A. THAIVEEGAN (tengah) melihat dadah jenis syabu yang disorokkan di dalam beg pakaian pada sidang akhbar di Shah Alam semalam. |
SHAH ALAM – Cubaan sindiket pengedaran dadah menggunakan pelembap bibir untuk menyeludup masuk bekalan syabu gagal apabila seorang wanita Nigeria ditahan polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dekat sini baru-baru ini.
Ketika ditahan pada 17 September lalu, wanita berumur 29 tahun yang disyaki ‘keldai dadah’ itu membawa sekotak bungkusan cantik kononnya mahu dijadikan sebagai hadiah.
Namun selepas diperiksa dengan teliti, bungkusan itu mengandungi 600 batang pelembap bibir berisi dadah jenis syabu seberat kira-kira tiga kilogram (kg) bernilai RM750,000.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan berkata, suspek yang tiba dari Doha, Qatar ditahan di KLIA pada pukul 11.30 malam selepas polis curiga dengan kotak yang dibawanya di dalam beg.
Menurut beliau, pada mulanya, imbasan ke atas kotak tersebut hanya menemui 600 batang pelembap bibir.
VL : sumber dari kosmoonline...
comments: 0
Catat Ulasan