Soalan;
1. Jika tangan kita kering dan memegang kain kencing yang juga kering, adakah batal wuduk?
2. Jika kita musafir, bolehkah kita buat solat jamak dan qasar jika terlalu sibuk, dan memilih untuk solat biasa jika tidak sibuk?
3. Suami yang hanya mementingkan ibu dan mengabaikan isteri dan anak, katanya tidak mahu menjadi anak derhaka.
Terima kasih.
Jawapan;
1. Masalah pertama tiada kaitan dengan wudhuk. Ia berkait dengan akan menajisi tangan atau tidak? Jawapannya; jika anggota yang menyentuh dan najis yang disentuh, kedua-duanya kering, anggota yang menyentuh najis itu tidaklah dianggap terkena najis kecuali jika tidak nampak apa-apa kesan najis padanya. Jadi, tidak perlulah anggota itu dibasuh sebelum kita menunaikan solat atau melakukan sebarang ibadah yang lain yang mensyaratkan wajib bersuci. Adapun wudhuk, wudhuk tidak batal semata-mata badan bernajis. Bila badan terkena najis, cukup dengan kita mencucinya sahaja tanpa perlu mengulangi ambil wudhuk.
2. Selagi ada sebab yang mengharuskan untuk solat jamak dan qasar, haruslah untuk kita menjamak dan mengqasarkan solat. Menurut mazhab Syafiie, sebabnya ada dua;
A) Safar (perjalanan yang mencukupi 2 marhalah, iaitu kira-kira 90 KM)
B) Hujan (untuk jamak taqdim sahaja)
Adapun mengikut sebahagian ulamak; ada 3 sebab; dua di atas dan ditambah satu lagi;
(C) Kesibukan dan kesulitan (termasuk sakit).
Sama ada solat jamak dan qasar itu dilakukan berterusan atau pada waktu-waktu tertentu, itu tidak menjejaskan rukhsah (kelonggaran) yang diberikan Syariat itu selama sebab yang mengharuskannya masih ada iaitu safar, hujan atau kesibukan/kesulitan (mengikut sebahagian ulamak). Terdapat hadis dari Saidatina 'Aisyah yang menceritakan; "Aku keluar bersama Rasulullah semasa Umrah Ramadhan di mana ada hari aku berbuka (yakni tidak berpuasa) dan ada hari aku berpuasa. Ada ketika aku mengqasarkan solat dan ada ketika aku menyempurnakannya (yakni tidak mengqasarnya). Apabila aku menceritakan kepada Rasulullah apa yang aku lakukan itu, baginda berkata; "Apa yang kamu lakukan itu adakah baik, wahai Aisyah" (HR an-Nasai, ad-Daruqutni dan al-Baihaqi dengan sanad yang baik. Lihat hadis ini dalam; al-Majmu', Imam an-Nawawi, juzuk 4, kitab as-Solah, bab Solat as-Safar dan Nailul-Autar, Imam as-Syaukani, juz 3, kitab as-Solah, Abwab Solat al-Musafir).
3. Ketaatan/kebaikan kepada ibu-bapa dan tanggungjawab sebagai ketua keluarga adalah dua kewajipan yang berbeza yang mesti dilaksanakan kedua-duanya sebagaimana kewajipan solat, puasa, zakat dan sebagainya. Tidak harus melakukan satu dan meninggalkan yang satu lagi. Suami yang berbuat baik kepada ibu bapa tetapi pada masa yang sama ia mengabaikan tanggungjawab kepada keluarga (isteri dan anak-anak) ia berdosa kerana mengabaikan kewajipan Syarak walaupun pada masa yang sama ia mungkin mendapat pahala kerana kebaikan kepada ibu bapanya. Begitu juga jika ia melakukan sebaliknya (yakni menunaikan tanggungjaeab kepada keluarga, namun menderhaka kepada ibu-bapa). Oleh itu, suami mestilah berusaha melaksanakan dua kewajipan yang tertanggung atas bahunya itu dengan sebaik mungkin secara saksama.
Wallahu alam.
♥ Radio Live ♥
♥ My Blog List ♥
-
-
-
Salam Pertemuan : Yang Tersurat Dan Yang Tersirat2 tahun yang lalu
-
-
Awas! Gua Hira ada Penunggu yang lapar!!!4 tahun yang lalu
-
Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.5 tahun yang lalu
-
Perutusan Dari Tun Mahathir5 tahun yang lalu
-
LIVE AJL 345 tahun yang lalu
-
Download NVDA Portable 2019.2.1 dengan add on5 tahun yang lalu
-
Resepi Ayam Masak Kicap Berempah6 tahun yang lalu
-
Menteri DAP Rasis S. Kulasegaran Sila Letak Jawatan6 tahun yang lalu
-
20 MANFAAT VICKS VAPORUB7 tahun yang lalu
-
VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1)9 tahun yang lalu
-
-
Hukum Beri 'SALAM', 'AKUM', 'ASKUM',..'ASKRIM!' - Ustaz Azhar Idrus11 tahun yang lalu
-
Anwar: Seluruh negara Asean harus bantah intipan Amerika11 tahun yang lalu
-
-
-
♥ Blog BN ♥
-
CILI KASI TARUK! BLOG LAGI BAIK DARI FACEBOOK HARAMI4 tahun yang lalu
-
PAU 2019: UMNO MENUJU NARATIF POLITIK BAHARU5 tahun yang lalu
-
RAFIZI RAMLI PUNYA TEORI EKONOMI SETARAF JAMBAN PENUH..10 tahun yang lalu
-
-
♥ Blog PR ♥
-
-
Rupanya Projek LCS Lewat Siap Sejak 2016.2 tahun yang lalu
-
Haram Hukumnya Wanita Mengikuti Senam Aerobic5 tahun yang lalu
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru7 tahun yang lalu
-
Sama tapi serupa!!!8 tahun yang lalu
♥ Followers ♥
Dikuasakan oleh Blogger.
18 Mei 2011
MENYENTUH NAJIS KERING, SOLAT MUSAFIR & SUAMI MENGABAIKAN ISTERI
Labels :
Soal Jawap Agama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Facebook Badge
♥ Labels ♥
- Agama (57)
- VeeNa Post (45)
- Kisah Dunia (39)
- VeeNa Tips (24)
- Soal Jawap Agama (21)
- Gambar Ngeri (20)
- kisah Benar (20)
- Sejarah (18)
- kisah Artis (11)
- Pelik Tapi Benar (10)
- Kisah Kekejaman (9)
- Misteri Jam 12 (7)
- Cerita Panas (6)
- Gosip Terkini (6)
- Personaliti Cinta (6)
- Borak Kosong (5)
- Kisah Ngeri (5)
- Kisah Seram (4)
- Lagenda (4)
- Media Permata Brunei (4)
- Osama Laden (3)
- Video Seram (3)
- Gambar Artis (2)
- Gambar Jijik (2)
- Gambar Seram (2)
- Ghost Hunted (2)
- Video Ganas (2)
- Video Pelik (2)
- Kisah Bola (1)
- Kisah Lucu (1)
- Kisah Tauladan (1)
- Luar Negara (1)
- RAYA 2011 (1)
- Santai-Santai (1)
- VeeNa Memories With SEPADU (1)
- Video (1)
- kisah Seram (1)
♥ Blog Archive ♥
-
▼
2011
(344)
-
▼
Mei
(127)
-
▼
Mei 18
(22)
- INGIN MENGETAHUI TENTANG WANITA?
- 30 PERKARA WANITA YANG TIDAK SEMPAT BAGITAHU LELAKI.
- Penderitaan tiga di Mekah Nabi Muhammad saw
- Penderitaan dua di Mekah Nabi Muhammah saw
- Penderitaan dua di Mekah Nabi Muhammah saw
- SANGGUL TINGGI
- MAKNA MENDERHAKA IBU BAPA
- PENAFIAN SEBAGAI ISTERI DAN UCAPAN SUAMI "DIA BUKA...
- MEMOHON MAAF KERANA MELAKUKAN ZINA
- MENYENTUH NAJIS KERING, SOLAT MUSAFIR & SUAMI MENG...
- ISTERI PERLU PATUH SUAMI ATAU IBU BAPA?
- NAFKAH ISTERI DAN IBU-BAPA; MANA YANG DIDAHULUKAN?
- HUKUM BERCUMBUAN TANPA ZINA
- KADAR NAFKAH SUAMI KEPADA ISTERI
- Hukum isteri orang makan dengan lelaki bujang
- Hukum wasiat organ badan
- Suami Datin Orchid meninggal dunia
- 15 CARA AJAR ANAK BERBUDI BAHASA
- Penderitaan dua di Mekah Nabi Muhammah saw
- 20 Perkara Yang Membuatkan Wanita Benci Lelaki.
- Penderitaan satu di Mekah Nabi Muhammad saw
- 8 Sikap Wanita yang Disukai Lelaki
-
▼
Mei 18
(22)
-
▼
Mei
(127)
♥VeeNa List Blog Popular♥
-
Kejadian ini terjadi di sebuah kota kecil di Taiwan , Dan sempat dipublikasikan lewat media cetak dan electronic. Ada seorang pemuda berna...
-
Monumen-Monumen dan Tempat-Tempat Bersejarah di Negara Brunei Darussalam Jambatan Edinburgh Jambatan Edinburgh adalah mengambil nama ...
-
VL : baik kerja cuci tandas lebih dari mulia dari kerja nih. .so, now what happen with your head?
-
Sebelum ni semua dah tengok gambar orang makan orang kan? Tapi yang tu tak best sebab gambar mayat tu bukan gambar real tapi cuma roti yang...
-
kezaliman terhadap wanita muslim, Iraq detik-detik kezaliman sadis dan zalim gadis Iraq ini baru berusia 14 tahun..dalam usia yg ...
-
VL : Macam biasa,aku tak dapat banyak info pasal kejadian ngeri ni,tapi yang pasti kejadian ini berlaku kerana kemalangan yang...
-
Sultan Omar Ali Saifuddin II Sultan Omar Ali Saifuddien II Jamalul Alam merupakan Sultan Brunei yang ke 23. Baginda merupakan putera kep...
-
(VL : di petik dari blog Mazidul Akmal Sidik...untuk tatapan bersama ) Dilaporkan, 23 April 1992, warganegara Amerika Syarikat berketurunan ...
comments: 0
Catat Ulasan