Ketika dia dilahirkan, iaitu pada minggu ke-15 kehamilan, dan hanya seberat 10.5 ounce, keyakinan ayahnya adalah satu-satunya perkara yang ada di sisi bayinya, Kimberly Mueller.
Dia hanya dibenarkan berada bersama ayahnya selama beberapa saat sebelum dia dibawa pergi oleh doktor. Si ayah, Andreas Mueller ketika itu berbicara dari hatinya.
'Kimberly, you'll make it,' Bisiknya kepada bayi itu.
Kimberly hanya bersaiz seperti sebuah telefon bimbit. Memiliki berat lebih dari 10 ounce ketika dia lahir di Hanover, Jerman - membuatkan dia adalah bayi terkecil di dunia yang masih hidup
Dengan peluang untuk hidup kurang dari 1:1000, setiap hari dia telah berjaya melepasi peringkat genting hidup dengan jayanya.
"Bayi sekecil ini biasanya tidak mempunyai peluang," kata Dr Oliver Moeller, pakar jantung yang merawat nya.
"Kami sangat beruntung bahawa ia hidup seperti kes yang belum pernah saya alami. Dia sangat bernasib baik."
Enam bulan kemudian, Kimberly akhirnya dibenarkan untuk pulang ke rumah keluarganya di Hanover.
comments: 0
Catat Ulasan