10 Mei 2011

Ustaz Beri Pandangan Isu Musibah Besar Melanda Dunia Tahun 2012


Salam kepada semua muslimin dan muslimat semoga anda berada dibawah naungan iman, saya sentiasa berdoa semoga anda berada dalam keadaan sihat selalu dan dimurahkan rezeki. Saya menerima email dari kawan dan meminta saya kaji dan memberikan pandangan perkara ini di dalam blog saya. Dengan rasa tanggungjawab dan berbekalkan sedikit ilmu, saya cuba memberikan pandangan sekadar mampu saya. Kalau kawan-kawan semua ada pandangan boleh berikan komen di bawah artikel ini. Saya mengharapkan komen anda semua untuk kebaikan umat.

Ini isi email kawan saya :

"Cuba kira... 1 Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 july hari jumaat,jadi 3 august 2012 bersamaan 15 ramadan jatuh juga hari jumaat.Sama dengan hadis nabi pasai huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam pertengahan bulan ramadan iaitu hari jumaat 15 ramadan dekat bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasal satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj .(yang NASA Amerika dok bagitau pada 21-12-2012 planet X akan lintas dekat bumi ni)Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu..ALLAH sahaja maha mengetahui..cuba kita tengok hadis nabi kat bawah ni dan kenyataan pasal calender islam 2012.

Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari ping ita nnya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa.. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah te lin ga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".

Komen saya :

Hasil pertanyaan saya kepada sahabat saya Musa Muhammad, beliau mengatakan bahawa hadis ini adalah palsu. Tetapi di sini saya hanya nak menyentuh secara umum sahaja kerana saya takut pandangan yang akan diberikan ini silap. Berdasarkan isu yang menjadi hangat di seluruh dunia, iaitu akan berlaku musibah yang sangat dahsyat pada tahun 2012 nanti. Di sini saya ingin mengatakan bahawa setiap perkara yang telah berlaku dan akan berlaku adalah dari kehendak Allah, sepertimana firman Allah yang bermaksud : "Apabila Allah menghendaki sesuatu, maka jadilah ia" (Surah Yassin : 72).

Jika dilihat dalam ilmu tauhid, sifat harus bagi Allah ialah "kunfayakun" yang bermaksud jika Allah berkehendak maka jadilah perkara itu tanpa ada sekatan dan halangan. Pesanan saya, kita dijadikan di dunia ini adalah hanya semata-mata menghambakan diri kepada Allah. Marilah kita mencari bekalan akhirat dengan sebanyak yang mungkin untuk melayakkan kita masuk ke syurga Allah dan terlepas dari siksaan api neraka Allah. Banyakkan memohon ampun kepada Allah akan segala dosa yang telah dilakukan. Sesiapa yang solat lewat pada waktunya, segeralah mengerjakan solat tepat pada waktunya, sesiapa yang tidak bertudung kembalilah bertudung sepertimana yang telah disyariatkan Allah, Sesiapa yang bertudung pendek dan menampakkan dadanya maka labuhkanlah tudungnya, sesiapa yang derhaka kepada kedua ibu bapanya, segeralah memohon ampun kepada kedua ibu bapanya, Sesiapa yang banyak melakukan dosa, segeralah ia memohon ampun kepada Allah dengan sebenar taubat. Bersedialah sebagai hamba Allah yang sentiasa menanti waktu untuk bertemu Allah dengan keadaan yang bersih sepertimana kain putih yang bersih.

Awas !!! jangan sesekali melaksanakan amalan kepada Allah berdasarkan takut akan berlakunya musibah yang besar pada tahun 2012. Saya takut hal ini menjadi permainan pihak musuh Islam untuk memusnahkan umat Islam dengan cara menggunakan Islam, sepertimana berlaku di Aceh dan negara-negara Islam sebelum ini. Jangan sesekali kita abaikan pekerjaan kita semata-mata beribadah sehingga abaikan tanggungjawab kita membangunkan negara. Ingatlah kerja juga merupakan ibadah jika pekerjaan yang dilakukan kerana Allah.

Sebagai umat Islam, selagimana para ulamak tidak mengeluarkan fatwa mengenai perkara ini atau perkara-perkara lain, janganlah takut dan gentar, takutlah kepada Allah sahaja sesungguhnya siksaan Allah amat dahsyat dari itu. Bersedialah mencari sebanyak yang mungkin pahala dan amalan kebaikan untuk bekalan dihari kelak nanti.

Read more ...

Hukum Berjabat Tangan Dan Menghadiri Kenduri Orang Non Muslim

Assalamualaikum Ustaz!

Kita adalah negara berbilang kaum. Tentunya kita berkawan, berjiran dan bekerja dengan bangsa cina yang kebanyakannya makan khinzir atau memelihara anjing.

1) Perlukah kita menyamak tangan setiap kali berjabat tangan atau menerima sesuatu pemberian dari mereka?

2) Adakah kita mesti mengelak atau memberi alasan setiap kali bila undangan harijadi atau rumah terbuka pada tahun baru Cina di rumah mereka?

Jawapannya

Sebagai seorang Islam yang baik dan menghayati ajaran Islam dengan sempurna akan melaksanakan apa yang telah diperintahkan oleh Allah dan meninggalkan apa yang telah dilarang oleh Allah. Sebagai seorang muslim dia perlu menjadi tauladan atau contoh yang baik sepertimana yang telah diajarkan oleh Rasulullah. Dengan contoh tauladan yang baik, ini dapat menarik minat orang-orang bukan Islam untuk lebih mengenali Islam dengan lebih baik lagi. Hadis Nabi Muhammad saw yang bermaksud :

“Sampaikanlah walaupun dengan satu ayat” (Riwayat Al-Bukhari)

Berkawan atau berjiran dan bekerja dengan non muslim atau bangsa lain itu tidak salah dan tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Malah berkawan dengan orang bukan Islam adalah sebahagian metode dakwah yang paling baik untuk menyampaikan mesej Islam kepada mereka. Kalaulah haram kita berkawan dengan mereka bagaimana kita hendak berdakwah kepada mereka dan bagaimana kita hendak mendekati mereka. Tentu mereka akan merasa bahawa Islam telah menyisihkan mereka dan Islam juga adalah agama yang memusuhi semua agama.

Buktinya dapat kita lihat kewujudan negara Islam yang pertama iaitu Madinah, rakyatnya terdiri dari berbilang kaum dan agama. Malah Islam memberi jaminan keselamatan kepada mereka dengan wujudnya piagam Madinah. Hal ini juga telah dipersetujui oleh mereka dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Rasulullah.

Orang non muslim yang ada di negara kita ini bukan kafir harbi sepertimana yang telah didakwa oleh sesetengah pihak yang kononnya mereka ini adalah kafir harbi disebabkan mereka tegas dengan sesuatu kaum. Sepatutnya kita kena faham dan tahu maksud kafir harbi itu dahulu baru mendakwanya. Kafir harbi ini adalah orang bukan Islam yang menentang hukum Allah dan menzalimi atau memusuhi Islam seperti Yahudi yang merampas dan membunuh umat Islam Palestin, Tentera Amerika atau NATO yang menjajah dan membunuh umat Islam Iraq dan Afghanistan. Firman Allah yang bermaksud :

“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang Yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berlaku adil.” (Al-Muntahanah : 8)

Perlukah Sertu Setelah Berjabat Tangan Dengan Mereka

Firman Allah yang membawa maksud :

“Wahai orang-orang Yang beriman! Sesungguhnya (kepercayaan) orang-orang kafir musyrik itu najis, oleh itu janganlah mereka menghampiri Masjid Al-Haraam sesudah tahun ini; dan jika kamu bimbangkan kepapaan, maka Allah akan memberi kekayaan kepada kamu dari limpah kurniaNya, jika Dia kehendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (At-Taubah : 28)

Syeikh Dr Yusof Al-Qaradhawi memetik kata Imam Shaukani rh bahawa apa yang dimaksudkan adalah najis tersebut bukanlah najis hissiyah, bahkan ia adalah najis hukum. Ini bermaksud bahawa aqidah orang-orang kafir ini yang najis, dan bukanlah fizikal badan mereka.

Kesimpulan yang dapat kita ambil dari pendapat di atas, orang yang bersalam dengan orang kafir tidak perlu membersihkan tangannya kerana mereka tidak menanggung najis. Memang mereka makan dan pegang najis yang berat iaitu najis muqallazah seperti anjing dan babi. Tetapi yang kita salam itu bukan ain (najis yang dapat dilihat) najis ia cuma tangan manusia biasa.

Untuk memperkukuhkan lagi hujah ini, ada riwayat yang menyatakan bahawa Nabi Muhammad saw pernah minum dan mengambil wuduk dari bijana orang musyrikin dan baginda juga pernah makan makanan hidangan orang kafir.

Menghadiri Majlis Rumah Terbuka Atau Hari Jadi Orang Kafir.

Menghadiri majlis rumah terbuka atau sebagainya adalah harus selagimana yang tidak melibatkan perayaan atau upacara keagamaan mereka. Sahabat Umar bin Al-Khattab ra berkata :

"Janganlah kalian memasuki tempat ibadah orang kafir pada saat mereka sedang merayakan hari agama mereka, kerana kemarahan Allah akan turun kepada mereka."

Larangan ini bertujuan untuk menghindarkan diri kita dari melakukan apa-apa upacara yang melibatkan keagamaan kerana ia melibatkan akidah atau kepercayaan kita. Takut-takut nanti tertarik pulak dan timbul bisikan dalam hati yang mengatakan bahawa agama kafir ini adalah baik dan mudah dari Islam, ini boleh menyebabkan akidah kita menjadi rosak.

Jamuan yang dihidangkan oleh orang bukan Islam yang tidak melibatkan benda-benda yang syubhah boleh dimakan seperti KFC, air kotak, air botol, masakan orang muslim atau seumpamanya boleh dimakan. Kalau hidangan yang jelas haram seperti arak, babi atau sebagainya tidak boleh dimakan oleh orang muslim. Sepatutnya sebelum menghadiri majlis tersebut, terlebih dahulu kita memberi penerangan kepada kawan bukan Islam kita supaya ia lebih faham tentang halal dan haram yang terdapat dalam Islam.

Penutup

Harus bersalam dengan orang bukan Islam kerana jasad mereka tidak najis, tetapi yang najis adalah akidah mereka. Harus juga bagi orang muslim untuk menghadiri majlis kenduri yang dianjurkan oleh orang bukan Islam selagimana ia tidak melibatkan majlis keagamaan mereka. Jamuan yang disediakan yang tidak melibatkan benda-benda haram atau syubhah harus dimakan. Tidak sepatutnya kita meminggirkan orang bukan Islam, kerana mendekati mereka boleh menarik minat mereka terhadap agama Islam yang sentiasa membawa kedamaian kepada semua bangsa agama.
Read more ...

Pergaulan Adik Beradik, Saudara Susuan & Ibu Susuannya



Soalan yang dikemukakan ialah :

Saya dan tunang saya baru 4 bulan bertunang..berkawan dah hampir 2 tahun..pertama kali saya menghadiri majlis keluarga nya.Saya amat terkejut cara tunang saya bersalam dengan sepupu-sepupu perempuan dia..ada cium pipi lagi.Hati siapa lah tak cemburu..dengan orang lain dia buat macam tu..walaupun itu sepupu dia.hukum tetap haram kan..apa tah lagi dengan saya,memang confirm haram sebab saya belum isteri nya..tapi dengan saya Alhamdulillah..dia menjaga semua tata adab pergaulan dengan saya..Itu yang buat saya muskyil..bila saya tanya..dia kata mereka tu adik beradik sesusuan..saya terima sebab hukum nya tidak haram kan,Ustaz?? tapi ustaz,hati saya tetap tak menerima..sedangkan saya dengan sepupu saya..tak pernah ada berkelakuan begitu..hati saya amat sedih..tapi saya cuba trima andai betul lah mereka2 itu saudara sesusuan tunang saya..tapi tak kan lah semua sepupu-sepupu perempuan dia tu saudara sesusuan..bila saya nak bincangkan hal ni..takut jadi kemarahan dia pulak..takut saya salah cara menyampaikan hal ni.."apa yang patut saya buat ustaz,dalam hal begini..saya nak tegur..takut jadi masalah..cuma bila saya simpan..jadi masalah pulak..takut suatu hal yang berbangkit bila dia jadi suami saya nanti.memang saya akui..cemburu teramat sangat dengan kemesraan itu sedangkan dengan saya..dia takde lah mesra macam tu".

Jawapannya :

Maksud saudara susuan ialah anak angkat yang di ambil oleh sesebuah keluarga untuk memeliharanya dan ibu angkatnya memberikan susu badannya kepada anak tersebut sebanyak lima kali susuan, maka ini dinamakan anak susuan. Syarat untuk menjadi anak susuan ialah seperti berikut :

Ibu yang menyusukan telah baliqh. Maksudnya perempuan yang menyusukan anak angkat tersebut mestilah perempuan yang telah baliqh iaitu keluar haid dari kemaluannya dalam keadaan sihat anggota badannya. Umur perempuan baliqh ialah di antara 9 atau 10 tahun.

Anak yang disusukan itu berusia dua tahun ke bawah. Maksudnya anak angkat yang di susukan itu mestilah berumur 2 tahun kebawah dan tidak boleh anak yang berumur 2 tahun ke atas. Hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Tidaklah susuan itu melainkan dalam lingkungan umur dua tahun.” (Riwayat Darul Qutni)

Susuannya sebanyak lima kali yang berasingan dan setiap kali menyusu mesti sampai kenyang. Maksudnya anak angkat yang disusukan mestilah sebanyak 5 kali susuan secara berasingan dan susuannya tidak boleh kurang dari 5 kali. Setiap kali susuan tersebut mestilah sehingga anak tersebut kenyang. Hadis Nabi yang bermaksud : “Adalah pada ayat yang diturunkan daripada Al-Quran ialah sepuluh kali susu yang maklum lagi mengharamkan kemudian dimansuhkan dengan lima kali susu sahaja.” (Riwayat Muslim)

Susu yang diberi kepada kanak-kanak itu mestilah ditelan sehingga sampai ke perut anak tersebut. Maksudnya susuan yang diberikan kepada anak tersebut dipastikan sampai kedalam perut anak angkat tersebut. jika tidak sampai maka tidak boleh dianggap anak angkat tersebut sebagai anak susuan.


Batas pergaulan anak susuan (anak angkat susuan) dengan saudara susuannya (anak-anak dari darah daging ibu susuan) sama sepertimana adik beradik kandungan atau saudara sama mahramnya. Auratnya antara anak perempuan dengan anak lelaki ialah antara pusat dengan lutut. Tetapi ada pendapat lain yang menyatakan aurat anak perempuan seluruh badannya kecuali kepala, muka dan tangannya sahaja. Pendapat saya berdasarkan keadaan semasa yang banyak berlaku kes-kes sumbang mahram dikalangan adik beradik, bapa dengan anak, atuk dengan cucu dan sebagainya, maka lebih eloklah anak perempuan tersebut tutup keseluruh tubuh badannya kecuali kepala, muka dan tangannya sahaja supaya dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Pendapat saya lagi, adik beradik antara lelaki dan perempuan atau sesama saudara susuan tidak eloklah berpelukkan antara saudara lelaki dan perempuan, kerana dikuatiri akan berlakunya perkara yang tidak diingini iaitu sumbang mahram atau timbulnya perasaan nafsu syahwat. Walaupun dalam Islam tiada batas pergaulan antara mereka, tetapi lebih baik berjaga-jaga sebelum terjadinya perkara yang tidak diingini. Biarlah bersalam atau mencium tangan saudara yang lebih tua sebagai tanda penghormatan antara satu sama lain, tetapi lebih baik elaklah dari berpelukkan atau berciuman antara satu sama lain.

Anak susuan tidak boleh meminang atau mengahwini ibu susuannya dan saudara susuannya. Sepertimana fiman Allah yang bermaksud :

“Diharamkan kepada kamu berkahwin Dengan (perempuan-perempuan Yang berikut): ibu-ibu kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan saudara-saudara bapa kamu, dan saudara-saudara ibu kamu dan anak-anak saudara kamu Yang lelaki, dan anak-anak saudara kamu Yang perempuan, dan ibu-ibu kamu Yang telah menyusukan kamu, dan saudara-saudara susuan kamu, dan ibu-ibu isteri kamu, dan anak-anak tiri Yang Dalam pemuliharaan kamu dari isteri-isteri Yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telahpun menceraikan mereka), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya). dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri Yang berasal dari benih kamu. dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali Yang telah berlaku pada masa Yang lalu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (An-Nisa : 23)

Merujuk kepada ayat di atas yang telah saya boldkan telah menjelaskan dengan jelas sekali bahawa diharamkan anak susuan mengahwini ibu susuannya atau saudara susuannya, kerana anak susuan tersebut telah menjadi sebahagian dari keluarga tersebut dan boleh dikatakan sepertimana anaknya sendiri tetapi binnya tetap berbeza dari saudara susuannya. Hadis Nabi yang bermaksud :

“Wahai Rasulullah, tidakkah tuan berkenan (berkahwin) dengan anak perempuan pamanmu, Hamzah. Dia adalah gadis Quraisy yang paling jelita dan cantik. Baginda menjawab: Apakah engkau tidak tahu bahawa Hamzah itu adalah saudara susuanku? Sedangkan Allah S.W.T telah mengharamkan hubungan berkaitan dengan saudara sesusuan sama seperti hubungan seketurunan (senasab).” (Hadis riwayat Bukhari)
Read more ...

Adakah Suami Menaggung Dosa Isteri & Anak-anaknya


Soalan yang dikemukakan ialah :

Apabila seorang lelaki menjadi suami, dosa-dosa isteri, anak-anak perempuan belum kahwin, dan anak lelaki yang belum baligh.. si suami yang menanggung..betul ke uztaz? Adakah dosa-dosa perempuan sebelum dia berkahwin, suami dia yang tanggung selepas bernikah..? Setiap sentuhan diantara si suami dan si isteri mendapat pahala dan gugur nya dosa-dosa kecil apabila suami dan isteri berpegangan tangan?

Jawapan :

Suami merupakan ketua rumahtangga, dan suami bertanggungjawab untuk memberikan segala nafkah kepada isterinya. Di antara tanggungjawab yang penting ialah memberikan didikan agama kepada isteri dan anak-anaknya supaya tidak berlaku perkara-perkara yang dilarang oleh Islam di dalam rumahtangganya.

Segala dosa yang dilakukan oleh isteri dan anak-anaknya akan ditanggung oleh mereka sendiri dan tidak dipertanggungjawabkan kepada suami atau orang lain. Suami atau ayah hanya menanggung dosa kecuaiannya sahaja kerana tidak mendidik isteri dan anak-anaknya ke jalan yang benar iaitu Islam. Firman Allah yang bermaksud :

“Katakanlah: "(Sesudah Aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) Patutkah Aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia lah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? dan tiadalah (kejahatan) Yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja Yang menanggung dosanya; dan seseorang Yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu ia menerangkan kepada kamu akan apa Yang kamu berselisihan padanya.” (Al-An’am : 164)

Suami yang memberikan didikan agama dan teguran kepada isteri dan anak-anaknya supaya jangan melakukan perkara-perkara yang dimurkai Allah dan mematuhi segala peraturan Islam, tetapi isteri dan anak-anaknya tetap melakukan perkara dosa juga, maka di sini suami tersebut terlepas dari dosa kecuaiannya, kerana suami tersebut telah menunaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga.

Jangan jadi suami yang dayus, kerana suami dayus adalah suami yang menghalalkan atau tidak berani menegur isterinya melakukan dosa. Suami dayus tidak layak masuk syurga, kerana beliau tidak mencegah isteri dan anak-anaknya melakukan kemungkaran, segala amalan suami tersebut ditolak oleh Allah dan dihumbankan ke dalam neraka Allah disebabkan ia adalah suami yang tidak menunaikan amanah dan tanggungjawabnya. Firman Allah yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman jauhkanlah dirimu dan ahli keluargamu dari azab api neraka”.

Anak-anak yang belum baliqh, tidak ditetapkan lagi dosa dan pahalanya, kerana mereka tidak dikira orang yang mukallaf lagi, segala kejahatan dan dosa ditanggung oleh ayahnya sendiri, kerana ayahnya merupakan ketua keluarga yang bertanggungjawab untuk memberikan pendidikan agama kepada anak-anaknya. Apabila anak tersebut telah baliqh, maka segala dosa akan ditanggung oleh mereka sendiri, kerana segala peraturan syariat telah ditetapkan atas diri mereka di sebabkan telah baliqh.

Benar bagi suami isteri yang berpegangan tangan atau bersalaman antara satu sama lain, maka dosa kecil mereka akan keluar melalui celah-celah jari mereka. Islam mengajar umatnya yang telah berkahwin saling bersalaman dan berpegangan tangan kerana segala dosa-dosa kecil suami isteri hilang disebabkan perbuatan tersebut.
Read more ...

Hukum Meletakkan Gambar Bernyawa Di Rumah

Soalan yang diajukan:

Apa hukumnya kita menggantung gambar bernyawa didalam rumah. Contoh gambar kita menerima sijil?

Jawapannya:

Menggantungkan gambar yang bernyawa di dalam rumah ialah seperti gambar binatang, gambar orang atau gambar keluarga tuan rumah. Setelah saya meneliti masalah ini bahawa memang haram dan Nabi melarang umatnya meletakkan gambar bernyawa di dalam rumah, kerana malaikat rahmat tidak masuk di dalam rumah untuk memberikan rahmat. Hadis Nabi yang bermaksud:

Dari 'Aisyah r.a katanya, dia membeli bantal-bantal kecil bergambar-gambar. Maka tatkala Rasulullah SAW melihat bantal-bantal tersebut baginda berhenti di muka pintu dan tidak terus masuk. Aku tahu dari wajah baginda bahawa baginda tidak senang. Berkata 'Aisyah: "Ya Rasulullah! Aku bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya. Apakah kesalahanku? Rasulullah SAW kembali bertanya: "Bantal-bantal apakah itu?" Jawab 'Aisyah, "Aku membelinya sebagai tempat duduk anda atau tempat anda bersandar." Sabda Rasulullah SAW: "Pelukis gambar-gambar ini akan diseksa di hari kiamat seraya dikatakan kepada mereka: "Hidupkanlah gambar-gambar yang kamu lukis itu!" Kemudian baginda bersabda: "Sebuah rumah yang terdapat di dalamnya gambar-gambar (haiwan), malaikat tidak mahu masuk ke dalam rumah itu." (Riwayat Muslim)

Berkata Imam Manawi: Yang dimaksudkan dengan gambar pada hadis ini ialah suatu yg mempunyai ruh sekalipun tidak mempunyai bayang dan tidaklah termasuk dengan gambar yg tidak mempunyai ruh seperti pohon-pohon kayu. Dan yang dimaksudkan dengan malaikat pada hadis ini ialah malaikat yg membawa rahmat kepada penghuni-penghuni rumah. Adapun malaikat pencatit amal tiadalah berpisah ia dari seseorang anak Adam.

Haram bagi orang yang meletakkan gambar atau patung yang bernyawa di rumah-rumah mereka, sama ada separuh gambar atau sempurna gambar tersebut. Tiada mengapa dan diharuskan meletakkan gambar yang berbentuk pohon, kapal, rumah, ayat Al-Quran, Kata-kata hikmah, kereta, motorsikal dan sebagainya.

Hal di atas beza dengan gambar-gambar fotografik yang dihasilkan oleh kamera dan video. Harus bagi sesiapa yang ingin meletakkan atau menggantungkan gambar fotografik di rumahnya. Jika gambar fotografik tersebut mengandungi unsur-unsur pemujaan, mendedahkan aurat, mengagungkan gambar tersebut dan seumpamannya, maka hukumnya adalah haram dan bersesuaian dengan pendapat Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam buku Seni Dalam Islam:

"Hukum gambar-gambar fotografik pada asalnya harus selagimana gambar tersebut tidak mengandungi unsur-unsur yang diharamkan seperti mengagungkan gambar seseorang yang mempunyai kemuliaan dalam agama ataupun disebabkan kedudukan dan pangkat yang dimilikinya, apatah lagi sekiranya orang yang diagung-agungkan terdiri daripada orang kafir, fasiq, penyembah berhala, komunis ataupun tokoh-tokoh seni yang menyeleweng."

Pandangan saya, gambar manusia atau makhluk bernyawa yang dihasilkan oleh seni lukisan, adalah haram sepertimana yang terdapat di dalam hadis di atas. Di haruskan gambar dari hasil seni lukisan bukan gambar manusia dan makhluk bernyawa seperti gambar pemandangan, masjid, rumah, kereta dan seumpamanya. Harus juga bagi gambar yang dihasilkan oleh kamera atau video untuk digantung atau diletakkan di rumah bukan bertujuan penyembahan, mengagungkan, gambar yang tidak mendedahkan aurat, gambar orang kafir dan seumpamanya. Gambar kamera yang dibolehkan adalah bertujuan sebagai kenangan, tanda kekeluargaan dan seumpamanya.

Petikan dari Blog Ustaz Nor Amin

VeeNa LoneLiness : Insya-Allah, sama-sama kita ambil manfaat dari jawapan Ustaz Nor Amin. Yang dibenarkan oleh syarak, kita buat, yang diharamkan kita pakat-pakat tinggal ye... :)
Read more ...

Tak Satupun Yang Dapat Menggantikan Rintihan Seorang Ibu Saat Melahirkan

Imam Muhammad al-Baqir menuturkan :

Seseorang datang menemui Rasulullah Saw dan berkata, ” Wahai Rasulullah, ayah saya kini telah tiada, sedangkan ibu saya sudah sangat tua . Kalau makan, saya hancurkan dulu makanan tersebut kemudian saya letakkan makanan itu ke dalam mulutnya ; tak ubahnya anak kecil. Saya juga meletakkan beliau dalam ayunan kain seperti bayi dan setelah itu saya mengayunkannnya sampai tertidur. Kerana faktor usia yang sudah sangat lanjut itu, terkadang beliau meminta sesuatu kepada saya yang saya sendiri tak mengerti apa yang dikehendakinya. Kerana itu, saya mohon kepada Allah agar memberi saya seorang wanita yang bekerja menyusui agar saya dapat menyusui ibu saya, sebagaimana ibu saya pernah menyusui saya. Ketika itu, dia (wanita itu) membuka dadanya, sehingga tampaklah kedua payudaranya, kemudian sedikit tekanan, keluarlah air susunya.

Melihat kejadian itu, Rasulullah Saw meneteskan airmata seraya bersabda, “ Wahai anak muda, engkau telah mendapatkan keberhasilan yang sangat layak, kerana engkau memohon kepada Allah dengan hati yang bersih dan niat yang tulus, dan Allah telah mengabulkan doamu. “

Anak muda itu bertanya, ” Wahai Rasulullah, apakah saya sudah dapat menggantikan jerih payah serta hak-hak ibu saya?

Rasulullah Saw bersabda, ” Engkau takkan pernah boleh menggantikannya (semua jerih payah dan hak-haknya), bahkan satu rintihan di antara rintihan-rintihannya pada ketika melahirkan pun tak dapat kau gantikan.

Dipetik dari Buku ” Kisah-Kisah Ayah Ibu ” karya : Ahmad Mir Khalaf Zadeh & Qasim Mir Khalaf Zadeh
Read more ...

~ VeeNa Loneliness ~: Berbakti Kepada Orang Tua Lebih Baik Daripada Satu...

~ VeeNa Loneliness ~: Berbakti Kepada Orang Tua Lebih Baik Daripada Satu...: "Seseorang datang menemui Rasulullah Saw berkata, ” Wahai Rasulullah ! Saya sangat rindu pada jihad dan peperangan serta melakukan perbuatan..."
Read more ...

Berbakti Kepada Orang Tua Lebih Baik Daripada Satu Tahun Berjihad..


Seseorang datang menemui Rasulullah Saw berkata, ” Wahai Rasulullah ! Saya sangat rindu pada jihad dan peperangan serta melakukan perbuatan-perbuatan sangat sulit berkaitan dengan itu.

Rasulullah Saw bersabda, ” Berjihadlah di jalan Allah, kerana apabila engkau mati terbunuh, nescaya Allah akan menghidupkanmu dan memberimu rezeki. Dan apabila engkau meninggal dunia ( bukan karena terbunuh dalam jihad di jalan Allah) , maka pahalamu ada di sisi Allah. Dan apabila kamu kembali dalam keadaan selamat, maka semua dosa-dosamu telah diampuni Allah, sama seperti engkau baru dilahirkan oleh ibumu.

Orang itu berkata, ” Wahai Rasulullah ! Saya memiliki ayah dan ibu yang sangat mencintai saya dan mereka tidak senang jika saya tinggalkan.

Rasulullah Saw bersabda, ” Kalau begitu, tetaplah engkau berada di sisi ayah dan ibumu. Demi Allah, kesenangan mereka terhadapmu dan kebahagiaan mereka akan keberadaanmu dalam sehari-semalam lebih baik daripada satu tahun berjihad.

Dipetik dari Buku ” Kisah Ayah Ibu ” karya Ahmad Mir Khalaf Zadeh @ Qasim Mir Khalaf Zadeh
Read more ...

09 Mei 2011

Fesyen Tudung Bersanggul

AMARAN FESYEN TUDUNG BERSANGGUL TINGGI


“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Rasulullah s.a.w bersabda:


“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini

RENUNG RENUNGLAH WAHAI WANITA ISLAM....




 
Read more ...

An Nur

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Ini ialah satu “surah” yang Kami turunkan dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat (mengamalkannya).


(1) Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.

(2) Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.

(3) Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik.

(4) Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu (dari kesalahannya yang tersebut) serta memperbaiki amalannya, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

(5) Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya dia dari orang-orang yang benar.

(6) Dan sumpah yang kelima (hendaklah dia berkata): Bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika dia dari orang-orang yang dusta.

(7) Dan bagi menghindarkan hukuman seksa dari isteri (yang kena tuduh) itu hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa suaminya (yang menuduh) itu sesungguhnya adalah dari orang-orang yang berdusta.

(8) Dan sumpah yang kelima (hendaklah dia berkata); Bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya dari orang-orang yang benar.

(9) Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, dan juga (kalaulah tidak kerana) bahawa Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Bijaksana, (tentulah kamu) akan mengalami kesusahan yang sukar diatasi).

(10) Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat).

(11) Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: Ini ialah tuduhan dusta yang nyata.

(12) Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta.

(13) Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab seksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu.

(14) Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.

(15) Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: Tidaklah layak bagi kami memperkatakan hal ini! Maha Suci Engkau (ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli rumah Rasulullah)! Ini adalah satu dusta besar yang mengejutkan.

(16) Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini selama-lamanya, jika betul kamu orang-orang yang beriman.

(17) Dan Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan (hukum-hukumNya); kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

(18) Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).

(19) Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, dan juga (kalaulah tidak kerana) bahawa Allah Amat melimpah belas kasihanNya, (tentulah kamu akan ditimpa azab dengan serta-merta).

(20) Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan (ingatlah!) Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

(21) Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya dari kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang-orang miskin serta orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

(22) Sesungguhnya orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, yang tidak terlintas memikirkan sebarang kejahatan, lagi yang beriman, akan dilaknat (oleh Allah) di dunia dan di akhirat dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang besar;

(23) Pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan.

(24) Pada hari itu Allah akan menyempurnakan untuk mereka balasan (azab seksa) yang berhak mereka mendapatnya dan mereka pula akan mengetahui bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Adil, lagi nyata keadilanNya.

(25) (Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.

Petikan Ayat Al-Quran – Al Munafiqun: 2

Mereka (orang-orang munafik) menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan. “(Al-Munafiqun: 2).
Read more ...

08 Mei 2011

Kisah sedih : Pengorbanan Seorang Ibu .. [bikin nangis]

Kejadian ini terjadi di sebuah kota kecil di Taiwan , Dan sempat dipublikasikan lewat media cetak dan electronic.

Ada seorang pemuda bernama A be (bukan nama sebenarnya). Dia anak yg cerdas dan rajin. Tempat tinggalnya tidak terlalu jauh dari kantor. Tipe orangnya yang humoris dan gaya hidupnya yang sederhana membuat banyak teman2 kantor senang bergaul dengan dia.

Dirumahnya ada seorang wanita tua yang tampangnya seram sekali. Sebagian kepalanya botak dan kulit kepala terlihat seperti borok yang baru mengering. Rambutnya hanya tinggal sedikit dibagian kiri dan belakang.

Tergerai seadanya sebatas pundak. Mukanya juga cacat seperti luka bakar. Wanita tua ini betul2 seperti monster yang menakutkan. Ia jarang keluar rumah bahkan jarang keluar dari kamarnya kalau tidak ada keperluan penting. Wanita tua ini tidak lain adalah Ibu kandung A Be.

Walau demikian, sang Ibu selalu setia melakukan pekerjaan routine layaknya ibu rumah tangga lain yang sehat. Membereskan rumah, pekerjaan dapur, cuci-mencuci (pakai mesin cuci) dan lain-lain. Juga selalu memberikan perhatian yang besar kepada anak satu2-nya A be. Namun A be adalah seorang pemuda normal layaknya anak muda lain. Kondisi Ibunya yang cacat menyeramkan itu membuatnya cukup sulit untuk mengakuinya.

Setiap kali ada teman atau kolega business yang bertanya siapa WANITA CACAT dirumahnya, A be selalu menjawab WANITA itu adalah pembantu yang ikut Ibunya dulu sebelum meninggal. "Dia tidak punya saudara, jadi saya tampung, kasihan." jawab A be.

Hal ini sempat terdengar dan diketahui oleh sang IBU. Tentu saja IBUnya sedih skali. Tetapi ia tetap diam dan menelan ludah pahit dalam hidupnya. Ia semakin jarang keluar dari kamarnya, takut anaknya sulit untuk menjelaskan pertanyaan mengenai dirinya. Hari demi hari kemurungan sang Ibu kian parah. Suatu hari ia jatuh sakit cukup parah. Tidak kuat bangun dari ranjang. A be mulai kerepotan mngurusi rumah, menyapu, mengepel, cuci pakaian, menyiapkan segala keperluan sehari-hari yang biasanya di kerjakan oleh Ibunya. Ditambah harus menyiapkan obat-obatan buat sang Ibu sebelum dan setelah pulang kerja (di Taiwan sulit sekali cari pembantu, kalaupun ada mahal sekali).

Hal ini membuat A be jadi BT (bad temper) dan uring-uringan dirumah. Pada saat ia mencari sesuatu dan mengacak-acak lemari Ibunya, A be melihat sebuah box kecil. Didalam box hanya ada sebuah foto dan potongan koran usang. Bukan berisi perhiasan seperti dugaan A be. Foto berukuran postcard itu tampak seorang wanita cantik. Potongan koran usang memberitakan tentang Seorang WANITA berjiwa Pahlawan yang telah menyelamatkan Anaknya dari musibah kebakaran. Dengan memeluk erat Anaknya dalam dekapan, menutup dirinya dengan sprei kasur basah menerobos api yang sudah mengepung rumah. Sang WANITA…IBU MUDA menderita luka bakar cukup serius sedang anak dlm dekapannya tidak terluka sedikitpun.

Walau sudah usang, A be cukup dewasa untuk mengetahui siapa IBU MUDA cantik di dalam foto dan siapa WANITA Pahlawan yang dimaksud dalam potongan koran itu. Dia adalah Ibu kandung A be. Wanita yang sekarang terbaring sakit tak berdaya. Spontan air mata A be menetes keluar tanpa bisa di bendung. Dengan menggenggam foto dan koran usang tersebut, A be langsung bersujud disamping ranjang sang Ibu yang terbaring. Sambil menahan tangis ia meminta maaf dan memohon ampun atas dosa-dosanya selama ini. Sang Ibu-pun ikut menangis, terharu dengan ketulusan hati anaknya. " Yang sudah- nak, Ibu sudah maafkan. Jangan di ungkit lagi".

Setelah sembuh, A be bahkan berani membawa Ibunya belanja kesupermarket. Walau menjadi pusat perhatian banyak orang, A be tetap cuek bebek.Kemudian peristiwa ini menarik perhatian kuli tinta (Wartawan). Dan membawa kisah ini kedalam media cetak dan elektronik.

hanya sedikit mengingatkan bahwa nabi pernah mengatakan bahwa "suatu masa nanti sang ibu akan melahirkan majikannya"

semoga kita bukan menjadi majikan dari seorang ibu tpi selalu menjadi pelayan hati dan jiwanya.amin…
Dari: Abu Hanif Yayat Dimyati
Read more ...

kisah Sedih : Susu Terakhir Buat Si Kecil..

Assalamualaikum..

kisah ni aku copy paste dari Facebook...sangat2 touching! subhanallah..besarnya pengorbanan seorang ibu....

Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.

Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah...



"selamat Hari Ibu..."

 
Read more ...

Kisah sedih : Pengorbanan Seorang Ibu (1)

Kisah pengorbanan seorang ibu yang terpaksa mengorbankan cuping telinganya untuk anak kecilnya yang cacat. Sehingga mati, anaknya tidak tahu siapa yang derma cuping itu. 

“Nurse,boleh saya tengok bayi saya?”

Ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dengan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyuman meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu,diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuannya.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal,sesuatu yang cukup menggembirakan si ibu.

Masa terus berlalu…Pulang dari sekolah suatu tengahari,anak yang tiada cuping telinga itu kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan.

“Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan muncul sebagai pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga,si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk.

Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. Ayah kanak-kanak itu tidak mahu anaknya terus merasa rendah diri dengan keadaan diri yang cacat.

“Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah.

Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban. Setahun berlalu…

“Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan,” kata si ayah.

Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang. Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajarannya. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

“Sebelum berangkat ke luar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali.

“Tak mungkin,” balas si ayah.

“Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan.Tunggulah,masanya akan tiba.”

“Bila?” tanya si anak.

“Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk.

Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya. Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya,perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku. Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

“Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya.

“Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat,dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya…tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.”


P/s:Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati.Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui. Selagi ibu kita ada di dunia ini, ciumlah dia, ciumlah tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah SYURGA DI BAWAH KAKI IBU, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya masih ada,curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya, ‘I LOVE U MOM’.
Read more ...

kisah Tauladan : Pengorbanan seorang ibu.. (2)

Ibu, merupakan wanita yang mulia ..
yang telah bertungkus lumus membesarkan kita tanpa rasa penat dan
jemu..Namun , apabila kita sudah berjaya jgnlah lupa terhadap pengorbanan ibu kita..
Marilah sama2 kita renungi pengorbanan seorg ibu terhadap anknya yang tidak mengenang jasa..huhu



"Man malu mak! Semua kawan-kawan Man mengejek Man. Mereka kata mak Man raksasa, hodoh. Ada satu mata aja."

"Biarlah Man, lama-lama mereka akan penat bercakap. Mereka akan berhenti mengata Man lagi."

"Arghhh... Man tak peduli mak. Mereka sentiasa mengejek Man.

Mak janganlah datang ke sekolah Man lagi. Man malu mak.. Man ada mak yang hodoh, mata satu. Man malu mak!"

Rizman bangun lalu pergi ke biliknya. Dia berazam nak belajar sebaik mungkin dan keluar belajar jauh dari kampungnya.

Ibunya sayu melihat anak tunggal kesayangannya itu.
Tapi dia tetap bersabar dan sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan anaknya itu.
Akhirnya Rizman berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke luar negara dalam bidang perubatan.
Dia berjaya menjadi seorang pakar bedah yang berjaya.

Sepanjang tempoh tersebut, dia tak pernah mengirim berita atau melawat ibunya di kampung.
Namun ibunya tetap gembira apabila mengetahui kejayaan anaknya dan sentiasa mendoakan kejayaan untuk anak kesayangannya itu.
Rizman seolah-olah telah melupai ibunya, dia malu kerana maknya bermata satu, hodoh ibarat raksasa.
Ibunya mendapat tahu yang Rizman kini telah bertugas ibu kota.

Anaknya itu kini menjadi doktor pakar di sebuah hospital swasta tersohor di Malaysia.
Anaknya juga telah berkahwin dengan seorang anak Dato' dan mempunyai dua orang cahaya mata - seorang putera dan seorang puteri.
Hati ibunya melonjak-lonjak ingin bertemu dengan anak kesayangannya itu.
Dia bertekad yang dia mesti berjumpa dengan anaknya di ibu kota!

Suatu hari, ibunya menaiki teksi ke ibu kota.
Dia menuju ke rumah anaknya di kawasan elit, kawasan orang-orang berada dan berjaya.
Siapa yang tak kenal anaknya – doktor pakar bedah yang berjaya dan tersohor di Malaysia!
Setiba di banglo anaknya itu, ibunya itu menekan suis loceng rumah di pagar rumah tersebut.

"Keretanya ada, lagipun hari ni hari minggu, pasti anakku ada di rumah" getus ibunya.
Seorang pembantu rumah separuh umur datang dan menanya,
"Mahu apa makcik? Nak jumpa siapa?"
"Makcik nak jumpa dengan anak makcik"
"Anak makcik? Siapa?"
"Dr. Rizman tu anak makcik, anak tunggal makcik"
"Ooo... sekejap makcik ya, nanti saya panggil tuan"

Pembantu rumah tersebut bergegas masuk ke dalam rumah untuk memaklumkan kepada Dr. Rizman.
Sebentar kemudian, Rizman keluar dengan anak sulungnya, Aiman.

"Siapa kau wahai orang tua?"
"Man.. anak mak, intan payung mak, ni mak ni. Mak baru jer sampai dari kampung."
"Mak? Mak aku dah lama tiada. Aku tiada mak yang bermata satu dan hodoh macam kamu ni. Aku orang yang berjaya, takkan mak aku rupa macam ni?"
"Ayah.. Aiman takut ayah. Nenek ni mata satu, macam hantu!"
"Kau dengar tu orang tua, berambus kau dari sini. Jangan kau cuba nak menakutkan anakku ini pula! Berambus! Kau bukan mak aku!"
"Sampai hati kau Man, ni mak ni. Mak yang membesarkan kau dari kecil hingga kau dewasa"
"Arghh.. mak aku dah tiada. Pergi kau dari sini! Jangan ganggu keluarga aku ni wahai orang tua!"

Maknya menangis dan dengan penuh hiba, maknya beredar kerana dia tidak mahu menakutkan cucunya dan menjatuhkan maruah anaknya. Dia melangkah longlai dan hilang di puput bayu...
Malam-malam yang mendatang, Rizman sering bermimpi yang dia dibakar oleh api yang marak menyala.
Api itu seolah-olah takkan padam malah semakin marak menjulang tinggi. Bisa menelan apa saja yang di bakarnya.Rizman rasa panas yang amat membara dan dia meminta tolong untuk di keluarkan daripada panas api tersebut.

Tiba-tiba dia terdengar satu suara,

"Kau akan kekal dalam api ini selama-lamanya kerana kau telah derhaka kepada ibumu yang melahirkan dan membesarkan kamu. Maka sinilah tempat mu yang paling sesuai sehingga ke akhir masa mu!"

Rizman terkejut dan bingkas bangun dari tidurnya. Dia beristighfar.
Memikirkan mimpinya itu yang masuk kali ini dah hamper tujuh hari berturut-turut dengan mimpi yang sama.
Perasaan sebak tiba-tiba datang melanda dirinya. Dia berasa amat berdosa dengan ibunya.

Rizman bertekad. Dia mesti pergi berjumpa ibunya esok. Mesti!
Setibanya di kampung, rumah ibunya bertutup rapat dan begitu sunyi.
Rizman memberi salam namun tiada siapa yang menjawab.

Tiba-tiba..

Fuad; kawan Rizman sewaktu kecil menegur Rizman.

"Hoi anak derhaka! Baru sekarang kau nak balik? Buat apa kau balik, pergilah duduk di bandar sana. Sini kampung, tempat orang susah dan tak bersekolah! Buat apa kau nak balik sini?"
"Aku nak jumpa mak aku. Aku banyak dosa dengan dia. Aku nak memohon maaf dengan dia. Kau nampak mak aku Fuad?"
"Hoh.. dah buat salah senang-senang kau nak minta maaf ya. Kau tahu tak betapa besarnya dosa kita jika kita menderhakai kedua ibu bapa kita? Kau tahu tak?" herdik Fuad.
"Aku dah sedar, aku insaf, aku nak jumpa mak aku. Mana dia Fuad?"
"Kau terlambat Man, dia dah tiada. Baru dua hari lepas dia dah kembali ke rahmatullah"
"Apa?"

Man terjelepuk ke tanah menangisi kematian ibunya. Dia sedar yang dosanya tidak akan dapat diampunkan kerana kesalahannya dengan ibunya itu!

"Sebelum mak kau meninggal, dia ada tinggalkan satu surat kat kau. Nah! Kau pikirlah sendiri."

Man mengambil surat tu dan membaca...

Ke hadapan anak mak yang mak sayangi,

Mak berbangga kerana mak ada anak yang cerdik, pandai dan berjaya. Mak tumpang gembira.Mak gembira kerana dapat juga melihat cucu mak yang dah besar tu. Mak tahu yang Man juga sangat sayang anak Man tu sama seperti mak menyayangi anak mak.

Mak dulu ada seorang anak. Pada waktu dia kecil-kecil dahulu, anak mak ni kemalangan. Matanya tertusuk dengan ranting kayu. Matanya buta. Mak rasa sangat sedih dan susah hati. Mak rasa seperti hidup mak dah berakhir.

Mak tak sanggup melihat anak mak itu dalam keadaan buta sebelah mata. Nanti kawan-kawannya ejek dia nanti macam mana? Mak tekad. Mak akan menghadiahkan sebelah mata mak kepada anak mak ini supaya dia boleh melihat dunia yang indah ini dan berjaya di masa hadapan.

Mak tak apa. Jika anak mak berjaya maka mak amat gembira kerana anak mak berjaya kerana dia dapat melihat melalui mata mak itu. Biarlah dia melihat dunia. Mak tak kisah tentang pengorbanan mak ini.
Kini segala impian dan harapan mak dah di penuhi. Mak tetap sayangkan anak mak. Mak ampunkan segala dosa anak mak ini. Mak doakan moga anak mak ini berjaya dunia dan akhirat.
 
Rizman terkedu. Air matanya pantas mengalir keluar.

Barulah dia sedar, mak yang dia selama ni dia cemuh telah memberikan matanya untuk dia supaya dia boleh berjaya dan melihat dunia.

Sesal yang tiada penghujungnya menyusup masuk ke sanubari Rizman.

"Mak! Ampunkan Rizman mak! Rizman banyak dosa dengan mak! Rizman sayang mak!"jerit Rizman.
*****
Read more ...

PUISI BUAT IBU


Ibu

Aku lahir tanpa apa-apa,
Engkaulah yang mengajariku segalanya,
Membesarkanku dengan segala upaya,
Berharap aku kan jadi orang yang berguna..


Ketika aku menangis dalam takut,
Engkaulah yang menenangkanku..
Dan ketika aku jatuh sakit,
Engkaulah yang selalu berada di sampingku..



Engkau menegurku ketika aku salah,
Engkau mengingatkanku ketika aku lupa,
Engkau menghiburku ketika aku sedih,
Engkaulah yang menyembuhkanku ketika aku terluka.



Kini aku telah dewasa,
Berusaha mengejar dan meraih cita-cita,
Berharap kan menjadi orang yang berguna,
Demi mewujudkan harapan dan impian keluarga..



Terima kasih ibu,
Engkaulah segalanya bagiku,
Tanpamu kini aku bukanlah apa-apa,
Kasihmu padaku tak kan terbalas sepanjang masa...
Read more ...

MUSTAFA KAMAL ATATURK : MATINYA DALAM HINA


Buat tatapan pemimpin negara dan tokoh – tokoh agama yang ada didalam negara 1 Malaysia ini.…. samada sedar, tidak sedar dan membuat tidak sedar sejarah yang berlaku kepada Bapa Moden Turki yang mati didalam sehina - hinanya diatas dosa – dosa yang dilakukannya.

Di negara ini anak – anak muda yang kaki bola pula mereka hanya kenal pemain – pemain bolasepak Turki di Liga Jerman dan liga – liga Eropah atau yang pernah muncul dalam Piala Dunia...mungkin mereka tak tahu sejarah tokoh ini.

Adakah sahabat semua mengenali MUSTAFA KAMAL ATATURK?? Benar.. Masakan kita tidak mengenalinya sedangkan dialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Daulah Khilafah yang kita banggakan sejak sekian lama. Tanggal 3 Mac 1924 merupakan titik hitam di dalam sejarah umat Islam yang tidak harus dilupakan oleh kaum Muslimin. Pada tarikh inilah umat Islam secara rasmi telah kehilangan perisai dan tonggak tempat mereka berlindung - Khilafah Islamiyyah. Kejadian ini meninggakan luka yang amat dalam pada diri umat Islam..

Khalifah yang terakhir, Sultan Abdul Majid telah diusir meninggalkan pusat pentadbiran Daulah Khilafah di Turki pada subuh hari tersebut hasil daripada persidangan Majlis Nasional yang diketuai oleh La’natullah Mustafa Kamal melalui konspirasi jahat kafir Barat. Semuanya telah berlalu dan kehidupan umat Islam kini lemah tanpa ada pembela gara-gara si Kamal Ataturk keparat ini.. Disini ingin saya kongsikan peristiwa yang berlaku apabila kematian semakin menghampiri si keparat pembelot agama Allah ini... Moga Allah melaknat beliau..

Kamal Ataturk diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). Perkataan Ataturk bermakna bapa orang Turki. Artaturk ialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Kerajaan Islam Turki pada tahun 1343H (1924M).
Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar salonika, Greek yang ketika itu merupakan jajahan takluk Kerajaan Uthmaniyyah. Bapanya bernama Ali Reda Afandi, berkerja sebagai pengawal di jabatan Kastam. Ada yang mengatakan beliau ialah bapa tiri Ataturk dan bukan bapa kandungnya. Ada juga yang mengatakan Ataturk oleh Guru matematiknya yang bernama Mustafa. Mustafa bertugas di sekolah Ataturk iaitu sebuah sekolah menengah tentera dan pada ketika itulah beliau tertarik dengan kebolehan Ataturk dalam bidang matematik lalu mencadangkan nama Mustafa Kamal.

Ketika Mustafa Kamal mencapai usia 12 tahun, beliau memasuki Sekolah Tentera Salonika. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M). Pada tahun 1322H (1905M), beliau memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M). Kemudiannya, belaiu telah ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika.

Ataturk hidup tanpa isteri dan anak-anak. Isterinya bernama Latifah Hanim hanya mampu tinggal bersamanya selama setahun sahaja kerana tidak tahan dengan kefasikan Ataturk. Kediamannya dipenuhi dengan segala macam kemungkaran daripada arak sehinggalah wanita.
Sewaktu Mustapha Kamal Attaturk menjadi perdana menteri Turki, dia telah membuat undang-undang yang amat bercanggah dengan ajaran agama Islam, antaranya ialah :

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.

12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.

17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan > tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan



Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.
Antaranya ialah :

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung.

3. Penyakit darah tinggi.

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jamdisebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).
Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi namaEtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya diletakkan dalam keranda timah dan dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan.Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!

Maha suci Allah.. Itulah azab yang diterima oleh seorang yang menentang Agama Allah secara terang-terngan.. Belum lagi azab yang ditanggung di akhirat kelak yang kekal abadi.. Dan itulah yang selayaknya diterima oleh si murtad Mustafa Kamal Ataturk LAKNATULLAH!!

Sehubungan dengan akhbar - akhbar tempatan negara yang tugasan rasminnya mengampu pemimpin negara jangan sekali - kali memutar belitkan sejarah pemimpin Turki ini...lebih baik bongkarkan cerita kisah ` three stoogers ` ke ` seluar dalam mahal` imelda Marcos ` yang seharga dengan Rosmah ke dan itu lebih baik bagi kamu.
Read more ...

07 Mei 2011

Haiwan lebih peka amaran Tsunami...






Ekoran gempa bumi berukuran 8.9 skala Richter di luar pantai Sendai di Jepun 11hb March lalu, sebuah persisiran pantai di Mexico telah 'dihadiri' dengan sekumpulan besar ikan berbagai jenis. Antaranya yang dilihat adalah ikan sardin, ikan pelata, ikan bass dan ikan bilis. Kehadiran ikan-ikan tersebut membuatkan suasana persisiran pantai dilitupi dengan warna hitam gelap berminyak.


Bagi nelayan di kawasan pantai Acapulco , ia bagaikan bulan jatuh ke riba. Mereka hanya menggunakan pukat, bakul dan apa sahaja yang tercapai untuk menangkap ikan-ikan tersebut.



"Di sana dalam 20 hingga 30 orang nelayan bersama-sama anak-anak mereka mengambil kesempatan atas fenomena ini", ujar Carlos Morales yang turut teruja menyaksikan fenomena pelik tersebut.



Nelayan di sekitar kawasan tersebut yakin kejadian pelik ini berlaku kerana bencana Tsunami yang melanda Jepun baru-baru ini.


Walaubagaimanapun, para pakar tidak pasti kejadian ini mempunyai kaitan dengan Tsunami di Jepun.



"Tsunami sememangnya boleh mengubah sesuatu, namun ia jauh untuk mendakwa ia ada kaitan(dengan tsunami di Jepun)", kata Rich Briggs yang juga ahli geologi daripada U.S Geological Survey.



Lihat gambar-gambar diatas yang sempat dirakam di luar persisiran pantai Mexico :



Mengimbau semula kejadian Tsunami yang berlaku pada tahun 2004 lalu, peristiwa hitam tersebut telah meragut nyawa manusia lebih ramai berbanding binatang. Mengapa ini semua berlaku?. Haiwan sebenarnya mempunyai deria yang sangat kuat berbanding manusia. Terdapat beberapa peristiwa aneh beberapa jam sebelum berlakunya tsunami. Di Sri Lanka, orang-orang di Taman Nasional Yala mengamati 3 ekor gajah bertempiaran lari menjauhi pantai Patanangala menuju ke kawasan perbukitan, kelawar pula didapati berterbangan di sebelah selatan kota Dickwella.


Selain itu, dua ekor anjing didapati tidak mahu mendekati pantai di Galle sedangkan sebelum ini anjing-anjing tersebut sentiasa berada di sekitar pantai tersebut. Di Thailand, beberapa ekor gajah telah membawa Wistawan berlari menuju ke bukit untuk menyelamatkan penunggangnya sebelum tsunami menghancurkan Phuket. Di pantai selatan India pula, sejumlah Flamingo berterbangan menuju ke hutan yang lebih selamat sebelum bencana berlaku.


Ketika tsunami melanda Sri Lanka, kira-kira ratusan gajah, harimau, babi hutan, rusa, kerbau air, kera dan mamalia yang lebih kecil melarikan diri dengan menyelamatkan diri menuju ke tempat yang lebih tinggi. Namun begitu sejumlah besar kura-kura ditemui mati disepanjang pantai Acheh. Kepekaan dan naluri binatang yang tidak dimiliki manusia boleh digunakan sebagai alat untuk peringatan pertama bencana.


* p/s ~ haiwan adalah makhluk yg diberikan anugerah oleh Allah Taala dapat merasai akan bencana dan dpt melihat, mendengar di alam lain malahan berzikir kepada Yang Maha Pencipta. Jika manusia yg hina ini dapat anugerah seperti haiwan-haiwan di muka bumi ini, pasti manusia akan terus kembali ke jalan yang benar.
Read more ...

05 Mei 2011

Osama, Al-Qaeda dan JI agenda CIA ?

Siapa tidak kenal Osama Bin Laden. Boleh dikatakan setiap umat Islam dan mereka yang anti Amerika suatu ketika dahulu begitu mengaguminya. Beliau dianggap sebagai satu-satunya tokoh dan pemimpin yang berani berhadapan dengan penguasa dunia, Amerika Syarikat dan konco-konconya.

Kisah perjuangan Osama Bin Laden sebenarnya telahpun bermula semenjak meletusnya perang menentang penaklukan Soviet Union ke atas Afghanistan pada tahun 1970-an. Osama mengeluarkan dana daripada aset kekayaannya dan pengaruhnya keluarganya bagi gerakan pertahanan Afgan, dan membantu kaum Mujahidin dengan bantuan logistik dan bantuan kemanusiaan. Osama juga terlibat mengambil bahagian dalam beberapa pertempuran selama perang Afganistan.

Osama Bin Laden, wira atau pengkhianat ?

Ketika peperangan melawan Soviet hampir berakhir, Osama menubuhkan gerakan Al-Qaeda, sebuah organisasi bekas pejuang Mujahidin dan para penyokong lainnya yang membantu menyalurkan baik dana dan pasukan pejuang untuk gerakan pertahanan Afgan.

Kemuncak kepada penglibatan Osama dan Al-Qaeda ialah apabila Presiden George W. Bush telah menyatakan bahawa Osama adalah perancang utama dalam serangan pengganas di bandar New York dan Washington pada 11 September 2001 (9/11) dan serangan pengganas yang lain keatas Kedutaan-Kedutaan Besar Amerika Syarikat, kapal-kapal perang, dan asset-aset Amerika Syarikat yang lain.

APresiden Ke-43 Amerika Syarikat, George Walker Bush

Akibat daripada “keganasan” Osama dan kumpulannya itu, ia telah memberikan alasan kepada Amerika Syarikat untuk melancarkan “Perang Menentang Keganasan” (War On Terrorism) . Presiden Amerika ketika itu George W. Bush yang baru 8 bulan menduduki “tahta” White House telah mengarahkan serangan dan penaklukan ke atas Afghanistan pada 7 Oktober 2001 dan seterusnya penaklukan ke atas Iraq pada 20 Mac 2003.

Peristiwa 9/11 yang menyaksikan "kononnya" World Trade Centre diserang oleh pengganas Al-Qaeda
Boleh dikatakan semenjak peristiwa 9/11 itulah nama Osama Bin Laden melonjak naik. Bagi umat Islam ketika itu, Osama adalah wira. Namanya diabadikan di mana-mana di baju, di media dan sebagainya, malah ada yang menamakan anak yang baru lahir bersempena dengan namanya lantaran kekaguman terhadap “kejayaan” Osama memerangi Amerika.

Bush sedang berucap di "Ground Zero" di New York, pada 14 September 2001 

Bagi Amerika Syarikat serta kuncu-kuncunya pula, Osama Bin Laden dan Al-Qaeda merupakan kesempatan serta alasan yang terbaik bagi menghalalkan penaklukan dan keganasan mereka ke atas Aghanistan, Iraq dan negara-negara Islam yang lain.

Persoalan yang sering bermain difikiran kebanyakan orang ialah, benarkah wujudnya tokoh yang bernama Osama Bin Laden dan gerakan Al-Qaeda ? Jika wujud, betulkah konsep perjuangan mereka ? Selepas meletusnya peristiwa 9/11 pelbagai andaian telah dibuat terutamanya tentang kesahihan peristiwa serangan ke atas World Trade Centre di New York sementelah pula selepas itu muncul laporan-laporan yang mendedahkan teori konspirasi yang mengaitkannya dengan CIA dan ZIONIS.

Apa yang menghairankan ialah sehingga kini dengan segala kecanggihan teknologi persenjataan, perisikan dan telekomunikasi yang dimiliki oleh Amerika dan sekutunya, bukan sahaja Al-Qaeda gagal dilumpuhkan, malah Osama yang seringkali digambarkan sudah tua dan uzur gagal ditangkap dan dibunuh. Sedangkan pada masa yang sama semakin banyak negara Islam yang digeledah dan semakin ramai umat Islam terutamanya kanak-kanak dan wanita terbunuh. Justeru, apakah sebenarnya motif Amerika di sebalik nama Osama Bin Laden dan Al-Qaeda ini. Apakah kedua-duanya mempunyai kaitan dan adakah benar teori konspirasi tersebut ?

Beberapa hari lepas pemimpin Cuba Fidel Castro telah membuat kejutan dengan mendedahkan habawa Osama dan kumpulan Al-Qaeda adalah agen CIA Amerika. Menurutnya Osama seringkali muncul apabila Presiden Amerika George W. Bush mahu menakut-nakutkan dunia supaya menyokong kempen menentang keganasannya.

AMantan Presiden Cuba, Fidel Castro semasa mengeluarkan pendapatnya tentang Osama Bin Laden

Menurut Castro lagi, maklumat rahsia berkenaan dengan hubungan Osama dan Al-Qaeda dengan pentadbiran Bush dan CIA telah dibocorkan di dalam laman sesawang “WikiLeaks.org“, yang mendedahkan ribuan dokumen berkaitan dengan perang di Afghanistan, telah membuktikan dengan berkesan bahawa Osama adalah agen CIA.

“Setiap kali Bush mahu mencetuskan ketakutan dan memberikan ucapan penting, Osama akan muncul dan mengugut dunia dengan memaklumkan tindakan ganas yang akan dilakukan…Osama adalah pekerja bawahan Bush”, ujar Castro dalam wawancara tersebut.

Sebenarnya Fidel Castro bukanlah orang yang pertama mendedahkan tentang pembohongan Amerika tersebut, pada bulan Mei yang lalu, Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad juga membuat pendedahan yang sama, malah mendakwa bahawa Osama Bin Laden sebenarnya berada di Amerika, bukannya di Aghanistan.

Lantang mengkritik dasar Amerika dan Israel (Zionis) Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad    

Ahmadinejad dalam wawancara bersama BBC dan dipetik oleh akhbar Guardian tersebut berkata, Osama dan George W. Bush adalah rakan karib. Mereka bersama-sama terlibat dalam perniagaan petroleum suatu ketika dahulu. Jadi menurutnya Osama sebenarnya berada di Washington, bukannya di Tehran.

Dalam satu wawancara yang lain, Ahmadinejad menegaskan bahawa serangan ke atas World Trade Centre pada 11 September 2001 yang menjadi alasan kepada perang global melawan terorisme merupakan “satu pembohongan besar”. “Ia merupakan sebuah alasan untuk menghalalkan perang melawan terorisme dan alasan untuk menyerbu Afganistan,” tegasnya lagi.

Tun Dr. Mahathir juga pernah melontarkan kemusykilannya terhadap perkara yang sama. Menurut Mahathir, “saya kini tidak pasti sama ada “pengganas” Islam yang melancarkan serangan itu. Ada bukti kukuh yang serangan itu dirancang. Jika mereka mampu menghasilkan ‘Avatar’, maka mereka boleh membuat apa sahaja”.

Tun Dr. Mahathir Mohamad amat lantang menentang dasar Amerika Syarikat 

“Membunuh orang yang tidak berdosa sebagai alasan untuk berperang bukan sesuatu yang baru kepada Amerika,” kata Mahathir dalam ucapannya ketika sidang untuk meluahkan sokongan kepada Al-Quds di Kuala Lumpur pada Januari lalu.

Jelaslah sudah berkenaan dengan kaitan, konspirasi dan peranan Osama, Al-Qaeda dan Amerika Syarikat. Jika di peringkat global, dunia ditakutkan dengan kisah “dongeng” Al-Qaeda, di peringkat regional pula dunia di gembar-gemburkan dengan Jemaah Islamiah (JI) jika di Asia Tenggara. Manakala di Asia Selatan pula kononnya terdapat gerakan “pengganas” Mujahideen Deccan (MD).

Kumpulan-kumpulan “pengganas” ini seringkali dikaitkan dengan Al-Qaeda di mana ianya dianggap sebagai “cawangan” kepada Al-Qaeda bagi melakukan keganasan di peringkat serantau. Jadi, jika Al-Qaeda dan pengasasnya Osama Bin Laden sendiri dianggap pembohongan dan palsu, bagaimana pula dengan JI dan MD ini?

Tokoh Ulama Indonesia yang seringkali dikaitkan dengan JI ialah Abu Bakar Bashir. Beliau yang pernah dipenjarakan kerana dikaitkan dengan serangan bom di Bali yang membunuh seramai 202 nyawa, kebanyakannya warga asing pada 2002 telah menafikan penglibatannya dengan keganasan dan JI, malah menegaskan bahawa JI sebenarnya satu fitnah dan ianya tidak wujud.

Tokoh Ulama Indonesia Abu Bakar Bashir yang dituduh mengetuai JI

Abu Bakar yang merupakan pengasas pesantren al-Mukmin di Ngruki telah ditangkap dan dipenjarakan selama beberapa tahun dan dibebaskan pada 2006 oleh pemerintah Indonesia kerana kekurangan bukti yang boleh mensabitkannya dengan peristiwa pengeboman tersebut. Walau bagaimanapun 9 Ogos 2010, Abu Bakar Bashir ditahan semula oleh polis anti keganasan Indonesia, Detasmen 88 di daerah Ciamis, Jawa Barat kerana dituduh terlibat dalam kumpulan militan baru yang mempunyai kem latihan di wilayah Aceh.

Mereka dikatakan merancang membunuh Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono dan melancarkan serangan ala Mumbai (yang dilakukan oleh MD) ke atas warga asing. Beliau kini memimpin kumpulan Jemaah Ansharut Tauhid (JAT).

Jelaslah sudah, seandainya benar Osama Bin Laden dan Al-Qaeda merupakan satu pembohongan besar dan agenda CIA, maka sudah tentulah kumpulan-kumpulan pengganas yang lain seperti yang di war-warkan oleh Amerika seperti JI juga satu pembohongan. Kesemuanya hanyalah propaganda Amerika dan Zionis bagi menghalalkan tindakan mereka memerangi umat Islam, yang sebenarnya bagi mencari dan memusnahkan potensi-potensi yang memungkinkan kepada kebangkitan semula umat Islam dan kehancuran kuasa Kuffar. Apa yang berlaku kini samalah seperti kisah Firaun yang memburu dan membunuh setiap bayi lelaki setelah mendapat mimpi akan kejatuhannya.
Read more ...