17 Mei 2011

Jika Anwar 'pergi'...'roh' perjuangannya tetap bersama kami

Sekelian 'musuh' begitu seronok bila dengar keputusan Mahkamah bahawa ada kesprima facie ke atas Datuk Seri Anwar.

Beliau diperintahkan membela diri dalam perbicaraan bermula dari 6 Jun hingga 30 Jun 2011.

 
Saya tidak berhasrat dan berhajat untuk mempertikaikan keputusan Mahkamah kerana saya tahu dan rakyat terbanyak pun tahu ia adalah satu kesalahan di bawah peruntukan menghina Mahkamah.

Tetapi untuk memaksa rakyat terbanyak mempercayai perbuatan terkutuk itu adalah amat mustahil.

Sebagai ahli PAS dan saya percaya rakyat terbanyak yang berpegang kepada ajaran Islam, selagi tidak didatangi dengan 4 orang saksi yang adil, teramat berat untuk menerima hakikat sebenar.

Dari sudut politik, tarikh 30 Jun 2011 yang menentukan kedudukan sebenar Datuk Seri Anwar samada didapati bersalah atau bebas memberi kesan besar kepada Umno untuk menghadapi PRU13......malah sebelum daripada ini di dalam beberapa siri tuduhan ke atas Anwar, rakyat terbanyak sudah membuat satu mind-set dan jelas Umno tetap dalam kelemasan.

Umno menyediakan siri-siri fitnah yang berpanjangan yang nampak episodnya tidak akan berakhir ke atas Anwar.

Ia hanya akan berakhir samada Anwar meninggalkan dunia yang pasti akan fana' ini atau meninggal alam politik.

Satu persoalan timbul......apakah Pakatan Rakyat akan memberi walk-over sehingga Umno/BN menang dengan hanya berjalan di atas karpet merah walaupun Anwar di 'simpan' ke 'dalam'?

Jika Umno/BN beranggapan begitu, ternyata mereka memang silap kerana perjuangan tetap diteruskan sehingga keadilan ditegakkan di bumi Malaysia tercinta ini.

Jika Umno/BN percaya kepada teori 'lenyap'kan Kepala Kumpulan.....maka ahli dan penyokongnya akan lari bergelimpangan......sesungguhnya Umno/BN hanya bermimpi indah di siang hari, kami di Pakatan Rakyat akan tetap berjuang walaupun ketiadaan Anwar kerana kami yakin 'roh' perjuangan Anwar tetap bersama kami.

comments: 0