22 Mei 2011

Hukuman Keatas Perogol Kanak-Kanak





Tembakan 11 das dilaksanakan ke atas seorang perogol kanak-kanak berumur 8 tahun. Hukuman ini dikatakan dilaksanakan di Yemen. Kelihatan perogol tersebut dibawa ke tempat hukuman iaitu sebuah tempat terbuka dimana ramai yang menyaksikan.

Saya teringat kisah adik Aaliyah Aiman Hussin, kanak-kanak yang dirogol, diliwat dan dibunuh oleh teman lelaki ibunya. Aaliyah berumur 3 tahun semasa kejadian

Kekadang terasa jugak hati saya kalau dapat hukuman macam di Yemen itu dilaksanakan di Malaysia ini, macam kes adik Aaliyah dan banyak lagi kes seumpamanya. Mungkin cara itu dapat menghapuskan jenayah rogol dan seksual terhadap kanak-kanak.

Well, just thinking out aloud.

comments: 0