05 Jun 2011

Wanita Pedofilia Dihukum 6 Tahun Penjara Kerana Melakukan Hubungan Seks Dengan Kanak-kanak Lelaki Berusia 8 Tahun.

Seorang wanita berusia 29 tahun yang menjalinkan hubungan seksual dengan seorang kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun yang juga teman sepermainan anak perempuannya dijatuhi hukuman penjara 6 tahun atas kesalahan serangan seksual kepada kanak-kanak. Hubungan cinta di antara Tammy Imre dengan kanak-kanak lelaki itu terbongkar apabila ibu kepada kanak-kanak lelaki malang menemui sepucuk surat cinta yang ditulis oleh Tammy kepada anak lelakinya. Antara kandungan surat cinta itu ialah:

“Baby, I love what we did […] behind the tree, that shows me you love me. You know I love you. […] We can do the you-know-what.”

“OK, I’m glad you finally told me why you don’t want me to take those pills. I hope it’s the truth because I don’t want anyone but you! Now tomorrow, it’s supposed to rain. You can come over and do you know what. Love ya! I want you!”

Tammy Imre telah mengaku bersalah atas kesalahan tersebut dan dia dijatuhi hukuman penjara selama 6 tahun, namun selepas perbicaraan dengan mempertimbangkan kondisi mental Tammy, dia dijatuhi hukuman penjara selama 4 tahun sahaja.

Tammy yang juga merupakan bekas setiausaha itu dikatakan mempunyai masalah mental kerana pernah menjadi mangsa rogol dan dia terlalu asyik dengan fantasi seks bersama-sama kanak-kanak itu. Dia mengaku pernah mengadakan hubungan seksual dengan kanak-kanak malang itu. Menurut hakim, perbuatannya itu boleh menjejaskan mental dan masa depan kanak-kanak tersebut. Siasatan polis mendapati anak perempuan Tammy Imre pernah melihat ibunya berbogel dan bercumbuan bersama kanak-kanak lelaki tersebut yang juga merupakan teman sepermainannya.

VL :

ade-ade saje...

comments: 0