Selepas tiga tahun bersendirian, penyanyi Norazlan Abdul Aziz, 42, atau Lan A To Z akhirnya memilih untuk berkahwin dengan Siti Nur Ain Daud atau Ain, 24, dari Dengkil, Selangor.
Lan bersama Ain membuat persiapan perkahwinan mereka |
Kata Lan, Ain dikenalinya sejak tiga tahun lalu selepas bekas isterinya, Marcella Casissi Shariff atau Cella meninggalkan dia untuk kembali ke sisi keluarganya di England bersama tiga anak mereka.
“Ain hadir menjalani ujibakat menyanyi di studio di Gombak dan dari situlah saya tertambat hati dengannya. Saya dapat merasakan kuatnya ikatan antara kami dan selepas itu barulah saya mulakan langkah mendekati ibunya. Daripada situlah bermulanya hubungan kami,” katanya.
Penyanyi yang popular menerusi lagu Darjat dan Itik Gembo-Gembo ini berkata, Ain membantu membuka matanya untuk berkahwin. Bagaimanapun dia lambat membuat keputusan kerana serik dan takut dengan kegagalan rumah tangga lalu. Lan juga mengesahkan ikatan perkahwinan dengan Marcella berakhir secara baik baru-baru ini.
“Cella pulang seorang diri ke Malaysia awal tahun ini untuk selesaikan kes kami. Hubungan kami sekarang hanya sebagai kawan serta ibu bapa terhadap Puteri Nur Aqmar,11, Puteri Nur Syafiqah, 10, dan Puteri Nur Farhana, 4 tahun.
Gambar bakal isteri Lan A To Z(Siti Nur Ain Daud) |
comments: 0
Catat Ulasan