakwaraya dan memanggil Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim untuk membela diri atas tuduhan liwat kali kedua yang berasaskan keterangan pengadu yang rapuh dan bukti-bukti DNa yang cukup mencurigakan.

Hakim Mohamad Zaibidin Diah mempunyai pilihan membebaskan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu jika menolak bukti-bukti itu yang membabitkan keterangan-keterangan saksi yang sering bercanggah khususnya yang diberikan oleh pengadu Saiful Bukhari Azlan.

Sekiranya dipanggil membela diri, Anwar mempunyai tiga pilihan.

Pertama, beliau bersumpah dari kandang saksi dan menjawab tuduhan terhadapnya.

Kedua, Anwar menjawab dari kandang dituduh.

Jika ini berlaku, maka testimoni Anwar tidak boleh disoal balas.

Akhirnya, pilihan ketiga ialah untuk beliau berdiam diri.

Semua mata sudah tentu akan tertumpu kepada keputusan Hakim Zabidin terhadap tuduhan tersebut - yang kedua dihadapi Anwar dalam satu jangka waktu kurang daripada 15 tahun.

Pemerhati asing dari Amerika Syarikat, Australia, Britain, Kanadia, Jerman, Finland dan Sepanyol sentiasa hadir di mahkamah mengikuti perbicaraan Anwar.
Read more ...