Memaparkan catatan dengan label Cerita Panas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cerita Panas. Papar semua catatan

17 Mei 2011

Tuduhan Mengaibkan Anwar, Pemimpin UMNO sudah tiada hati perut

"Tuduhan salah laku seks yang mengaibkan maruah Anwar dan seisi keluarga selama 13 tahun seperti isu liwat dan terbaru rakaman video seks berada pada tahap yang tidak terkawal lagi.Semua media cetak dan elektonik yang pro kerajaan berterusan tanpa henti 24 jam mengaib dan manjatuhkan maruah Anwar seisi keluarga pada peringkat yang serendah-rendahnya.

Tindakan tersebut dihalalkan begitu sahaja tanpa langsung menghiraukan larangan Agama Islam bahawa mengaibkan maruah seseorang individu adalah mat berdosa besar. Amat malang sekali golongan alim ulama dan mufti yang cerdik pandai agama seperti terdiam atau mendiamkan diri dengan tindak tanduk pihak pemerintah mengaibkan serta menzalimi Anwar dengan pelbagai tuduhan keji siang malam tanpa henti. Bertambah malang lagi yang melakukan kerja-kerja yang amat bertentangan dengan Islam ini adalah dilakukan oleh tangan-tangan orang Melayu yang sememangnya Islam.Perbuatan terkutuk ini telah merosakkan imej Islam di mata orang bukan Islam.
Agenda utama pihak kerajaan sekarang melalui berbagai institusi yang dikuasa mereka adalah menyerang Anwar secara habis-habisan dengan pelbagai dakyah dan tuduhan keji dan merbahaya.Terbaru difahamkan CD rakaman video seks yang pelakunya mirip Anwar telah disebarkan secara meluas sekali dan paling mendukacitakan masjid iaitu rumah Allah s=telah menjadi sasaran tempat pengedaran CD seks tersebut.Sehingga ke hari ini tidak penegahan tegas dan keras oleh para ulama dan mufti.
Para pemimpin UMNO-BN dengan rasa angkuh dan tanpa segan silu terus mendakwa dan yakin bahawa segala tuduhan salah laku seks terhadap Anwar adalah benar belaka dan begitu dengan tuduhan terbaru rakaman video seks dengan mendakwa mereka yakin pelakunya adalah Anwar.Demi semata-mata mahu menjaga kedudukan jawatan dan pangkat maka mereka sanggup dan merelakan segala penganiayaan dan kezaliman ke atas Anwar yang dulunya adalah sahabat dalam UMNO yang juga bekas bos mereka semasa Anwar menyandang jawatan timbalan presiden UMNO dan timbalan perdana menteri.Sikap mengampu pemimpin atasan dalam menjaga kedudukan dalam parti dan kerajaan membuatkan mereka berubah sikap kepada kebencian yang begitu melampau terhadap Anwar. 
Segala kenangan persahabatan akrab para pemimpin UMNO semasa Anwar dalam parti dinyahkan begitu sahaja dek kerana kebencian berlainan fahaman politik terhadap Anwar.Hanya kerana dendam politik yang tidak terkawal terhadap Anwar maka segala tuduhan dan penganiayaan terhadap bekas bos mereka dianggap halal dan dibenarkan demi kepentingan perjuangan parti.Amat jelas persahabatan dalam UMNO hanya bersandarkan kedudukan pangkat,kuasa dan juga jawatan.3 perkara tersebut menjadi ukuran dalam UMNO dalam bersahabat.Mungkin Anwar telah memperolehi pengajaran yang bermakna terhadap apa yang sedang menimpa beliau selama 13 tahun ini dalam menilai erti persahabatan dalam UMNO.
Tidak ada seorangpun pemimpin UMNO yang melahirkan walaupun hanya sedikit perasaan belas dan simpati terhadap penganiyaan terhadap Anwar yang dizalimi dan diaibkan selama 13 tahun tanpa henti.Malah mereka terus menghalakan serangan dan pelbagai tuduhan terhadap bekas bos mereka. Sikap nilai kemanusiaan  dan timbang rasa langsung sudah tiada dalam diri para pemimpin UMNO terhadap apa yang berlaku ke atas Anwar dan keluarga. Adalah jelas bahawa semua pemimpin UMNO sudah hilang nilai pertimbangan dan tiada hati perut lagi.Yang ada adalah sikap perasaan tamak dan pentingkan diri sendiri terhadap kuasan dan kedudukan.

Ulasan dari Penyokong beliau:
Anwar adalah orang yang berpotensi besar menjatuhkan Umno BN. Andainya Anwar itu orang biasa tidak mungkin beliau akan di aibkan dan di fitnah dengan berbagai fitnah dengan tujuan untuk melemah dan menganggu tumpuan Anwar dan PR bagi menumbangkan Umno BN. Apa pun generasi muda tetap bersama mu Anwar dan seandainya Anwar 'pergi' roh perjuangan mu tetap bersama kami. Lawan tetap lawan.
Read more ...

Perbicaraan Anwar Hanya Sandiwara.

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Lawyers For Liberty menganggap perbicaraan kes Fitnah 2 membabitkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan sandiwara semata-mata untuk memenjarakan pemimpin pembangkang itu. Dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, LFL mengulas keputusan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah yang memutuskan Anwar perlu membela diri dalam kes tersebut.

“Bagaimana hakim boleh membuat kesimpulan pengadu Saiful Bukhari ada kredibiliti dan saksi yang berwibawa bila dia secara serius memberikan keterangan bercanggah dan bukti yang amat mencurigai malah mempunyai hubungan sulit dengan salah seorang pendakwa kes?,” soalnya.

Menurut LFL, Saiful malah memberi keterangan di mahkamah yang dia berjumpa dengan para pegawai kanan polis dan ahli-ahli politik tertinggi Umno, termasuk Perdana Menteri dan isterinya, sebelum membuat laporan polis terhadap Anwar. “Apakah itu tidak cukup untuk mewujudkan satu keraguan munasabah mengenai kes itu?,” soalnya lagi.

“Laporan perubatan dari Hospital Kuala Lumpur pada 28 Jun 2008 menunjukkan tidak terdapat kesan penemuan klinikal penembusan di dubur Saiful dan kesan kecederaan atau luka mempertahan kan diri ditemui pada pengadu itu.

“Tetapi hanya di Malaysia, laporan perubatan sebegitu telah diadakan untuk mewujudkan satu keraguan munasabah dan para doktor kemudian memberi keterangan bertentangan dengan laporan perubatan untuk membabitkan Anwar,” tegasnya.

Tambahnya, dari awal kes lagi pendakwa dan hakim sentiasa menghalang usaha pihak peguam mendapatkan dokumen penting termasuk nota perubatan dan dokumen berkaitan laporan kimia dan DNA. “Bagaimana boleh ini dipanggil satu perbicaraan adil dan bebas?,” ujarnya lagi.

LFL berkata, sistem keadilan jenayah di Malaysia sekali lagi dipergunakan sebagai alat untuk menindas dan menentang politik pembangkang.

“Kes ini menunjukkan contoh jelas ketidakjujuran dan kerjasama antara aparatus negara, kehakiman, polis, peguam negara dan agensi kerajaan seperti Jabatan Kimia dan hospital yang menyalahgunakan pembuktian untuk mensabitkan Anwar dalam apa juga cara,” katanya./KD
Read more ...

16 Mei 2011

Mengenai Anwar Ibrahim



Anwar Ibrahim kini telah memasuki tahap ketiga dalam hayat politiknya. Tahap pertama bermula sebagai pemimpin mahasiswa di Universiti Malaya. Sebagai presiden Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBUM), beliau memperjuangkan perlaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Sebagai presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Anwar mula meniupkan kesedaran Islam di kalangan generasi muda. Gerakan ini diteruskan dengan lebih meluas dengan menubuh dan memimpin selama sepuluh tahun Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Meskipun tapak Anwar adalah Melayu-Islam namun sifat inklusif beliau telah kelihatan dalam kepimpinan beliau sebagai presiden Majlis Belia Malaysia (MBM).

Anwar Ibrahim membuat keputusan decisive dalam tahun 1981. Desas desus adalah beliau akan menyertai Pas. Dan Presiden Pas ketika itu telah memberikan laluan. Semua pimpinan ABIM dan PKPIM tahu gosip tersebut. Dan hampir kesemua meramalkan dan tidak sedikit yang mahukan Anwar mengambil alih pucuk pimpinan Pas. Dan saya yang ketika itu baru menjadi pemberita di harian National Echo (mendiang) turut berpandangan begitu. Bos saya ketika itu, Datuk Sophie (bapa kepada Nordin Sophie), memberitahu saya bahawa Anwar akan menyertai UmMNO. “Saya tidak percaya,” jawab saya kepada Datuk Sophie. Anggapan saya ketika itu, sebagai anak muda baru keluar ITM, adalah setiap pemimpin muda yang idealis tidak akan menyertai kerajaan. Kalau menyertai kerajaan ia telah dibeli. Anwar Ibrahim tidak boleh dibeli. Kalau dia ingin menyertai kerajaan dia telah menerima tawaran Tun Abdul Razak sebaik sahaja dia lulus dari Universiti Malaya.
Read more ...

Jawapan Ringkas Saya Tentang Sumpah

Penjelasan ini juga kepada Mamat dan 2kali5, yang membuat komen di blog saya.
Anda berdua perlu dengar jawapan dari ulama Umno dulu kalau nak faham tentang “Sumpah Mubahalah” yang disebut oleh 2-kali5 ayat 61 dari Surah Ali-Imran, bahkan ayat-ayat sebelumnya yakni 58-60.
Kalau tak ada dah ulama dari Umno yang boleh jawab tolong tanya dari ulama yang benar-benar ulama seperti Mufti Perlis atau bekas Mufti Perlis.
Kalau tak dapat juga dari sumber mereka, baru saya rasa terpanggil untuk mendidik kamu berdua tentang “Sumpah Mubalahah”.

Paling penting ialah Kena faham sunguh-sungguh (i) bila dan (ii) atas sebab apa, sumpah Mubahalah ini boleh digunakan.

Dalam jenis pertikaian yang bagaimanakah “Sumpah Mubahalah” di haruskan bahkan mungkin sebagaimana satu cara dan kaedah “muktamad” bagi menyelesaikan pertikaian dan dakwaan yang saling bertentangan antara dua (2) kelompok seperti yang menjadi sebab Asbab AnNuzul – atau sebab diturunkan penerangan dan kaedah yang diberi Allah SWT bagi menyelesaikan dakwaan antara kaum seorang pendita dari kaum Najran (Kristian) yang mengaku lebih awal lagi Islam dari RasulAllah dan sahabat-sahabat Baginda.

Lalu disyari’atkan oleh Allah SWT ketika itu untuk kedua-dua pihak memanggil anak-anak, isteri-isteri dan diri-diri mereka sendiri, kedua-dua pihak melakukan Sumpah Mubalahah kerana pertikaian ahlil baatil (golongan yang sesat yang berdebat dengan Nabi ini) hanya akan berterusan (kerana kedegilan mereka) dan hanya dapat ditenangkan dengan kedua pihak saling bersumpah.

Dalam Asbab Nuzul tadi, oleh kerana bila ahlil baatil (golongan yang sesat) ingin terus menerus berdebat dengan Nabi walaupun hujjah mereka telah dipatahkan semuanya, Islam mengharuskan MUBAHALAH ini demi menyelesaikan itu perdebatan mereka dengan menyerahkan kepada ALLAH SWT untuk menimpa azab kepada pihak yang menipu.(dapat diputuskan dan dimuktamadkan secara begitu kerana tidak ada nas (nusus) dan kaedah lain bagi memuktamadkan pertikaian tersebut dan ruang penghakiman mengikut lunas-lunas Syari’at.

Maka apabila anda faham apa itu sumpah MUBAHALAH, maka anda akan tahu bahawa sumpah mubahalah dalam mensabitkan kesalahan JENAYAH adalah suatu yang BID’AH dan tidak ada dalam ISLAM dan tidak diperakui pun di mahkamah syariah negara kita.

Mubahalah adalah dalam PERDEBATAN ILMU!! dan bukan pertuduhan JENAYAH.
Dalam Jenayah Islam, hanya satu cara, Nabi SAW bersabda ‘Bagi pihak yang menuduh DATANGKAN bukti, dan bagi yang tertuduh menafikannya dengan sumpah.

Juga ada pandangan yang mengatakan MUBAHALAH hanya berlaku antara orang Islam dan bukan Islam.
Namun dalam pertuduhan yang dibuat oleh 3 peribadi yang menggelarkan diri mereka itu Datuk T (ada yang kata Trio atau Tipu atau Temberang), tuduhan JENAYAH dibuat terhadap seorang lain dan pertuduhan ini juga melibatkan salah satu daripada MAQASID ISLAM yang lima, iaitu ‘Penjagaan Maruah’.

Seharusnya mereka mengikut hukum syara’ dengan menyokong pertuduhan mereka dengan BUKTI. Ini yang dituntut Islam. Setiap pertuduhan haruslah dengan bukti kerana hikmah yang sangat besar disebalik itu.
Jika Islam memberi ruang kepada mereka yang menuduh (terutama) Jenayah dengan hanya sekadar bersumpah, umat Islam akan hancur lebur dan kacau bilau dengan semua pihak yang bergaduh akan mula menuduh jenayah zina, liwat dsb dengan hanya bersumpah.

Ini salah faham yang sangat besar yang perlu diperjelaskan. Majoriti ulama keseluruhannya bersetuju bahawa dalam kes jenayah, pertuduhan hanya dengan bukti dan jika MALAH dalam KES pertuduhan zina, ada implikasi yang sangat besar jika mereka tiada bukti.

Mereka yang menuduh boleh sabit dengan kesalahan jenayah QAZAF!!! di Mahkamah Syariah.Sebenarnya, kes ini sekaligus telah membabitkan lontaran tuduhan zina terhadap seorang peribadi Muslim yang berkeluarga (muhsanat) dan memberi erti telah menginvokasi dosa dan JENAYAH ‘Qazaf’ (yang dibolehkan mereka dirotan 80 kali!) andainya peribadi Trio terbabit tidak mendatangkan bukti yang dituntut Syar’iat Allah SWT yang telah pun diqanunkan menjadi undang-undang Islam (Surah AnNur:4) yakni 4 saksi.
Sumpah Mubalahah bagi menyelesaikan masalah ini sesungguhnya memang tidak boleh digunakan kerana
tiada asas dalam nas dan boleh menimbulkan kacau bilau (chaos) dalam masyarakat umat Islam.
Hanya dengan cara penghakiman dan pembuktian di mahkamah syariah sahaja dibolehkan pertuduhan sebegini dibuat.

Trio ini harus ke mahkamah kalau benar-benar ada bukti kerana tidak cukup dengan ke masjid, bersembahyang sunat dan bersumpah di hadapan kamera.

Masyarakat juga harus diperjelaskan bahawa Mubahalah tidak boleh digunakan dalam kes Jenayah khususnya.

By : Anwar Ibrahim
Read more ...

Desak Sumpah Balas : Jelas Langgar Prinsip Maqasid Syariah

Eskay telah bersumpah laknat dalam mendakwa Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video seks yang telah tersebar. Ramai tokoh- tokoh agama di Malaysia yang terlupa ingin menyebut hukum qazaf, tetapi lebih seronok menyebut “sumpah balas” dari Anwar Ibrahim.

Sepatutnya, mereka perlu mengeluarkan kenyataan mendesak agar pihak mahkamah syariah mengambil tindakan terhadap Eskay atas kesalahan Qazaf. Ini kerana, tuduhan secara terang itu terpancul dari mulut Eskay dengan menyebut Nama Anwar Ibrahim.

Sumpah tidak semestinya menentukan benarnya dakwaan tersebut, tetapi dalam syariah, kebenaran itu melalui saksi seramai empat orang lelaki yang adil, yang tidak melakukan dosa kecil dan dosa besar.
Disamping saksi tersebut melihat dengan mata kepalanya sendiri, bukan melalui video atau CCTV. Bersumpahnya Eskay itu, tidak menyebabkan tergugurnya kewajipan bagi dirinya mendapatkan empat orang saksi. Malahan, dia menyebut nama Anwar Ibrahim disamping bersumpah itu merupakan bukti kukuh bagi mahkamah syariah menangkap Eskay untuk dihadapkan mahkamah atas kesalahan Qazaf.

Tindakan menyuruh Anwar Ibrahim membalas sumpah tersebut merupakan satu perkara yang salah. Ini kerana, ia mampu menghapuskan kandungan maqasid syariah yang terpenting juga, iaitu menjaga maruah. [Sebilangan besar ulama mengatakan penjagaan maruah ini termasuk dibawah penjagaan keturunan, tetapi Al-Qurafi dalam kitab al-Furuq menyatakan penjagaan maruah itu adalah satu kandungan maqasid yang keenam]

Ada pihak menyatakan dengan cara bersumpah balas dapat menjaga maruah Anwar Ibrahim seperti yang dikehendaki oleh kandungan Maqasid Syariah. Kenyataan ini jika dilihat dari lapisan yang nipis, akan dianggap sebagai benar. Tetapi jika dihayati secara mendalam, ia merupakan perkara yang salah dan boleh disifatkan sebagai mewujudkan perkara baru dalam agama, atau diistilahkan sebagai bidaah.

Ini kerana, dalam maqasid syariah, tidak boleh melakukan satu tindakan dengan tujuan untuk menghilangkan satu kemudharatan, boleh melahirkan kemudharatan yang lain. Dengan maksud, sekiranya Anwar Ibrahim tetap bersumpah juga, ia akan mendatangkan implikasi yang cukup buruk selepas dari itu. Iaitu, implikasi bahawa amat mudah berlaku kejadian tuduhan zina, penjenayah mampu mengelak diri dengan semata-mata bersumpah, hukum qazaf akan jadi hukum yang tidak relevan lagi di minda rakyat Malaysia dan banyak lagi.
Ada pula pihak mendakwa dibenarkan tindakan Anwar Ibrahim bersumpah balas itu dengan merujuk
kepada hadis kisah Ifk, iaitu Peristiwa fitnah zina yang berlaku ke atas Sayyidatuna Aisyah. Ini kerana, ketika Rasulullah SAW bersoal jawab dengan Aisyah bagi mendapatkan kepastian tentang apa yang dituduh.
Bermaksud :
“Lalu Rasulullah SAW keluar sehingga sampai ke rumah Abu Bakar dan menemui Aisyah. Baginda berkata : Wahai Aisyah, jika kamu telah melakukan perkara ini katakan padaku supaya aku memohon keampunan kepada Allah bagi kamu. Lalu Aisyah menjawab : Demi Allah aku tidak akan sekali-kali memohon keampunan Allah kerananya, jika aku telah melakukannya, tiada keampunan Allah bagiku, aku tidak dapati diriku dan diri kamu semua kecuali seperti yang berlaku kepada bapa Yusuf (sambil membaca surah Yusuf ayat 86)”

Perlu diperlu diperhatikan pada hadis ini, bahawa sumpah yang dilakukan oleh Aisyah bukan merujuk kepada bersumpah untuk nafikan tuduhan fitnah, tapi ia tidak mahu memohon keampuan kepada Allah.
Jadi, dakwaan boleh bersumpah balas itu dengan merujuk kepada hadis ini adalah salah dari sudut pengadaptasiannya. Malahan, ia merupakan tindakan yang tidak cermat dalam merungkai perkara syariah.

Sekian

Wallahu ‘Alam
Read more ...

Panas : Kes Liwat 2, Seluruh Dunia Memerhati Malaysia Esok

Berpuluh-puluh pemerhati asing termasuk wartawan media cetak dan elektronik agensi berita dari seluruh pelusuk dunia akan berkampung di kamar bicara Mahkamah Tinggi Jalan Duta esok.

Antara pemerhati yang bakal hadir termasuk dari Australia, Sepanyol, Finland, Perancis, United Kingdom, Bahrain, Qatar, Jordan, Afrika Selatan, India, Pakistan, Jepun, Kanada, Jerman, Sweden dan Amerika Syarikat.

Kebanyakan mereka sudah tiba kelmarin dan mereka mewakili negara masing-masing bagi memerhatikan dengan lebih jelas keputusan hakim yang dilantik Gani Patail, Zabidin Mohd Diah, mengemudi dan membuat keputusan sama ada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim patut atau tidak membela diri.

Seandainya Zabidin menolak bukti-bukti yang dikemukakan pasukan pendakwaan yang diketuai Yusof Zainal Abiden, Anwar tidak perlu berkata apa-apa melainkan keluar dari kamar dengan senyuman.

Tetapi jika Zabidin menerima bukti pendakwaraya, Anwar diberi TIGA pilihan iaitu:

1) Bersumpah dari kandang tertuduh menafikan dakwaan yang dikenakan ke atasnya

2) Menjawab dakwaaan pendakwaraya. Jika ini pilihan Anwar, testimoni yang dikemukakannya tidak boleh dicabar langsung atau disoal balas seperti mana sesi soal jawab terdahulu

3) Berdiam diri di kandang tertuduh tanpa menyatakan sepatah pun perkataan

Penganalisis politik meramalkan Anwar tidak akan terlepas begitu saja dan Zabidin akan menawarkan TIGA pilihan kepada Anwar seperti di atas.

Dan kebanyakan dari mereka akan memilih pilihan KEDUA kerana Anwar akan sedaya upaya menjawab segala pertuduhan yang dikenakan termasuk bukti-bukti yang bercanggah di antara saksi pendakwa, Saiful Bukhari Azlan dengan pasukan pendakwanya sendiri.

Antaranya:

1) Sela masa Saiful keluar masuk dari unit kondominium yang bersebelahan di mana Anwar ketika itu mengadakan mesyuarat dengan beberapa orang, dinyatakan antara jam 3.01 hingga 4.30 petang, padahal kelibat Saiful tidak lagi kelihatan selepas jam 2.47 petang mengikut rakaman kamera litar tertutup (CCTV). Tambahan lagi, keadaan emosinya seperti biasa dan langsung tidak menunjukkan tanda-tanda diliwat (resah, murung, banyak diam) dan sebagainya

2) Kamera litar tertutup (CCTV) yang hanya memfokus imej Saiful di dalam lif dengan beza masa lewat LIMA minit dari waktu sebenar (real-time) dan juga keterangan berdolak-daliknya tentang apa yang dilakukan sebelum kununnya Anwar meliwatnya


3) Polis tidak mengambil keterangan pemilik unit kondominium, Hassanuddin dan isterinya sebagai sebahagian daripada bukti di mahkamah kerana sekiranya kedua-dua mereka dipanggil tampil sebagai saksi, kes Anwar ini sudah lama berkubur! Hassanuddin dan isterinya antara orang yang bersama Anwar ketika perbincangan sedang dibuat.

4) Keterangan penyiasat polis Jude Periera dan doktor yang memeriksa anus Saiful sering bercanggah hinggakan pada satu ketika, Dr Razali Ibrahim dan Dr Shiew Siew Fung tidak mahu langsung merujuk nota perubatan tulisan tangan mereka sendiri walaupun didesak ketua pasukan peguambela Karpal Singh dan Sivarasa Rasiah, sebaliknya hanya merujuk laporan perubatan yang disyaki telah disediakan Jude Periera terlebih dahulu sebagai bukti keterangan perubatan

5) Pakar kimia, Dr Seah Lay Hoong tidak menjawab secara spesifik pertanyaan yang dikemukakan Karpal berhubung analisis DNA yang dilakukan di makmal Jabatan Kimia, Petaling Jaya termasuk tatarajah standard (standard configuration) ke atas alat-alat yang digunakan untuk menganalisis sampel tersebut, menurut piawaian antarabangsa oleh WHO

6) Yusof Zainal Abiden seolah-olah memaksa Zabidin menerima TIGA sampel yang dirampas (tuala Good Morning, berus gigi dan botol air mineral) di sel Anwar ditahan semalaman di IPK Kuala Lumpur di Jalan Hang Tuah, padahal ia langsung tidak relevan dengan keterangan bahawa Saiful mendakwa Anwar meliwatnya di unit kondo (pasti ada sampel yang sepatutnya ditemui di tempat kejadian, bukannya diambil di lokap polis)!

Perbicaraan liwat fasa dua yang sudah memakan masa lebih daripada 50 hari ini akan menentukan sama ada kredibiliti dan integriti sistem kehakiman negara berada di tahap mana sebenarnya.

Nasihat saya, janganlah terlalu berharap Anwar akan dibebaskan dengan begitu mudah kerana "mainan" konspirasi Najib Altantuya yang dinasihati perunding Zionis, APCO Worldwide, tidak akan duduk diam menghambat Anwar hingga ke titisan darah yang terakhir.

Pesan saya cuma satu, berdoalah kita malam ini agar bukan setakat Anwar Ibrahim dikembalikan keadilannya, bahkan sesiapa saja yang teraniaya di dunia ini, amin...

JALAN PULANG

Esok Penentukan Kes Fitnah Ke-II Ketua Pembangkang

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan memutuskan esok sama ada menerima hujah-hujah pendakwaraya dan memanggil Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim untuk membela diri atas tuduhan liwat kali kedua yang berasaskan keterangan pengadu yang rapuh dan bukti-bukti DNa yang cukup mencurigakan.

Hakim Mohamad Zaibidin Diah mempunyai pilihan membebaskan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu jika menolak bukti-bukti itu yang membabitkan keterangan-keterangan saksi yang sering bercanggah khususnya yang diberikan oleh pengadu Saiful Bukhari Azlan.

Sekiranya dipanggil membela diri, Anwar mempunyai tiga pilihan.

Pertama, beliau bersumpah dari kandang saksi dan menjawab tuduhan terhadapnya.

Kedua, Anwar menjawab dari kandang dituduh.

Jika ini berlaku, maka testimoni Anwar tidak boleh disoal balas.

Akhirnya, pilihan ketiga ialah untuk beliau berdiam diri.

Semua mata sudah tentu akan tertumpu kepada keputusan Hakim Zabidin terhadap tuduhan tersebut - yang kedua dihadapi Anwar dalam satu jangka waktu kurang daripada 15 tahun.

Pemerhati asing dari Amerika Syarikat, Australia, Britain, Kanadia, Jerman, Finland dan Sepanyol sentiasa hadir di mahkamah mengikuti perbicaraan Anwar.
Read more ...