Baru-baru ini, sebuah rancangan hiburan tempatan telah menyiarkan dakwaan Julia Ziegler yang mengatakan Didie Alias telah memfitnahnya tidur dengan seorang kru produksi ketika penggambaran drama Noktah Erna.
Berhubung perkara itu, sebuah akhbar online tempatan, Mstar telah menemubual Didie Alias dan dia benar-benar terkejut apabila Julia mendakwa dia telah menyebarkan fitnah pada pihak-pihak tertentu.
“Saya tidak tahu langsung tentang cerita itu. Julia yang membuka pekong sendiri tapi kenapa dia perlu mengaitkan nama saya dalam isu terbabit? ujar pelakon dan pelawak popular ini.
Peristiwa ini tercetus daripada penggambaran drama Noktah Erna sekitar dua tahun lepas ketika Didie Alias menjadi pengurus produksi drama itu. Dia amat kecewa apabila apabila penerbit rancangan tidak menapis kenyataan Julia dan menyebabkan cerita itu tersebar walaupun ianya masih tidak sahih lagi.
“Saya perlu bersihkan nama saya dengan tanggapan masyarakat yang ingat perkara tersebut benar, pihak program tersebut sepatutnya tidak menyiarkan muka saya sebelum mendapat kenyataan daripada saya.”
Didie turut menambah, “Peristiwa ini benar-benar menjatuhkan maruah dan kredibiliti saya kerana ia tidak benar.”
Didie Alias akan mengadakan sidang media pada waktu terdekat, kita nantikan penjelasan sepenuhnya dari Didie tidak lama lagi.
P/S : Semalam, Didie Alias turut hadir pada majlis resepsi Norman & Memey di Hotel Mutiara Crowne Plaza, manakala Julia Ziegler pula adalah pengapit Memey Suhaiza. Sedikit kejanggalan disitu.
comments: 0
Catat Ulasan