07 Jun 2011

Polis tertipu,tembak buaya simen

KANSAS CITY -Polis di Kansas City mendapatkan laporan pada Sabtu malam, laporan tersebut menyebutkan bahawa terdapat seekor buaya besar bersembunyi di kolam,” ujar juru cakap polis Tom Gentry seperti dilapor Reuters, Isnin (6/6/2011).

Para polis pun akhirnya menghubungijabatan haiwan yang memerintahkan untuk menembak buaya tersebut kerana pada ketika itu tidak ada petugas yang boleh membantu.

Seperti yang diperintahkan, seorang polis menembak buaya tersebut, tidak hanya sekali namun dua kali, namun tembakan itu ternyata hanya memantul, kerana buaya tersebut terbuat dari simen.

Pemilik kolam pun akhirnya memberitahu bahawa dia sengaja membuat buaya tersebut untuk menjauhkan anak-anak dari kolamnya, namun ternyata para penduduk yang panik.

comments: 0