30 Ogos 2011

5 golongan mati syahid

1) Mati akibat sakit perut

orang yang meninggal dunia kerana sakit perut. sakit perut termasuk wanita yang hamil dan meninggal disebabkan kehamilannya. kesakitan perut dalam syariah iaitu mulai dari bawah leher sampai di atas faraj. maka usus, jantung dan paru-paru, semua itu termasuk penyakit perut. mereka yang mati kerana sakit tersebut termasuk dalam golongan mati syahid.

2) Mati kerana wabak taun

wabak taun adalah wabak penyakit demam yang menyerang sesebuah negara dan ribuan rakyat di negara tersebut mati. kalau wabak taun menyerang, akan kelihatan jenazah bergelimpangan di jalanan. Rasullah SAW menyifatkan mereka itu mati syahid.

3) Mati lemas/tenggelam/terbakar

maksudnya syahid yang dirinya tidak dihisab oleh Allah SWT. umpamanya mereka ini mati seolah-olah dibunuh oleh keadaan, bukan disengajakan atau wafat dalam keadaan sihat walafiat kemudian terlantar di katil disebabkan sakit yang terdapat di perut atau kerana terbakar, kerana tenggelam dan kerana terkena runtuhan tanah.

4) Terbunuh oleh alam

disebabkan oleh bencana alam seperti gempa bumi, banjir, ribut taufan, puting beliung dan seumpamanya yang bukanlah sesuatu yang disengajakan. ia datang tanpa diundang.

5) Berjihad fi sabilillah

mereka yang terkorban kerana peperangan untuk menegakkan keagungan agam Islam.

“Ketika di dalam syurga kelak, golongan ini bagaikan burung-burung hijau yang rezekinya diberikan oleh Allah SWT”
Read more ...