13 Oktober 2011

AC Mizal buka kedai serbaneka M7

Selepas isu perniagaan gelang magnetik beliau tidak selesai sehingga hari ini, AC Mizal nampak tidak serik untuk memulakan perniagaan baru.

kedaiserbanika ac mizal AC Mizal buka kedai serbaneka M7
Kedai serbanika AC Mizal m7
Kini AC Mizal kembali ke dalam bidang perniagaan dengan model yang baru dengan perniagaan kedai serbaneka.
Bersama AC Living Large, AC Mizal membuka satu cabang perniagaan lain dengan memperkenalkan pakej untuk rakan niaga membuka kedai serbaneka yang di’beri nama M7.

ac mizal dengan kedai m7 AC Mizal buka kedai serbaneka M7
AC Mizal di hari pembukaan kedai serbanika m7
Jika ada sesiapa yang berminat boleh ke ac-living-large dan  twitter.c datoacmizal untuk maklumat lanjut.
Read more ...

Lan A To Z bakal berkahwin dengan Siti Nur Ain pada 11.11.11

Selepas tiga tahun bersendirian, penyanyi Norazlan Abdul Aziz, 42, atau Lan A To Z akhirnya memilih untuk berkahwin dengan Siti Nur Ain Daud atau Ain, 24, dari Dengkil, Selangor.
lan a to z bersama ain Lan A To Z bakal berkahwin dengan Siti Nur Ain pada 11.11.11
Lan bersama Ain membuat persiapan perkahwinan mereka
Lan berkata majlis akad nikah mereka akan berlangsung di Masjid Kuala Kubu Bharu pada 11 November dan majlis kenduri akan diadakan keesokannya di Kelab Kebajikan Dan Sosial Tun Teja Malaysia (KKDSTTM) yang menaja sepenuhnya majlis itu.Majlis mengikut tradisi Melayu sepenuhnya dalam perkahwinan yang bertemakan Pembentukan Tradisional Melayu dengan menjemput ramai tetamu termasuk orang kenamaan.

Kata Lan, Ain dikenalinya sejak tiga tahun lalu selepas bekas isterinya, Marcella Casissi Shariff atau Cella meninggalkan dia untuk kembali ke sisi keluarganya di England bersama tiga anak mereka.

“Ain hadir menjalani ujibakat menyanyi di studio di Gombak dan dari situlah saya tertambat hati dengannya. Saya dapat merasakan kuatnya ikatan antara kami dan selepas itu barulah saya mulakan langkah mendekati ibunya. Daripada situlah bermulanya hubungan kami,” katanya.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Darjat dan Itik Gembo-Gembo ini berkata, Ain membantu membuka matanya untuk berkahwin. Bagaimanapun dia lambat membuat keputusan kerana serik dan takut dengan kegagalan rumah tangga lalu. Lan juga mengesahkan ikatan perkahwinan dengan Marcella berakhir secara baik baru-baru ini.

“Cella pulang seorang diri ke Malaysia awal tahun ini untuk selesaikan kes kami. Hubungan kami sekarang hanya sebagai kawan serta ibu bapa terhadap Puteri Nur Aqmar,11, Puteri Nur Syafiqah, 10, dan Puteri Nur Farhana, 4 tahun.
lan a to z kawin kali kedua Lan A To Z bakal berkahwin dengan Siti Nur Ain pada 11.11.11
Gambar bakal isteri Lan A To Z(Siti Nur Ain Daud)
“Dia juga suruh saya bina hidup baru dan saya maklumkan kepadanya mengenai perkahwinan ini. Insya-Allah kalau ada rezeki saya bercadang nak temukan Ain dengan anak-anak di England nanti, sebelum itu anak-anak akan berkenalan dengan Ain melalui skype sebelum bernikah”, katanya.
Read more ...

Penyanyi Saida sah cerai-tebus talak RM1,000

Penyanyi Saida atau Siti Nursaida Tarudin,35, dan suaminya Mohd Ghazali Yahya Zikri,40, sah bercerai dengan talak satu pada Jumaat di Mahkamah Rendah Syariah di sini selepas 15 tahun hidup bersama.

Kakak kepada penyanyi Datuk Siti Nurhaliza itu menebus talak dengan bayaran RM1,000 pada prosiding tersebut.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Siti Nurunnyssa, 14, Anas, 12, Khalid, 8, dan Siti Nurul Mashitah, 5 tahun.
Read more ...

RENUNGLAH : KENAPA ALLAH BUAT NERAKA?




Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para-para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidakmampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, ".....lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya,takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka ? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan MahaPenyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung.. Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga.

Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka takada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:"perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. 
 
Read more ...