29 Ogos 2011

Alhamdulillah..Artis Terkenal Ni Sudah Berubah..

Sebelum ini, ramai yang telah baca kisah hidup Malek Noor yang tidak pernah hidup berlandaskan jalan Islam. Tidak solat, memakan makanan haram termasuk daging khinzir dan meminum arak adalah hal bukan tabu bagi dirinya.

Begitu juga soal kewajipan berpuasa. Malek tidak berasa penting untuk dia berpuasa sedangkan ia adalah rukun Islam yang wajib dilaksanakan oleh semua umat Islam.
Namun selepas mendapat hidayah sekitar usia 46 tahun, kehidupan Malek kini berubah. Dia telah lama meninggalkan segala yang haram dan berusaha menjadi umat Islam yang baik dengan menunaikan sebanyak mungkin kewajipan yang disyariatkan, termasuklah berpuasa di bulan Ramadan.

Kami mahu berkongsi cerita tentang pengalaman puasa bagi Malek Noor yang mengaku tidak pernah berpuasa sepanjang usianya sehingga menjangkau usia tua.
Tahun ini, baru genap 10 tahun Malek Noor berpuasa penuh. Dia tidak malu untuk mengaku hal tersebut walaupun kini usianya sudah menjangkau 55 tahun.

Banyak cerita yang dikongsi Malek tentang keterujaannya berpuasa. Bagi Malek Noor yang baru pulang mengerjakan umrah pada awal tahun ini, nikmat berpuasa tidak boleh ditukar ganti.
"Alhamdulillah, sejak selepas bertaubat, saya masih belum pernah tertinggal satu hari pun puasa. Malah saya juga melakukan puasa sunat seperti puasa enam dan sebagainya. Saya kini berusaha sehabis baik untuk menggantikan semua dosa tidak berpuasa yang pernah saya lakukan dahulu"


Kasih seorang bapa yang jelas terserlah antara Malek dan Amelin.
Mengenang semula proses pertama kali dia berpuasa, Malek Noor sangat teruja untuk melaksanakan ibadat tersebut. Justeru, ia tidak menjadi masalah buatnya untuk memulakan puasa walaupun tidak pernah berpuasa selama lebih 40 tahun sebelum itu.

VL : Alhamdulillah..

comments: 0