05 Mei 2011

Watak Osama akhirnya dimatikan


Mengejutkan…Pengasas dan pemimpin rangkaian Al-Qaeda Osama bin Laden dilaporkan telah terbunuh dalam satu serangan Amerika Syarikat (AS) di Islamabad, Pakistan.

Berita “kematian” Osama tersebut telah disahkan oleh Presiden Barack Obama yang membuat pengumuman tersebut secara langsung ke seluruh dunia pagi ini iaitu sekitar jam 11.30 waktu Malaysia

Menurut Obama;

“Malam ini (waktu Washington), saya boleh melaporkan kepada rakyat Amerika dan dunia bahawa AS telah mengadakan satu operasi yang membunuh Osama bin Laden, pemimpin Al-Qaeda, dan seorang pengganas yang bertanggungjawab ke atas kematian beribu-ribu orang yang tidak berdosa.”


Jenazah Osama yang menjadi buruan AS sejak lebih satu dekad lalu ditemui di sebuah rumah besar di ibu negara Pakistan selepas dipantau sejak tahun lalu.

Kata Obama, sejurus selepas mengambil alih jawatan presiden pada Januari 2009, beliau telah mengarahkan Pengarah CIA Leon Panetta untuk menjadikan penangkapan atau pembunuhan Osama sebagai keutamaan perang mengatasi Al-Qaeda.

“Kemudian pada Ogos lalu, selepas kerja penat bertahun-tahun oleh komuniti risikan kita, saya diberi taklimat mengenai kemungkinan tangkapan Osama. Ia jauh daripada kepastian. Dan, ia mengambil masa berbulan untuk mengadakan operasi ini.

“Saya berulang kali bertemu dengan pasukan keselamatan saya ketika kami menghimpunkan lebih banyak maklumat mengenai kemungkinan bahawa kami telah mengesan tempat perlindungan Osama di satu kawasan dalam Pakistan.”

 
Kemudian pada minggu lalu, kata Obama, beliau pasti bahawa AS mempunyai maklumat secukupnya untuk mengambil tindakan dan telah memberi kelulusan bagi operasi membawa Osama ke muka pengadilan.

Kata Obama;

“Hari ini, atas arahan saya, AS melancarkan opersi yang disasarkan ke atas kawasan di Abad Abad, Pakistan,”

“Selepas kejadian tembak-menembak, mereka membunuh Osama dan memperoleh jenazahnya.”

Memang HEBAT Presiden Obama…TABIK !

Sehebat-hebat bekas Presiden Presiden George W. Bush tidak dapat menangkap apatah lagi membunuh Osama. Bush telah berulang kali tertekad untuk membawa Osama, yang dilabel sebagai dalang peristiwa 11 September, sebelum tamat tempoh perkhidmatannya pada Januari 2009.

Selain serangan 11 September, Osama juga dipertanggungjawabkan sebagai dalang serangan bom ke atas Kedutaan Amerika di Kenya dan Tanzania pada 1998 dan ke atas kapal perang USS Cole di Yemen dua tahun kemudian.

Laporan itu juga menyebut ia dilihat satu pencapaian besar bagi pentadbiran Obama yang menggantikan Bush pada awal 2009 dan pasukan keselamatan kebangsaannya.

Soalnya ialah, mengapa baru sekarang Osama dapat diburu dan dibunuh ? Adakah setelah seluruh dunia dibocorkan dengan KEPALSUAN Osama serta Al-Qaedanya…maka watak Osama perlu dimatikan…semudah filem Hollywood.

comments: 0