06 Jun 2011

Pripyat Bandar Mati Akibat Nuklear

Bandar Pripyat, Ukraine ini adalah sebuah bandar yang telah ditinggalkan dan dikosongkan. Semuanya gara-gara insiden kemalangan yang berlaku di Pusat Janaan Kuasa Nuklear Chernobyl pada April 1986. Seluruh alam sekitar telah tercemar dengan kesan radioaktif dan pada manusia pula walaupun sudah beberapa generasi namun kesannya masih lagi tidak hilang sepenuhnya.

Pihak berkuasa tempatan telah mengarahkan pengosongan bandar Pripyat ini dalam masa satu hari selepas kejadian itu berlaku. Disebabkan pencemaran itu masih ada maka sehingga ke hari ini Bandar itu ditinggalkan tanpa berpenghuni. Seolah-olah
seperti bandar berhantu, binaan yang banyak tapi tidak berpenghuni.
Ukrain bercadang untuk menjadikan lokasi bencana nuklear terburuk di dunia sebagai kawasan pelancongan kepada umum tahun depan. Zon yang dikurung sekitar Chernobyl akan dibuka dalam radius 30 batu untuk membolehkan pelancong melihat sendiri kawasan yang telah musnah akibat letupan nuklear dari kilang nuklear di Chernobyl. Selain bandar Chernobyl bakal dijadikan tempat pelancongan utama, kawasan bandar Pripyat juga bakal menerima pelancong walaupun bandar itu kini telah ditinggalkan akibat bencana yang berlaku. Sepanjang pelancong melawat kawasan sekitar, pelancong diminta untuk bergerak dalam kumpulan demi menjaga keselamatan pelancong. Wujud syarikat yang ingin menjalankan perkhidmatan melancong ke daerang larangan,namun demikian kerajaan Russia tidak membenarkannya kerana itu kawasan haram dan melawat ke kawasan tersebut tidak dapat menjamin keselamatan pelancong. Rancangan pelancongan ke kawasan ini disokong oleh pegawai PBB kerana pelancongan ke Chernobyl boleh membantu pengajaran penting dalam keselamatan nuklear.

Penduduk diarahkan untuk mengosongkan rumah dan tidak perlu membawa apa-apa kerana mereka diberitahu tempoh darurat hanya sementara. sebaliknya, sehingga kini, setelah berpuluh tahun, kota tersebut masih menjadi kota mati. Stesen Janakuasa Chernobyl terletak di Pripyat, Ukraine ialah sebuah stesen janaelektrik yg menggunakan tenaga nuklear, mempunyai 4 reaktor yg berkeupayaan membekalkan 1000 MegaWatt tenaga elektrik setiap satu

Pada 26 April 1986 kira-kira pukul 1:23 pagi waktu tempatan, kegagalan reaktor 4 di stesen tersebut menyebabkan terjadinya bencana nuklear terburuk dlm sejarah, membunuh lebih dari 50 penduduk termasuk kanak-kanak dan pekerja, 300 000 lagi terpaksa berpindah dan lebih 600 000 disyaki terkena dedahan radiasi

Sehingga ke hari ini, daerah chernobyl telah ditinggalkan sejak bencana tersebut berlaku..


VL sertakan gambar-gambar pemandangan sekitar Pripyat di bawah ini :

comments: 0