Memaparkan catatan dengan label Gosip Terkini. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gosip Terkini. Papar semua catatan

15 Mei 2011

Kakak Siti Didakwa Main Kayu Tiga

Dunia hiburan dilayan syok juga. Kali ini kisah Siti Norsaida Tarudin atau Saida, kakak kepada Siti Nurhaliza. mStar melaporkan tentang prosiding perceraiannya bersama seorang ahli perniagaan, Mohd Ghazali Yahya Zikri. Dia memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 6 Oktober 2010 lalu.

Prosiding sebelum ini giliran Saida meluahkan rasa bahawa suaminya tidak menghormati arwah bapa Saida. Juga didakwa Ghazali mengongkong kerjaya yang disifatkan sebagai menyakitkan hatinya.

Rabu lalu giliran Ghazali meluahkan rasa setelah lama memendam rasa. Dia mendakwa sedih dan kecewa dengan perubahan sikap isteri. Saida juga didakwa mengabaikan anak mereka, Siti Nurunnyssa, 14; Anas, 12; Khalid, 8, dan Siti Nurul Mashitah, 5 tahun.

Paling 'best' seperti didakwa Ghazali isterinya 'sakit angau' dengan lelaki yang bernama Hafiz Che Man. Apa yang memeranjatkannya Saida berjumpa dengan lelaki tersebut di dalam kereta di Balakong pada Jun tahun lalu. Dia pernah terjumpa kata-kata  'sayang, rindu dan I Love You' pada telefon bimbit isterinya manakala bil pula menunjukkan mereka menghabiskan masa berjam-jam untuk berbual.

Walaupun begitu Ghazali  nekad tidak mahu menceraikan isterinya dan memaklumkan bahawa dia ingin membawa isterinya mengerjakan umrah  dan cadangan itu telah diutarakan sejak mula kes didengar.

Syabas kepada Ghazali yang tidak mudah melatah dan mudah-mudahan mereka akan berbaik-baik semula serta kekal bahagia.

VeeNa LoneLiness : mcm-mcm cerita bila dah bergelar artis...
Read more ...

Salih tinggalkan Sinar FM

Salih bersama bakal isteri no. 4, Ermi
GAMBAR keluarga Salih Yaacob bersama ketiga-tiga isterinya (dari kiri) Norlizah, Norraha dan Norfara Wahida bersama lapan daripada sebelas anak-anaknya.



ADA yang tersenyum sumbing apabila penyampai radio popular, Salih Yaacob diberitakan bakal mencukupkan kuota empat orang isteri. Ia sekali gus menjadikan perkahwinan yang bakal berlangsung dalam tempoh terdekat sebagai perkahwinan kelima dalam hidup Salih.
Lebih dikenali dengan panggilan SY, Salih kini hidup berpoligami dengan tiga orang isteri iaitu Norlizah, Norraha dan Norfara. Perkahwinan pertama Salih pada 1980 berakhir dengan perceraian pada 1989.


Bisik-bisik tentang perkhabaran perkahwinan terbaru Salih diketahui umum apabila gambar dan artikel Salih bersama calon isteri keempat yang hanya dikenali sebagai Ermi tersiar di dada akhbar beberapa hari lalu.
Masih berahsia tentang nama penuh bakal isteri barunya, Salih yang hanya mahu memperkenal wanita itu sebagai Ermi menjelaskan, perkahwinan bukanlah satu pelacuran.  
"Saya mengambil untuk berkahwin bukan atas dasar nafsu tetapi kerana ketentuan Ilahi. Jadi, ia adalah tanggungjawab yang diamanahkan kepada saya," katanya yang berdepan bermacam skeptikal sebaik sahaja berita berkenaan tersebar luas.
Bakal berkahwin lagi dengan wanita muda berusia 24 tahun sedangkan Salih, 50, sudah ada tiga orang isteri yang setia, itu satu situasi yang jarang-jarang berlaku dalam kehidupan seorang selebriti. Sedar perkara itu, Salih sendiri mengakui, selain ucapan tahniah, banyak juga kecaman yang terpaksa dihadapinya.

Salih mengakui kepada Sensasi Bintang bahawa dia juga sudah penat berdepan rutin hidup sebagai selebriti dalam industri. 
Kontrak tahunannya bersama Sinar FM juga bakal berakhir Julai 2011 dan sehingga kini Salih masih berkira-kira untuk meneruskan kerjaya celoteh seawal 6 pagi itu.  
Jika tawaran kontrak akan datang dirasakan tidak berbaloi dengan penat lelah, dia rela berundur untuk memberi perhatian kepada keperluan hidup sisi lain, mahu fokus kepada bisnes.

Sensasi Bintang: Kenapa masih berahsia tentang nama sedangkan gambarnya sudah tersiar dalam surat khabar? 
 
SALIH YAACOB: Kalau boleh saya tak mahu kecoh-kecoh, ini pun sudah kecoh jadinya. Saya hanya boleh katakan, Ermi seorang wanita terpelajar. Dia lulusan pengajian perniagaan daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat sarjana. Dia berasal dari Johor, anak bongsu dari lima orang adik-beradik dan berketurunan Syeikh daripada sebelah bapanya. Setakat ini, biarlah namanya saya simpan sebagai kejutan.  
 
Jadi sudah ada tarikh bilakah perkahwinan itu akan berlangsung?  
 Belum ada, tapi kalau boleh ia akan diadakan apabila saya dapat sempurnakan apa yang wajib dilakukan terlebih dahulu. Lagi cepat lagi baik.  
 
Bagaimana dengan skeptikal orang, misalnya bakal isteri sebaya dengan anak?  
Majoritinya masyarakat kita memang begitu, mungkin disebabkan saya ini bukan ahli ulama. Usia bukan penentu, ada orang yang lebih muda tetapi lebih celik akal daripada orang yang berusia. Saya ambil perkahwinan itu sebagai satu ujian, apabila ia diamanahkan kepada saya, maka wajib ke atas saya menunaikan amanah itu.  
Ada disebutkan tentang kecaman, kecaman bagaimana yang diterima setakat ini?  
Biasalah, dalam masyarakat Islam sendiri ada yang tidak faham tentang agama. Banyak juga tentangan yang harus saya tempuhi, bukan sahaja daripada orang luar, sanak saudara sendiri ada yang tidak setuju.  
 
Teruja tak, menanti hari perkahwinan nanti? Dengarnya mahu bersanding beramai-ramai termasuk dengan isteri-isteri terdahulu?  
 
Saya biasa sahaja sebab sudah banyak kali melaluinya, mungkin perasaan itu berbeza dengan pihak wanita. Tentang persandingan itu, saya akan tengok bagaimana keadaannya nanti. Kalau perlu saya buat, itu sebagai tanda kemenangan mereka (isteri) bukan untuk saya. Kalau boleh saya hanya mahu bersederhana.  
 
Kalau ada yang kata, hebatlah Salih Yaacob, nak kahwin lagi, dapat pikat anak dara pula, apa komen?  
 
Saya boleh katakan, orang yang terpikat dengan cara saya. Macam dengan Emi, mungkin dia tertarik dengan amalan hidup saya atau mungkin merasakan saya mampu menjadi teman, pemimpin dan guru yang boleh mendidik dan membawanya ke jalan yang benar.  
 
Tentang kontrak dengan Sinar FM, betulkah mahu berundur dari dunia seni?  
Saya nak tengok keadaan dulu sebab saya penat dengan kesibukan ini, sekarang sibuk dengan penggambaran program, SY I Follow untuk Astro Ria, kalau boleh nak fokus dengan bisnes saya dan memperkemaskan kehidupan, itu sahaja.

VeeNa LoneLiness : saye copy dari 'KAFE ISU SEMASA'
Read more ...

05 Mei 2011

Serangan 11 September adalah pembohongan besar

Daripada Abu Hurairah ra bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Hari kiamat tidak akan terjadi sehingga melimpah ruah harta benda dan timbul fitnah (ujian kepada keimanan) dan banyak berlaku “al-Harj”. Sahabat bertanya, ” Apakah al-Harj itu hai Rasulullah?”. Nabi Muhammad SAW menjawab : ” Peperangan demi peperangan demi peperangan”. (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad menegaskan bahawa serangan ke atas World Trade Centre pada 11 September 2001 yang menjadi alasan kepada perang global melawan terorisme merupakan “satu pembohongan besar”. Beliau menyatakan hal itu ketika memberikan taklimat kepada para kakitangan Kementerian Perisikan negara itu.  

Presiden Mahmoud Ahmadinejad

Pernyataan itu djangka akan meningkatkan lagi ketegangan hubungan Barat-Iran yang sebelumnya memuncak akibat program nuklear Iran. Negara ini tidak menunjukkan tanda-tanda akan mengurangkan aktiviti nuklernya, terutama dalam program pengayaan uranium. “Serangan 11 September adalah satu pembohongan besar dan sebuah alasan untuk perang melawan terorisme dan alasan untuk menyerbu Afganistan,” ujar Ahmadinejad seperti yang dipetik oleh television pemerintah. Dia menyebut serangan itu sebagai hasil dari sebuah “tindakan dan senario perisikan yang sangat rumit”.

Presiden Iran pernah mempersoalkan versi rasmi Amerika Syarikat terhadap serangan 11 September sebelumnya, tapi ini adalah pertama kalinya ia memberanikan diri untuk memberi label sebagai “pembohongan besar.”

Pada 2007, New York menolak permintaan Ahmadinejad untuk datang ke bekas lokasi menara kembar World Trade Center ketika menghadiri sebuah sidang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Beliau juga mengatakan kepada television pemerintah Iran, serangan itu sebagai ”hasil dari salah pengurusan dan sikap tidak berperikemanusiaan terhadap dunia oleh Amerika Serikat”.

Ahmadinejad menyebut “Washington menggunakan 11 September sebagai alasan untuk menyerang orang lain”. Beliau turut mempersoalkan jumlah askar Amerika Syarikat yang terkorban yang mencapai sekitar 3,000, tetapi AS tidak pernah menerbitkan nama-nama korban.
Read more ...

04 Mei 2011

Selepas Osama, Presiden Obama Pula Dilaporkan Mati?

Obama Bin Laden?     


Hari ini, seluruh dunia kecoh dengan berita kematian Osama Bin Laden.
Sama ada betul atau hanya konspirasi terbaru Amerika, kita tengok saja nanti.
Tapi, ada sebuah video menarik berkenaan peristiwa hari ini.

Seorang pembaca berita di sebuah saluran milik Fox News telah tersasul dan tersalah sebut
"....President Obama is in fact Dead" sewaktu membaca berita tentang kematian Osama Bin Laden..



Apa yang korang dengar?
Osama atau Obama?
Haha..kelakar betul. Tak tahulah apa nasib pembaca berita ni.


Apa pula reaksi Obama?


Ok fine.. yang ni hanya edit saja.. Tapi kesian...
Dek kerana nama yang hampir sama, tak pasal-pasal orang lain salah sebut..haha.
Read more ...

Gambar Mayat Osama Bin Laden Mati Dibunuh Sebenarnya Palsu?

Gambar mayat Osama Bin Laden yang dipaparkan di television

Hari ini, kita dikejutkan dengan berita kematian Osama Bin Laden, iaitu pemimpin utama Al-Qaeda.
Beliau disahkan terbunuh akibat satu serangan yang diketuai oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Pakistan oleh Presiden AS sendiri, Presiden Barrack Obama.

Sehingga kini, hanya ada satu sahaja gambar yang dikatakan gambar mayat Osama Bin Laden.
Namun, gambar yang dipaparkan penuh dengan keraguan.
Anda boleh lihat sendiri gambar ini.

Hasil photoshop yang failed!     

Amerika Syarikat memang sudah terkenal dengan konspirasinya yang tersendiri.
Dan berita pembunuhan Osama Bin Laden ini pun mungkin salah satu agenda terbaru mereka.
Entahlah..,mereka daripada dahulu lagi sudah ada agenda dan perancangan yang terperinci.
Jadi, jangan terkejut kalau selepas berita kematian Osama Bin Laden ini, ada perkara besar lain lagi yang akan berlaku di dunia.

p/s: Apa pendapat anda semua? Boleh percaya dengan gambar ini?
Read more ...

03 Mei 2011

Osama Laden Meninggal Dunia Terbunuh Dalam Serangan Helikopter



Hari ini, Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama mengumumkan yang Osama Bin Laden telah terbunuh di dalam satu serangan menggunakan helikopter. Kematian Osama menyaksikan berakhirnya penantian pihak Amerika Syarikat yang memburunya sejak bertahun-tahun dahulu. Osama dikatakan terlibat di dalam tragedi 9/11 dan juga pelbagai tragedi yang berkaitan dengan terrorism seperti yang digelar oleh Amerika Syarikat.

Sebagai saudara seIslam, marilah kita mensedekahkan Al-Fatihah kepada Osama Bin Laden. Tentang perjuangannya, biarlah hanya Dia yang menentukan. Al-Fatihah.
Read more ...