22 Mei 2011

Saintis Temui Pasak Bumi (Bukti Kebenaran Al-Quran)

Naica Giant Crystal Cave
Assalamualaikum dan salam pembaca, pernahkah anda membaca terjemahan ayat -ayat suci ini.

Allah SWT berfirman (maksud):


"Dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi, sebagai pancang pasak yang menetapnya)" (Surah An-Naazi’aat, 79: Ayat 32)

Allah SWT berfirman (maksud):

"Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya"(Surah An-Naba’, 78: Ayat 7)

dalam sesetengah tafsir disebut


”Dan Dia menancapkan gunung-gunung di Bumi supaya Bumi itu tidak berguncang bersama kamu, (dan Dia menciptakan) sungai-sungai dan jalan-jalan agar kamu mendapat petunjuk.”


Sebagai orang islam kita yakin setiap huruf dan perkataan yang terkandung dalam Qur'an pasti betul.Sekarang tengok gambar ni pula.
Setelah beribu tahun lamanya, saintis barat baru-baru ini menemui sebuah gua yang terletak di Naica Mexico, gua ini dipenuhi dengan batu-batu kristal yang berbentuk seperi pasak atau pancang seperti yang biasanya dipasang pada bangunan bangunan besar ada yang sampai dengan 12 meter panjang. Seperti dikatakan saintis, pasak-pasak ini hanyalah mukadimah sahaja kerana dikatakan lebih dalam mereka masuk lebih besar pasak-pasak yang dijumpai.

Naica Giant Crystal Cave

Naica Giant Crystal Cave

Naica Giant Crystal Cave

Naica Giant Crystal Cave

Naica Giant Crystal Cave

Naica Giant Crystal Cave

Naica Giant Crystal Cave

Naica Giant Crystal Cave

Naica Giant Crystal Cave

Naica Giant Crystal Cave

Naica Giant Crystal Cave

Naica Giant Crystal Cave


Dan Allah SWT berfiman juga berfirman (maksud):


"Dan Ia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu." (Al-Quran, Surah An-Nahl, 16: Ayat 15)




Dikatakan sejak penemuan gua bawah tanah ini sudah ramai saintis seluruh dunia yang datang untuk melakukan kajian.

Pengarang buku The Earth" ("Bumi"). yang menjadi rujukan di banyak universiti-universiti di seluruh dunia. Dr. Frank Press. (Beliau juga pernah menjadi penasihat sains kepada bekas Presiden Amerika, Jimmy Carter).

"Menyatakan bahawa gunung-ganang hanyalah saebahagian daripada sebuah ‘binaan yang besar’ dimana akarnya memanjang jauh ke dalam perut bumi. Dr. Press menulis lagi bahawa gunung-gunung sangat penting dalam meneguhkan dan menetapkan perut bumi." Inilah yang diperkatakan oleh Al-Quran mengenai gunung-ganang sejak 1400 tahun dahulu.
Gambar 7. Gunung-gunung memiliki akar yang dalam di bawah permukaan tanah. (Earth, Press dan Siever, hal. 413)
Gambar 7. Gunung-gunung memiliki akar yang dalam di bawah permukaan tanah. (Earth, Press dan Siever, hal. 413)
Gambar 8. Bagan potongan melintang. Gunung-gunung, sebagaimana pasak, memiliki akar yang menghunjam di bawah tanah. (Anatomy of the Earth, Cailleux, hal. 220)
Gambar 8. Bagan potongan melintang. Gunung-gunung, sebagaimana pasak memiliki akar yang menghunjam di bawah tanah. (Anatomy of the Earth, Cailleux, hal. 220)
Read more ...

Makam Nabi-Nabi, sanak saudara & sahabat.

Kubur Mengingatkan kita tentang "mati" dan kita dianjurkan menziarahi kuburan untuk mengingatkan kita kepada kematian dan juga perkara yang berlaku di alam barzakh serta hari kemudian nanti.

Dalil: Dari Buraidah bin al-Husayb ra, Rasulullah saw bersabda, “Aku pernah menghalang kamu dari menziarahi kubur. Sekrang, ziarahilah(kubur), kerana ia akan mengingatkan kamu akan hari kemudian….”[Hadis riwayat Muslim, an-Nasai dan lain-lain]

Berikut ialah makam-makam para nabi, sanak saudara dan sahabatnya



MAKAM NABI MUHAMMAD SAW



TAPAK KAKI ADAM (AS) , Srilanka
MAKAM HAWA, Jeddah
MAKAM HAbeel ANAK ADAM (Al.)
MAKAM NABI IDRIS , Jordan.
Makam-e-Ibrahim
HAZRAT IBRAHIM-AL-KHALIL, Israel
HAZRAT LOT, Iraq
HAZRATt SALEH (AS)
HAZRAT MOOSA (AS), Israel
HAZRAT SHOAIB (Al.)
HAZRAT HAROON (Al.)
HAZRAT ZAKARIA (Al.)
HAZRAT YAHYA (Al.)
HAZRAT BIBI AMENA , Outside Macca
HAZRAT BIBI HALEEMA, Outside Madina.
HAZRAT ABU TALEB, Uncle of Prophet Mohammed P.B.U.H, Macca
HAZRAT BIBI KHADIJA (Ummul Moamineen), Macca
HAZRAT IMAM HASAN (AS).
HAZRAT BIBI FATIMA ZAHRA
HAZRAT BILAL HABASHI, Damascus

Abeel, Son of HAZRAT ADAM (Al.), First grave on earth, Jordan.
Read more ...

Seniwati Mahyon Ismail Meninggal Dunia


Seniwati Mahyon Ismail Meninggal Dunia

Baru sahaja dunia seni tanah air kehilangan dua bintang besar iaitu Arwahyarham Aimi Jarr dan Arwahyarhamah Datin Orchid Abdullah, hari ini seorang lagi bintang vateran telah pergi meninggalkan dunia iaitu Arwahyarhamah Mahyon Ismail.

Seniwati Mahyon Ismail atau nama sebenarnya Mayayun Binti Ismail telah meninggal dunia pada pukul 1 tengah hari tadi di Hospital Ampang Puteri,Kuala Lumpur.
 
Beliau yang juga ibu kepada pelakon popular Faizal Hussein dan juga isteri kepada Arwahyarham seniman Hussein Abu Hassan dilaporkan tidak mengalami sebarang kesakitan krikal sebelum ini selain diabetis.

Namun beliau difahamkan mengalami gangguan kesihatan malam semalam kerana demam panas dan batuk-batuk, dan telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Allahyarhamah pergi meninggalkan tiga orang cahaya mata iaitu, Faizal Hussein, Fairuz Hussein, dan juga Dilla Hussein, beliau juga baru sahaja tamat penggambaran drama Terapah Bulan Madu di bawah Skop Production pada minggu lepas

Jenazah akan dimandikan di Madrasah sekitar Gombah dan dijangkan akan dikebumikan di Tanah perkuburan Ibu Kota, Danau Kota, selepas waktu Asar.


VL :

Semoga roh beliau di tempat sisi org yg beriman...amin...Al-Fatihah...
Read more ...

Hukuman Keatas Perogol Kanak-Kanak





Tembakan 11 das dilaksanakan ke atas seorang perogol kanak-kanak berumur 8 tahun. Hukuman ini dikatakan dilaksanakan di Yemen. Kelihatan perogol tersebut dibawa ke tempat hukuman iaitu sebuah tempat terbuka dimana ramai yang menyaksikan.

Saya teringat kisah adik Aaliyah Aiman Hussin, kanak-kanak yang dirogol, diliwat dan dibunuh oleh teman lelaki ibunya. Aaliyah berumur 3 tahun semasa kejadian

Kekadang terasa jugak hati saya kalau dapat hukuman macam di Yemen itu dilaksanakan di Malaysia ini, macam kes adik Aaliyah dan banyak lagi kes seumpamanya. Mungkin cara itu dapat menghapuskan jenayah rogol dan seksual terhadap kanak-kanak.

Well, just thinking out aloud.
Read more ...

15 Perkara Penyebab Bala



Bala dalam budaya Melayu Kata bala berasal daripada bahasa Arab bala’, secara bahasa dalam Kamus Bahasa Melayu diertikan sebagai : gerombolan, pasukan (tentera), kemalangan, kegeruhan, kecelakaan, musibah, bencana, dll. Dengan demikian, orang melayu mengartikan bala sebagai kejadian buruk yang berlaku ke atas seseorang atau sesuatu tempat berupa kemalangan, bencana alam, dan lain-lain. Oleh sebab itu, manusia mesti lari daripada bala itu dengan cara apapun. Antaranya, muncul pelbagai kegiatan ritual amalan tolak bala yang dilakukan baik secara persendirian atau secara bersama-sama dalam satu kelompok dan masa tertentu.


Dalam bahasa Arab dan al-Quran bala bermaksud ujian baik dan ujian buruk yang dihadapi seseorang. Bala (cubaan) pula boleh merupakan dalam perkara baik dan perkara tidak baik, menurut kamus tersebut. Jadi yang dimaksud bala dalam agama itu bukan hanya bencana sahaja, tetapi kemewahan hidup pun juga termasuk bala. Allah berfirman:

“Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kejahatan dan kebaikan sebagai bala (cubaan), dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan”

(al-Anbia’: 35)

Dari pengertian di atas, maka dapat kita simpulkan bahawa bala itu datang tidak kira masa dan tempatnya dan ia memusnahkan segalanya. Bala juga merupakan ujian dari Allah kepada umatnya untuk menguji kesabaran iman umat Islam kepadaNya. Agama Islam sering mengingatkan manusia kepada Allah dan segala suruhan Allah, kerana ditakuti berlakunya musibah bala kepada manusia tanpa mereka beriman kepada Allah. Maka kehidupan mereka di dunia ini hanya sia-sia sahaja.

Saya datangkan lagi 15 perkara penyebab berlakunya bala sepertimana Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

"Bala pasti menimpa ke atas umatku jika mereka sewenang-wenangnya melakukan 15 perkara ini:
  1. Apabila kekuasaan dianggap keuntungan.
  2. Amanat dianggap ghanimah.
  3. Membayar zakat dianggap merugikan.
  4. Suami tunduk pada isterinya.
  5. Derhaka terhadap ibu.
  6. Mentaati kawan yang menyimpang dari kebenaran.
  7. Menbenci ayah.
  8. Bersuara keras (menjerit jerit) di masjid.
  9. Pemimpin diangkat dari golongan yang rendah akhlaknya.
  10. Orang ditakuti (dihormati)kerana kejahatannya.
  11. Minum arak berleluasa.
  12. Semakin ramai(lelaki) memakai sutera.
  13. Wanita menari di khalayak umum dianggap perkara biasa.
  14. Permainan muzik merata rata.
  15. Umat akhir zaman ini sewenang-wenangnya mengutuk umat umat permulaan termasuk para sahabat Nabi SAW, tabi'in dan para imam muktabar.
Read more ...

Haram Sambut Hari Lahir Dengan Meniup Lilin Dan Menyanyi

Bolehkah menyambut hari jadi dengan meniup lilin dan bernyanyi....setengah orang cakap tak boleh...kalau tak, boleh ke kita tukarkan lagu "Allah selamatkan kamu"?
Jawapannya

Sebenarnya menyambut hari lahir ini tak salah, sebab Rasulullah setiap hari Isnin dia berpuasa untuk memperingati hari kelahirannya. Kemudian setiap tahun 12 Rabiulawal semua umat Islam menyambut hari kelahiran dan perjuangan Rasulullah untuk memartabatkan agama Islam.

Majlis menyambut hari kelahiran adalah baik kerana itu adalah caranya kita menginggati segala nikmat yang Allah berikan kepada kita dan ia merupakan salah satu cara kita bersyukur kerana Allah melahirkan kita di dunia ini dengan keadaan baik dan sihat.

Tapi kita kena ingat kalau majlis ini salah pengisiannya atau salah meraikannya dengan cara tidak mengikut apa yang ditetapkan oleh syarak seperti adanya tarian, menari, konsert, bercampur antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya. Meninggalkan solat dan sebagainya. Maka ini jelas menjadi haram. Menjadi persoalan ramai umat Islam diluar sana bolehkah meraikan hari kelahiran dengan memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu
“selamat hari jadi”?

Jawapannya, perkara ini datang bukan dari budaya Islam dan ia datang daripada budaya barat. Hadis Nabi Muhammad SAW yang membawa maksud :
“Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka dia bukan dari golongan ku.”


Jelas di sini bahawa merayakan hari kelahiran dengan meniupkan lilin itu bukan dari Agama Islam, malah ia dipraktikkan oleh masyarakat Kristian setiap kali mereka menyambut hari kelahiran mereka. Barang siapa yang menyambutnya dengan cara memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu hari lahir adalah haram sebab dia bukan dari budaya Islam. Cara Islam menyambut hari kelahiran adalah dengan melaksanakan kenduri kesyukuran, membaca doa dan menjemput semua kaum kerabat dan sahabat-sahabat yang berdekatan dengan tujuan untuk bersilaturahim antara satu sama lain.

Akhir kalam, masuklah kedalam Agama Islam dengan cara keseluruhannya bukan masuk yang mana sesuai kita ambil dan yang tidak sesuai dengan nafsu kita tinggalkan. Jadilah umat Islam yang taat kepada perintah Allah dan meninggalkan perkara yang mungkar dan syubhah, kerana ini lebih menjaminkan keselamatan kita di dunia dan di akhirat. Rayakanlah hari kelahiran sepertimana yang ditetapkan oleh syarak Islam, mudah-mudahan majlis yang dijalankan itu diberkati dan dirahmati oleh Allah.
Read more ...

Nikah tak hapus dosa berzina

Soalan:
 
SAHKAH wanita yang mengandung anak luar nikah berkahwin dengan lelaki yang bertanggungjawab atas kehamilan itu? Adakah anak itu tidak sah taraf dan perlukah mereka dinikahkan semula?


Jawapan

HUKUM pernikahan ketika mengandung tetap sah sekiranya cukup rukun dan syaratnya.

Paling utama adalah perempuan itu masih bujang iaitu belum pernah bersuami dan tidak dalam idah.

Perkahwinan yang sah tidak perlu diakad semula.

Bagaimanapun, kesalahan zina tidak terhapus dengan pernikahan terbabit.


Ada sesetengah pendapat ulama mengharamkan pernikahan perempuan yang mengandung anak zina dan menganggapnya tidak sah.


Ia bertujuan bagi menjaga keturunan anak supaya tidak bercampur-baur. Dengan kata lain, wanita itu perlu terlebih dulu melahirkan anak sebelum berkahwin.

Read more ...

Hulk Hogan 'Macho Man' Meninggal Dunia

'Macho Man' meninggal akibat sakit jantung


Randy 'Macho Man' Savage


ATLANTA - Bintang gusti terkenal era tahun 1980-an dan sezaman dengan Hulk Hogan, Randy 'Macho Man' Savage meninggal dunia di Seminole, Florida, Amerika Syarikat (AS) selepas terlibat dalam satu kemalangan kerana diserang sakit jantung ketika memandu.
Berusia 58 tahun, kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya dikatakan hilang kawalan sebelum melanggar sebatang pokok pada pukul 9.25 pagi waktu tempatan.

AKSI 'Macho Man' melawan Hulk Hogan dalam pertarungan Wrestlemania V pada tahun 1989 di Atlantic City.


Isterinya, Lynn Payne yang dikahwini sejak Mei tahun lalu turut berada di dalam kenderaan sama. Payne bagaimanapun selamat dengan hanya mengalami cedera ringan.
Macho Man yang nama sebenarnya ialah Randy Mario Poffo cukup terkenal dengan fesyen pakaian berwarna terang, topi koboi dan ungkapan 'Ooh yeah!'. Memulakan kerjaya sebagai ahli gusti profesional pada tahun 1985, Savage telah memenangi lebih 20 gelaran dalam pertandingan gusti WWF, WCW dan WWE.
Read more ...

21 Mei 2011

Cara Mengatasi Jika Terserempak Hantu.

 Pocong
Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah cari kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dan tarik kain balutannya. Sudah tentu dia akan berasa malu rana dia tidak pakai apa apa pun, selain kain kapan pembungkusnya tu.

Langsuir
Dia ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri anda tenung balik muka dia sambil jelir-jelir lidah. Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat dia, pasti dia tersipu-sipu malu.

Pontianak
Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita pun mestilah ketawa sama. Kalau boleh kita  cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia boring.


Hantu Raya
Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan dia. Cara mengalahkannya senang saja, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia, bagi duit raya, ajak main meriam buluh, suruh kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia tak kacau kita sebab banyak kerja dan aktiviti lain dia nak buat.

Hantu Galah
Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi. Kalau terjumpa dia, kita hendaklah meniarap. Pasti dia tak perasan kita ada disitu.

Jerangkung
Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja, dan paling mudah untuk menewaskannya. Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk dan lihat gerak-gerinya mengimbangi badan untukberdiri tegak.

Toyol
Lagi senang kalau nak kalahkan dia, bagi duit satu sen berguni-guni. .nanti dia ingat duit emas, lepas tu dia pikul bawak balik bagi tuannya… lepas tu sah-sah lah dapat penampau Jepun dari tuannya kerana mana nak tukar duit satu sen banyak2 tu

Hantu Ponteng
Yang ni payah sikit nak cakap sebab, hantu-hantu ni cam korang lerrr..takder kerja lain asyik ponteng kerja, lepaih tu nengok e-mail..macam sekarang nih..sah-sah tengahponteng nie..macamana nak jawab..korang sendiri gak jadik hantu..jadi bawak-bawaklah buat kerja … .. hehehehehe


VL :

LEPAS BACE NIE DAH TAK YAH TAKUT2 NGAN HANTU..TAKUT PADA DIRI SENDIRI SEBAB KADANG2 DIRI SENDIRI LEBIH MENYERAMKAN DARIPADA HANTU!!!!!!! HAHAHAHA”
Read more ...

Seorang Padri kata esok kiamat. Dia suruh bertaubat

NEW YORK: Berbekalkan kemeja-T, brosur, buku dan poster, seorang paderi bersama rakan-rakannya tekun memberi amaran kepada orang ramai di New York bahawa dunia akan kiamat esok.

Menggunakan perkiraan daripada Bible, Manny mendakwa akan berlaku gempa bumi di seluruh dunia pada 21 Mei, tetapi dia sendiri tidak pasti sama ada kejadian itu berlaku serentak atau tidak.

Katanya, dia tidak pasti bagaimana ‘bencana’ itu berlaku atas faktor perbezaan masa sesuatu tempat di seluruh dunia.

“Bagaimanapun, sepatutnya gempa bumi itu berlaku pada waktu sama di seluruh dunia,” katanya.

Manny, 56, berkata walaupun tarikh 21 Mei kelihatan rambang, dia merujuk kepada analisis Presiden Family Radio - sebuah komuniti penyiar keagamaan di California, Harold Camping.

Ketika sibuk berceramah, teman Manny, Borce, 43, mengedarkan risalah mengenai ramalan kiamat mereka.

Melalui risalah itu, mereka mendakwa orang ramai mempunyai beberapa jam untuk bertaubat. - AFP
 
 
Ulasan VL : 
 
Kalau dah tahu bila hari kiamat dah kira hebat. Nabi  Muihammad serta malaikat Jibrel pun tak tahu bila Kiamat. Apa hari kiamat tu main-main ke? 
Read more ...

20 Mei 2011

FOTO – FOTO EKSKLUSIF PENINGGALAN RASULULLAH SAW

Assalamualaikum teman yang dikasihi,
Ini gambar barang – barang peninggalan Junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW yang saya copypaste dari blog DUPAHANG untuk dikongsi bersama. Semoga dengan melihat gambar barang – barang kegunaan baginda SAW akan menambahkan kecintaan kita kepada ALLAH dan Rasul, betapa zuhudnya baginda SAW sebagai Kekasih Allah yang pasti syurga bagi baginda SAW.

Foto-foto Eksklusif Peninggalan Rasulullah SAW: Menggetarkan, Menyentuh Qalbu & Menambah Cinta!!


Dipetik dari�moeflich.wordpress.com
picture7.jpg
Bila kita berjauh jarak dengan yang terkasih Muhammad Rasulullah yang berbentang waktu 1.400 tahun� bila kita belum pernah melihat wajah sucinya, sementara kita menyebut namanya setiap hari, kita menghantarkan salam kepadanya setiap hari melalui shalat, shalawat-shalawat� dan do�a-do�a yang kita lantunkan, kita memohon� syafa�atnya untuk keselamatan kita di akhirat dari pedihnya adzab neraka, tidakkah foto-foto berikut ini mengobati kerinduan kita yang sangat dalam kepada� yang Tercinta Nabi Agung, Kekasih Allah dan� pribadi mulia panutan alam??

Titik air mataku begitu melihat langsung baju beliau yang bersahaja dan sudah robek, sandal beliau, keranda beliau yang tak terhalang apapun. Allahu Akbar � serasa dekat denganmu ya Rasulullah � Andai aku bisa melihat wajahmu, rontok segala persendianku, tak tahan dengan kenikmatan memandang kemuliaan wajahmu� Allahumma shalli �ala sayyidina Muhammad �.
(Foto-foto ini kebanyakan adalah koleksi yang tersimpan dari berbagai tempat di beberapa negara: Museum Topkapy di Istambul Turki, Yordania, Irak dan negara-negara Timur Tengah lainnya. Selamat merasakan kelezatan menatap peninggalan-peninggalan ini. Semoga kerinduan kita semakin memuncak kepada� Nabi Agung,� kekasih Allah �)
Allahumma shalli �ala sayyidina wa maulana Muhammad Shallallahu �Alaihi Wassallam �
the-blessed-shirt-of-prophet-muhammad-saw
The Blessed Shirt of Prophet Muhammad SAW (Baju gamis Nabi SAW yang lusuh dan robek-robek. Yaa Allah � betapa sederhananya baju sang pemimpin dunia yang suci nan agung ..!!)
the-blessed-shirt1-of-prophet-muhammad-saw
The Blessed Shirt of Prophet Muhammad SAW (Bagian dari baju gamis Nabi SAW yang sudah sobek)
jubah-rasulullah1
Jubah Nabi Muhammad, Rasulullah SAW
blessed-seal-of-rasool-allah-saw1
The Blessed Seal of Rasulullah SAW (Cap surat Nabi SAW)
copy-of-the-blessed-bowl-of-prophet-muhammad-saw
Mangkuk tempat minum Rasulullah SAW
picture1.jpg
Kunci Ka�bah Masa Nabi Muhammad SAW

the-blessed-foot-print-of-rasool-allah-saw
jejak-kaki-nabi
Jejak Kaki Rasulullah SAW
blessed-hair-of-rasool-allahsaw

rambut-nabi
Beberapa helai rambut Rasulullah SAW�

gigi-dan-rambut1
Peninggalan gigi dan rambut Nabi. Itu giginya jelas ya?


Wadah Kotak Gigi Rasulullah SAW
picture4.jpg
pedang2-nabi-dengan-nama-namanya1
pedang2-nabi-dengan-nama-namanya2
pedang2-nabi-dengan-nama-namanya
Berbagai pedang yang pernah dimiliki Nabi dengan nama-namanya yang digunakan untuk menegakkan ajaran tauhid, ketika orang-orang kafir memerangi Nabi dan dakwahnya sehingga harus mengangkat pedang.

Gagang Pedang �Hatf� Nabi SAW tampak lebih jelas
busur-panah-nabi
Busur Panah Nabi SAW

Bendera Rasululullah SAW
blessed-turbine1-of-prophet-muhammad-saw
Sorban-sorban yang pernah dimiliki Rasulullah SAW

Topi Besi Rasulullah SAW

Baju dan barang-barang Rasulullah SAW
blessed-sandals2-of-rasool-allah-saw
blessed-sandal-of-rasool-allah-saw
blessed-sandal1-of-rasool-allah-saw1
Sandal-sandal (terumpah) peninggalan Rasulullah SAW tercinta �
letter-to-nijashi-king-of-habsha
Surat Nabi SAW kepada Raja Nijashi, Raja Habsyah
letter-to-omani-people
Surat Nabi SAW kepada rakyat Oman, Arab Selatan
letter-to-qaiser_e_rome
Surat Nabi SAW kepada Kaisar Romawi abad ke- 7

Surat Rasulullah SAW pada Raja Heraclius
prophets-letter-to-muqauqas-egypt
Surat Nabi SAW kepada Raja Muqauqas, Mesir

Makam Siti Aminah, Ibunda Rasululllah SAW


box-belonging-to-hazrat-fatima-rz
Kotak milik putri tercinta Nabi SAW, Sayyidah Fatimah Az-Zahra R.A.
picture6.jpg
PINTU EMAS MAKAM NABI MUHAMMAD SAW

the-blessed-dust-from-the-tomb-of-the-prophet
The blessed dust from the tomb of the Prophet Muhammad PUBH (Butiran pasir yang diambil dari makam Nabi Muhammad SAW)
picture7.jpg
Keranda dan makam Nabi panutan alam, Nabi Muhammad SAW

Inilah makan Rasulullah SAW dari dalam. Di dalam inikah� Nabi Agung yang Mulia berbaring? Allahu Akbar � Makam raja saja,, kita tidak bebas masuk dan melihatnya. Ini makam Rasulullah� kekasih panutan umat manusia, Allaahu Akbar � Bila keranda ini disingkap dan kita bisa melihat tubuhnya yang suci berbaring, terbayangkah bagaimana kita menatap wajahnya?
Tambahan
�Semua yang ditunjukan diatas telah disimpan dalam Muzium dan kita tidak boleh memilikinya. Tetapi selain diatas ada lagi benda yang Rasulullah saw tinggalkan dan ianya amat penting untuk kita gunakan setiap hari, iaitu� Al-Quran dan Sunnahnya. Semoga Allah pertemukan kita dengan Rasulullah kelak


VL : 

APA PERASAAN ANDA SETELAH MENATAP SEMUA GAMBAR INI?
Read more ...