05 Jun 2011

19 Tahun Selepas Pembunuhan Kejam Di Banglo

(VL : di petik dari blog Mazidul Akmal Sidik...untuk tatapan bersama)
Dilaporkan, 23 April 1992, warganegara Amerika Syarikat berketurunan India, Arjun Talwar, 7, abangnya, Kabir, 11 dan pembantu rumah warganegara India, Natalia Fernandes, 30 tahun dibunuh di rumah banglo di Jalan Turi, Taman Bukit Bandaraya, Kuala Lumpur.

Pengawal keselamatan, Ariffin Agas diberkas, disiasat dan kemudian didapati bersalah membunuh 3 mangsa terbabit lalu dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Pada waktu kejadian, pesalah berusia 25 tahun. 

Menurut laporan akhbar, mayat mangsa ditemui di dalam lubang takungan najis di belakang rumah mereka diami.


Pelbagai versi kejadian aneh serta menakutkan didakwa berlaku di rumah sama. Sebilangan saksi mendakwa pernah melihat kelibat kedua kanak-kanak terbabit berdiri di sekitar pintu pagar utama banglo sebelum ini.


Jam 2.30 pagi tadi, saya, Rahmat Mokhtar, Muhamad Zaki Muhamad dan 4 rakan lain meninjau banglo itu. Kami dapati, dinding di sekitar pintu utama rumah dicemari pelbagai grafiti.


"Bang, tolong ambil gambar," pinta Rahmat.

Saya menunaikan permintaanya dan Zaki.


Untuk rekod, malangnya setakat ini belum lagi ada syarikat menawarkan pekerjaan sebagai model atau duta produk kepada mereka berdua. 

"Berhati-hati jalan, banyak kaca," ujar Rahmat.


Keadaan di dalam banglo 3 tingkat itu bersepah dan berhabuk. Majoriti kelengkapan rumah dan perabot mulai lapuk atau dipercayai dicuri penagih dadah, menjadikan rumah terbabit sebagai sarang untuk melepaskan gian. 




Hampir jam 3 pagi, tiba-tiba bau wangi menusuk hidung sewaktu saya berlegar-legar di tingkat bawah rumah. Bagaimanapun, membuat keputusan hanya mendiamkan diri, mengikut pesan orang tua.

"Jangan tegur," bisik rakan berdiri di sebelah.

Terfikir, barangkali itu hanya bau bunga liar di kawasan sekitar selepas hujan turun hanya kira-kira 15 minit sebaik kami tiba di luar banglo. Saya perhatikan secara lebih teliti, tiada pokok bunga, hanya pohon berteras besar dililiti tumbuhan penumpang banyak kelihatan. 


"Ada orang kata, polis pernah menggali lubang tu suatu ketika dulu," ujar Rahmat.

Saya percaya itu lubang takungan najis, lokasi 3 mayat ditemui kira-kira 19 tahun lalu. Berikut antara petikan akhbar diterbitkan NSTP pada Julai 1992. 

'KUALA LUMPUR: Dua kanak-kanak adik beradik rakyat Amerika Syarikat keturunan India dan seorang wanita dibunuh dengan kejam di rumah banglomereka di Jalan Turi, dekat Jalan Taman  Pantai, di sini, malam tadi.  Mayat tiga mangsa pembunuhan itu ditemui dalam lubang najis sedalam lima meter berhampiran banglo berkenaan kira-kira jam 12 malam'


Memerhatikan lubang itu dari jarak dekat, bulu roma saya tiba-tiba meremang. Terbayang, betapa ngeri keadaan semua mayat mangsa disumbat tanpa perasaan perikemanusiaan di dalam lubang gelap itu.

Lubang terbabit dilapor ditunjukkan Ariffin secara sukarela kepada saksi pendakwa, Kopral Majid Jaafar.

Di tingkat atas, saya rakamkan gambar bilik, dipercayai pernah dihuni pembantu rumah banglo terbabit.


"Macam mana tahu, ini bilik maid?"

Terpancul soalan itu.

"Kalau kita tengok, hanya tandas ini jenis cangkung, lain jenis tandas duduk," respon rakan sekumpulan. 

Jika benar dakwaannya, tidak terfikir di banglo terbabit wujud 'kasta' di kalangan penghuninya. Lokasi tandas dimaksudkan, di belakang Rahmat, berbaju merah.


Berikut antara gambar saya rakamkan di tangga ke tingkap atas banglo. 


Melihat tarikh akbar, dipercayai banglo ini masih berpenghuni 3 tahun selepas kejadian pembunuhan kejam berlaku.


Berikut gambar beberapa barangan lain saya rakamkan.


Berderau darah buat seketika sewaktu membelek helaian buku latihan berikut. 


Kes pembunuhan dilaporkan berlaku pada tahun 1992, lihat tarikh dicatatkan pelajar di bahagian atas kanan muka surat buku, 5 tahun sebelum kejadian.


Sewaktu menaiki tangga untuk beredar keluar dari rumah terbabit pada jam 3.30 pagi, saya terdengar bunyi tapak kaki menaiki tangga bagai mengekori saya dari belakang.


Lazimnya, saya tidak gemar mengikut kata hati untuk melihat kebelakang, malam tadi keputusan saya berbeza.


Saya dapati tiada sesiapa di belakang kerana semua rakan berjalan mendahului saya.

19 tahun selepas kejadian pembunuhan ngeri dilaporkan berlaku, saya percayai pelbagai peristiwa pahit, manis dan barangkali mengerikan dilalui penyewa banglo. 

Semua peristiwa itu kekal diabadikan di dalam lipatan sejarah. Hanya mereka berpengalaman menetap di banglo terbabit mengetahui maklumat lebih tepat berhubung kejadian mereka tempuh sebelum ini.


Read more ...

Tikus Gergasi Ini Memakan 2 Orang Bayi



Cape Town - Afrika Selatan diserang tikus. Bukan tikus biasa, tikus-tikus ini sebesar seekor kucing. Dengan ukuran sebesar itu, tikus-tikus itu mencari mangsa yang cukup besar. Bayi.

Tikus itu boleh membesar hingga hampir satu meter, dari muncong hingga ekor. Sementara gigi depannya sepanjang 2,5 cm.


Minggu ini sahaja sudah berlaku dua tragedi yang mengerikan. Tikus-tikus raksasa memakan dua orang bayi dalam dua peristiwa berbeza. Lunathi Dwadwa, 3 tahun terbunuh dalam tidurnya di kawasan perumahan di luar Cape Town. Sementara seorang bayi lain menjadi mangsa tikus di Soweto, tak jauh dari Johannesburg pada hari yang sama.

Lunathi ditemukan terbunuh dalam keadaan mengerikan oleh orangtuanya, pada 29/5/2011. Tidak ada tangisan ataupun jeritan sebelumnya.

"Saya tidak dapat melupakan betapa mengerikan keadaan anak saya. Matanya terkeluar. Wajahnya rosak dari alis hingga pipi," kata Bukiswa Dwadwa (27 tahun), ibu bayi itu.

"Tidak ada yang boleh melakukannya kecuali tikus," ujar Mncedisi Mokoena, ayah Lunathi.

Beberapa jam kemudian, polis menemukan kes yang serupa. Seorang bayi perempuan diserang segerombolan tikus besar ketikan ibunya yang masih remaja pergi dengan teman-temannya.

"Kami mendapat panggilan dari lokasi kejadian, tentang terbunuhnya bayi tersebut akibat serangan tikus," kata polis bernama Bongai Mhlongo.

"Kami menahan ibunya dengan tuduhan kelalaian yang mengakibatkan kematian," tambahnya.

Bulan lalu, Nomathemba Joyi (77) juga tewas setelah tikus-tikus raksasa memakan sisi kanan wajahnya.

Di kawasan perumahan Afrika Selatan, tikus raksasa biasa ditemukan di tempat-tempat sampah.

Tikus-tikus itu diyakini termasuk jenis African Giant Pouched Rats, salah satu jenis tikus terbesar dunia. Mereka lebih aktif di malam hari, pemakan segala, dan boleh membiakkan 50 anak dalam setahun. Beberapa suku di Afrika mengembangbiakkan tikus jenis itu untuk dimakan.
Read more ...

04 Jun 2011

Adegan terlampau - Ibu menangis lihat anak nodai kekasih


KUALA LUMPUR: Luluh hati seorang ibu apabila terpaksa menyaksikan kerakusan anak lelakinya berusia awal 20-an merogol teman wanita di rumah mereka di Wangsa Maju, di sini, kelmarin. Lebih menyedihkan apabila usaha ibu tunggal berusia 40-an itu supaya anaknya menghentikan perbuatan terkutuk terbabit tidak diendahkan walaupun berulang kali dia merayu sambil menangis.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam, lelaki terbabit dipercayai di bawah pengaruh dadah kerana langsung tidak mempedulikan ibunya sebaliknya lebih rakus dengan menodai kekasihnya yang menjerit meminta bantuan.

Sumber polis berkata, sebelum kejadian mangsa berusia 20-an dipelawa suspek yang dikenalinya sejak empat bulan lalu ke rumahnya dengan alasan mahu memperkenalkan gadis itu kepada ibunya.

“Sebaik sampai di rumah, mangsa diperkenalkan kepada ibu suspek sebelum si ibu pergi ke dapur untuk menyediakan minuman./VL
Read more ...